28 Jun 2012

CUTI

Alhamdulillah..  Sampai juga aku ke kampung setelah mengharungi perjalanan sejauh lebih kurang 427km selama 6 jam bermula dari Port Dickson, Negeri Sembilan sehingga Bertam, Pulau Pinang. Itu termasuklah jarak ke tempat rehat dan masa yang digunakan untuk mengisi minyak dan mengisi perut di Petronas Damasara, R&R Tapah dan R&R Gunung Semanggol. Anak aku sampai beberapa kali terbangun dari tidur setelah sampai ke tempat rehat yang disediakan. Perjalanan waktu malam yang aku lalui sebenarnya adalah untuk memudahkan perjalanan kerana diwaktu malam kenderaan yang lalu lalang adalah kurang berbanding waktu2 yang lain. Disamping itu juga dapat mengelakkan mudah terlena sebab aku kalau kena panas tambahan pula ada aircond mula la rasa mengantuk semacam jer. Cuaca malam yang sejuk boleh mengelakkan pembaziran minyak dengan pengurangan aircond, serta tak terganggu sangat dengan sinaran mentari yang menyilaukan mata. Tetapi yang menjadi masalah perjalanan waktu malam adalah kehadiran lori2 tanker, treller dan lain2 kenderaan berat yang memecut laju sehingga bagi aku agak membahayakan pengguna jalanraya yang lain. 

Tiada ulasan: