10 Jun 2012

TAHNIAH GERMANY DAN DENMARK


Bahang EURO 2012 jelas terasa kehangatannya. Pelbagai saluran dilihat galak menayangkan perlawanan ini secara langsung mahupun secara ulangan. Stesen TV swasta terutamanya ASTRO cukup sinonim dengan pelbagai program yang berbentuk kesukanan di ikuti juga TV3. Baru sebentar tadi selesai perlawanan diantara pasukan JERMAN VS PORTUGAL dan malam tadi telah berlangsung juga perlawanan diantara BELANDA VS DENMARK. Kesudahan kedua2 perlawanan ini pun sudah diketahui umum iaitu JERMAN berjaya menewaskan PORTUGAL dengan 1-0. BELANDA pula rebah tersungkur dibelasah DENMARK dengan jaringan sama 1-0 juga. Perlawan pada kali ini sungguh mendebarkan terutamanya perlawanan JERMAN VS PORTUGAL tadi. Aku walaupun Die Hard Fan SPAIN namun tentunya aku juga meminati corak permainan JERMAN yang sungguh mengagumkan. Walupun hampir dikalahkan oleh jaringan PEPE namun bola tersebut sekadar hanya menyentuh tiang gol dan garisan gol. Ianya ternyata tidak masuk kerana disaksikan sendiri oleh pengadil di tempat penjaga gol (Buat pertama kalinya ada lebih kurang 6 pengadil terlibat dalam setiap perlawanan dimana 2 pengadil menjaga garisan gol untuk menentukan setiap jaringan).

Sebenarnya awal2 lagi JERMAN sudah diramal mampu menewaskan PORTUGAL. Kedudukan ini berjaya mengukuhkan kedudukan JERMAN dengan 3 mata penuh. Jaringan minit ke-72 menerusi MARIO GOMEZ meletakkan JERMAN dihadapan. Namun PORTUGAL jelas tidak mahu mengalah apabila menyerang dengan bertubi2 ke kubu pihak lawan namun benteng pertahanan yang kukuh menyukarkan JERMAN untuk dibolosi walaupun pada minit ke-84 NANI hampir menyamakan jaringan. Secara jujur aku mengakui aku lebih tertarik dengan cara permainan MEZUT OZIL yang lebih dinamik dan berstrategi. Walaupun dikeluarkan pada minit2 akhir kehadiran beliau mengubah corak serangan dari pelbagai arah dan jelas ianya membantu LUKAS PODOLSKI, MULLER dan GOMEZ dalam mencari gol yang diidam2kan. Walaupun permainan dari ketiga2 pemain agak hambar dengan melepaskan banyak peluang namun sekurang2nya mampu diredakan dengan kemenangan ini. Apapun TAHNIAH buat pertahanan JERMAN yang bermati2an menghalang dan menyekat kemaraan RONALDO dan NANI yang begitu ghairah mahu mencuri peluang menjaringkan gol. Yang pasti kehebatan sesuatu pasukan bukan terletak pada individu semata2 tetapi pada keserasian pemain diantara sama lain.

Seperti yang semua sudah sedia maklum, sepatutnya pada perlawanan kali ini akan diwujudkan perlawanan yang menggunakan Bola Pintar (Intelligent Ball) dimana ianya digunakan untuk membantu pengadil menentukan samada sudah berlaku jaringan atau tidak, yang jelas ianya dapat mengelakkan kontroversi yang sering mewarnai sukan bolasepak apabila melibatkan jaringan yang 50-50. Apapun aku pun tak pasti dimana silapnya apabila penggunaan bola dan sistem canggih ini belum digunakan lagi. Mungkin ianya dilihat terlalu tegesa-gesa penggunaannya jika digunakan pada perlawanan EURO 2012 ini namun aku percaya PIALA DUNIA 2014 aplikasi Intelligent Ball ini akan digunakan sepenuhnya.



* P/S: Pada mereka2 yang meminati sukan nombor satu dunia ini, anda jangan terlalu
            terleka sangat pastikan juga pintu rumah serta keselamatan anda dan keluarga
            terjamin. Penyamun sekarang ni suka mengambil kesempatan pada waktu kita
            mudah alpa dan asyik dengan perkara yang melalaikan.





Tiada ulasan: