12 Jun 2012

JALAN2 BERSAMA KELUARGA TERSAYANG

Hari minggu yang lalu aku bawa keluarga berjalan2 di Jaya Jusco atau kini dikenali sebagai AEON di Seremban 2, Seremban. Aku kesana adalah untuk mencari pakaian Batik untuk majlis malam santai yang akan diadakan di Hotel Permysuri, Port Dickson. Setelah selesai mencari dan membeli apa yang difikirkan sesuai untuk aku, Isteri dan Anak maka kami pun berjalan2 sekitar shopping complex. Aku lihat ada Event berkaitan PESTA BUKU NEGERI SEMBILAN anjuran perpustakaan negeri. Anak aku bukan main gembira apabila dibelikan beg, buku2, serta permainan Edisi UPIN dan IPIN. Kegembiraan anak aku mencuit hati semua pihak yang melihat keletah beliau. Aku tersenyum dengan keletah itulah yang sentiasa mengembirakan hati aku setiap kali balik dari kerja.


"Untuk makluman sessi bergambar dan beramah mesra bersama UPIN IPIN akan dilakukan pada jam 6.15 petang, marilah bersama2 memeriahkan acara ini" terdengar pengumuman daripada juruacara majlis. Aku mula berkata pada isteri aku supaya lepak kejap sebab nak jumpa kembar kesayangan rakyat Malaysia ni. Jam ditangan menunjukkan pukul 6.35 petang, aku mula tertunggu2 dan memang dah tak sabar nak berjumpa mereka ni, kerana tak sabar jugalah aku asyik bertanya kepada jurugambar dan pengacara majlis tu. Boleh dikatakan diorang buat muka bosan gak dengan aku sebab asyik tanya jer kat diorang.. haha2.. peduli apa aku, takkan nak marah aku pula kan? lagipun aku dah tunggu lama. Tiba2 aku mula terperasan di eskalator si kembar UPIN IPIN mula turun dan melambai tangannya ke arah kanak2 serta ibubapa yang tunggu di pentas utama. Kemeriahan jelas kelihatan apabila semakin ramai menjerit nama UPIN IPIN dan berebut2 nak bersalaman dan bergambar dengan si kembar comel ini.

Seperti biasa sebelum memulakan apa2 acara mesti nak diadakan kuiz untuk melihat sejauh mana masyarakat mengenali si kembar comel ini. Acara kuiz ini mendapat perhatian kanak2 sampai berebut2 menjerit dan angkat tangan mahu diberi peluang menjawab soalan. Terdapat juga hadiah misteri akan diberikan kepada mereka2 yang beroleh kertas putih bertulis pemenang, untuk dapat bukan mudah kerana bergantung kepada nasib kerana dari 10 kertas putih yang diletakkan didalam balang lutsinar hanya 1 yang bertanda 'ANDA PEMENANG'. Yang kelakarnya, bukan kanak2 sahaja ambil bahagian ibu bapa pun turut serta berebut menyeluk balang dengan kanak2 yang terlibat dengan acara ni, sedangkan awal2 lagi pihak penganjur mengatakan hanya kanak2 dibenarkan terlibat. Acara seterusnya melibatkan penyertaan Ibu Bapa.

Aku yang duduk dihadapan sekali dengan pantas mengangkat tangan berusaha menjawab soalan yang dikemukakan dan sungguh tidak disangka aku berjaya menjawab soalan tersebut. "Siapakah penaja rasmi bagi UPIN dan IPIN?" kata juruacara tersebut kepada aku. Aku tersenyum gembira kerana bagi aku mudah sangat jawapan tu, lantas aku pun menjawab "TM dan Zoo Negara". Ketawa besar si pengacara majlis dengan jawapan aku. "Amboi bang satu jawapan sudah la, sebut je TM tak payah la sebut Zoo Negara plak?".

Aku apa lagi tersimpul malu la, tapi takpe janji aku beroleh hadiah walaupun tak seberapa namun bagi aku cukup bermakna iaitu Poster UPIN dan IPIN edisi terhad. Yang buat aku tak boleh blah apabila si pengacara tu perli aku dengan mengatakan, "sebenarnya Bapa dia lagi minat tengok UPIN dan IPIN daripada anak dia kan?". Disaat itu tertawa besar la orang yang melihat aku diatas pentas tu. Tapi aku dengan slumber je menjawab "Yup, btol memang minat giler". Dengan jawapan spontan aku tu membuatkan aku rasa acara menjadi gamat dengan ketawa dari audiens.

Aku melihat jam ditangan sudah menunjukkan pukul 7.15 petang, maka dengan kelam kabut aku pun berlari ke kereta untuk bergerak balik ke rumah aku. Biasalah kan, takkan nak biarkan Isteri aku terlewat pula masuk kerja. Walaupun bagi aku masa bersama keluarga terhad namun masa yang ada aku akan manfaatkan sebaik2nya. Aku harap korang yang sudah bekeluarga akan melakukan perkara yang sama seperti aku, bukanlah bermaksud kena cari UPIN dan IPIN namun lakukan sesuatu perkara itu bersama keluarga dan luangkan masa untuk beriadah bersama keluarga tersayang korang. Bawalah pergi berjalan2 ke pantai peranginan, ke shopping2 complex, ke zoo negara atau tempat2 yang boleh korang spend time yang cukup berkualiti untuk yang tersayang.

Tiada ulasan: