28 Jun 2012

KURSUS PALING BEST

Rasanya dah beberapa hari aku tak update Blog aku ni.. bukan apa sibuk dengan kerja dan yang terbaru ni aku berkursus di MTP, Bakri, Muar, Johor. Aku rasa ni la satu2nya kursus yang paling singkat pernah aku hadiri dan bagi aku paling hebat dan best. Kursus2 yang lain tu bukan tidak best tetapi kiranya lambat panas dan ambil masa untuk kenal antara satu sama lain namun kursus ini cukup berbeza apabila aku dengan mudah cepat mesra dan seolah2 kitorang ni sudah mengenali antara satu sama lain walhal tidak pernah ketemu sebelum ini. Kursus ini pun bagi aku walaupun singkat namun segala ilmu2 yang diajar cukup berguna bukan sahaja untuk aku semata2 namun untuk semua rakan2 yang lain juga.

Rasanya istilah bosan untuk kursus kali ini tak wujud bagi aku. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dari segi pembelajaran, bilik kuliah, penginapan dan sebagainya memang seperti sudah siap sedia menjemput kitorang datang berkursus. Kursus aku ni dihadiri 32 orang iaitu 26 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Keseronokan yang ikhlas jelas terpancar dari raut wajah semua peserta kursus ini termasuk aku. Pelbagai ilmu baru serta pengalaman menyaksikan sendiri perkara2 tidak diduga sungguh mempersonakan dan membuatkan aku begitu kagum. Mungkin lain kali kursus seumpama ni dapat dijalankan lagi dan aku kalau terpilih pasti takkan serik untuk hadir.

Ketika menjalani kursus ini, sempat juga aku dan peserta2 yang lain pusing2 satu bandar Muar ni, tempat2 menarik telah aku dan peserta2 lain kunjungi. Itupun nasib baik ada peserta yang berasal dari bandar Muar ini dan dia secara sukarela menawarkan diri menjadi pemandu pelancong kami semua. Pelbagai tempat2 menarik aku dan peserta lain lawati antaranya Tanjung Emas (sempat merasai Mee Bandung Muar), Jalan Junid (bersama2 merasai kelazatan Asam Pedas Muar), Bandar Muar (sempat juga membeli Kopi paling popular di Muar iaitu Kopi 434). Aku dengan bersahaja beli la 5 pek kopi 434 Muar tersebut, bukan apa boleh juga aku berikan pada Ibu dan mak mertua aku dikampung.

Apapun aku harapkan kalau korang kena kursus dimana sahaja pergilah mungkin ia akan menjadi satu benda yang paling bermakna dalam hidup korang dan percayalah ilmu itu perlu dicari dan kitalah sebagai insan biasa wajib menuntut ilmu demi kelangsungan hidup dan ilmu ini yang membezakan kita diantara satu sama lain.

Tiada ulasan: