17 Jun 2012

SELAMAT HARI BAPA


Hari ini merupakan tanggal 17hb Jun 2012, agak2nya korang tau tak hari ini adalah hari apa? mungkin ada yang spontan menjawab hari ahad! hari untuk bersuka ria atau melepak dengan kengkawan dekat starbuck atau masa untuk tido sebab banyak tenaga dah digunakan untuk berkerja sebelum ini? hehe2.. memang kelakar kalau ada yang menjawab seperti itu. Tapi tak kisah la, sebab aku percaya mungkin tak ramai yang tak tahu bahawa hari ini merupakan HARI BAPA yang disambut diseluruh dunia (walaupun sepatutnya setiap hari kita patut menghargai bapa kita). Kenapa tak percaya?? hehe2.. Almaklumlah HARI BAPA kurang popular kalau dibandingkan dengan sambutan HARI IBU betol tak? bila sebut sahaja HARI BAPA ramai yang menggarukan kepala, bukan sebab ada kutu kat kepala tapi terfikir ada ke sambutan ini dilakukan? sebab seperti tahun2 sebelum ini sambutan ini kurang dirasai kesannya berbanding sambutan HARI IBU, HARI KEKASIH, HARI SETIAUSAHA dan sebagainya. Jika adapun dikaca2 televisyen sekadar endah tak endah mungkin hanya memenuhi permintaan sesetengah pihak kot?

Tak banyak stesen2 yang ada di MALAYSIA memainkan peranan dalam sambutan HARI BAPA seperti tahun2 sudah namun tahun ini ada sedikit kelainan apabila kelihatan TV3 sentiasa menayangkan reaksi spontan artis2 memberikan kata2 ucapan kepada bapa mereka masing2. Program menarik yang disajikan semalam juga memberikan kesan mendalam kepada aku terutamanya cerita BEGITULAH SAYANG. Dimana kisah ini menunjukkan bahawa betapa besarnya pengorbanan seorang Ayah dalam mendidik anak dan sentiasa bersabar dengan kerenah Isteri beliau dan sentiasa mendoakan yang terbaik (agar Isterinya mendapat Hidayah) dan memuliakan Isterinya yang curang dan zalim kepada anaknya (walaupun anak dia tahu mak dia seorang yang jahat).

HARI BAPA merupakan satu hari dalam setahun yang disambut bagi menunjukkan bahawa bapa juga adalah insan yang sepatutnya kita hargai, walaupun aku percaya ramai daripada kita lebih rapat dengan Ibu masing2 berbanding dengan Bapa kita kan? kita seharusnya menghargai bapa2 kita kerana telah menjaga kita selama ini dan bersusah payah mengerah keringat mencari rezeki siang dan malam dalam membesarkan anak2. Walaupun kita lihat mereka jarang berkomunikasi dengan kita itu bukanlah bermaksud mereka benci kepada kita namun mereka menunjukkan kasih sayang dengan cara yang berbeza. Tak kisahlah apa pun panggilan kita kepada bapa kita samada BAPA, AYAH, BAPAK, APPA, PAPA maksudnya tetap sama iaitu seorang lelaki yang diraut wajahnya penuh keseriusan namun dihatinya penuh kasih sayang.

Rasanya tak lengkap kalau aku tak memberikan serba lanjut mengenai SEJARAH sambutan HARI BAPA ini kan?


SEJARAH SAMBUTAN HARI BAPA

Menyingkap kembali sejarah, sambutan ini bermula di Fairmont, West Virginia, Amerika Syarikat pada Julai 1908. Sambutan mula2 ini diuruskan oleh Puan Grace Golden Clayton bagi mengingati kematian 210 orang bapa yang merupakan mangsa tragedi letusan lombong di Monongah, West Virginia pada 6 Disember 1907. Tetapi malangnya, sambutan itu kurang mendapat tempat ketika itu kerana terdapat sambutan yang lain di daerah sekitar. Menyebabkan sambutan itu tidak didaftarkan secara rasmi. Dikatakan Clayton mengatur sambutan ini kerana terdapatnya sambutan HARI IBU.

Sekitar tahun 1909, Cik Sonora Smart Dodd telah sekali lagi mengulangi idea ini, tetapi idea pada Dodd ini bukan timbul dari cedukan idea Clayton, sekadar cetusan pemikirannya melihatka betapa besarnya pengorbanan dan susah payah bapanya dalam membesarkan keluarganya selepas kematian ibunya. Pada mulanya sambutan ini kurang mendapat perhatian awam dan pihak berkenaan, namun usaha yang berterusan darinya menampakkan hasil apabila sambutan HARI BAPA mula disambut di Spokane, Washington pada 19 Jun 1910.

Pada 1916, semasa sambutan HARI BAPA diadakan di Spokane, Presiden Woodrow Wilson mencadangkan agar sambutan ini dijadikan sebagai salah satu sambutan rasmi tahunan, tetapi ditolak oleh Kongres ketika itu. Usaha ini dicuba kembali oleh Senator Margaret Smith dengan mengemukan usul menuduh Kongres "menganaktirikan" sambutan HARI BAPA selama 40 tahun dengan tidak meletakkannya sebagai sambutan rasmi tetapi meletakkan sambutan HARI IBU sebagai sambutan rasmi.

Pada 1966, Presiden Lyndon B. Johnson mengemukan tuntutan agar HARI BAPA disambut pada Ahad minggu ketiga Jun setiap tahun sebagai HARI BAPA. Akhir sekali pada 1972, Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa sambuta HARI BAPA secara rasminya seperti yang dicadangkan pada tahun 1966. Sambutan ini diteruskan sehingga kehari ini di seluruh dunia termasuk Malaysia dengan tarikh yang berbeza mengikut negara.

Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada ayahanda kesayanganku MOHD NOH @ MAHAT BIN OTHMAN yang telah membesarkan aku dengan kasih sayang dan menjadi IDOLA kepada aku semenjak kecil lagi. Kata2 peransang beliau sentiasa menjadikan aku tidak jauh dari landasan yang sepatutnya dan alhamdulillah hari ini aku sudah menjadi insan berguna bukan sahaja kepada Agama, Bangsa malahan kepada Negara. Siapa sangka aku juga akhirnya menjadi seorang bapa dan aku faham ertinya kasih sayang yang tidak diterjemah (silent Love) seorang ayah kepada anaknya. Aku juga mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada ayah mertua yang sentiasa mesra dengan aku iaitu CHE MAT BIN BAHAROM. Apapun aku mendoakan semoga kedua2 ayahanda kesayangan aku ini sentiasa sihat dan ceria selalu. Ketahuilah bahawa anakanda ini sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk kalian berdua. Tak dilupakan juga kepada semua rakan2 yang menjadi bapa dan kepada bapa2 diseluruh dunia dengan ucapan..
SELAMAT HARI BAPA!!

* P/S: SAYANGILAH BAPA ANDA!!

Tiada ulasan: