08 Jun 2012

AKU TAK SOMBONG

Isk2.. sibuk plak aku beberapa hari ni.. time aku offday pun masih diperlukan untuk bantu wat kerja2 lain yang sepatutnya hanya menjadi part time bagi aku. Ntah la, kekadang terasa macam btol juga kata kengkawan aku yang aku ni dah macam diperkudakan oleh sesetengah pihak. Almaklumlah walaupun aku mempunyai kerja hakiki namun tugas part time aku tu telah disalah ertikan sebagai kerja yang wajib aku laksanakan. Apa punya 'Tutt' laa..

Kelmarin aku diminta menjalankan satu tugas untuk ambil gambar satu majlis namun dengan tidak semena-mena ada insan yang 'Tarik Muka' dengan aku. Aku tahulah aku tak perfect tapi jangan anggap aku macam orang yang hanya pandai mengampu. 'Sorry To Says Bro!!' aku bukan jenis nak ampu orang atasan atas setiap tugasan yang aku lakukan. Apa yang berlaku dan aku lakukan adalah semata-mata kerana niat yang ikhlas tak ada pun terselit niat mahu menenmpa populariti dengan cara kotor atau jahat. Kalau yang memuji aku atas apa yang aku lakukan aku tak minta tu semua. Mungkin mereka ikhlas menzahirkan penghargaan kerana pengorbanan masa yang tidak pernah aku minta sebarang balasan. Ya!! untuk maklumkan orang yang menuduh aku macam2, disini aku nak jelaskan bahawa apa yang aku lakukan tidak pernah sesen pun aku minta bayaran dan apa jua yang berlaku adalah semata2 untuk kebaikan semua pihak.

Aku tahu aku tak dapat tempat yang sepatutnya hak aku dulu tapi jangan la mudah aku dipersenda dengan kata2 atau renungan yang seolah2 mempersendakan aku. Kalau aku ada buat sesiapa tersinggung aku minta maaf ok? dan aku percaya aku tak pernah buat sesiapa setakat ini terasa hati dengan aku sebab aku tak pernah pun buat berlagak atau menyombong tak bertempat. Aku masih aku.. dulu, kini dan aku percaya akan still begini dengan sifat aku selamanya. Jangan mudah menuduh aku dengan apa yang tak aku lakukan ok? semoga orang yang tuduh aku atau memandang aku dengan sinis dapat berfikir dan merenung kembali pelakuan kepada aku itu adalah salah!! aku tekankan disini adalah salah!! korang tersalah sangka! Takpe kalau korang berubah aku bersyukur.. mungkin korang terpedaya atau terkena cucukan insan2 yang memang ari dulu punyai sifat 'PHD' dalam diri jadi itu aku tak mampu lakukan apa2 yang pasti apa aku hari ini adalah atas usaha aku sendiri. Bukan kerana mengampu atau mengkhianati sesiapa.

Tiada ulasan: