21 Februari 2012

TERIMA KASIH SEMUA..


Ammiinnn.... Mungkin itu yang mampu untuk aku lakukan takkala rakan2 Facebook (FB) aku menDOAkan kemurahan rezeki, keberkatan hidup dan sebagainya kepada diri aku. Memang ianya sesuatu yang mampu membuatkan aku rasa terharu dengan ingatan mereka tersebut, tambahan pula rakan2 tersebut masih mengingati tarikh HARI LAHIR aku dan sempat mengucapkan kalimat keramat yang bisa membuatkan aku rasa dihargai walaupun ada segelintir yang hanya menulis sekadar sepatah dua ayat namun impaknya pada aku sungguh besar. Anggapan aku mungkin mereka yang tulis sedemikian ada sebab tersendiri yang aku sendiri tidak pasti, mungkin kerana mereka mahu cepat dan jadi orang terawal mengucapan kalimat sedemikian ataupun mungkin kerana tiada kesempatan waktu dan idea untuk menulis panjang lebar.. dan bagi mereka yang menulis ayat2 yang panjang sedikit aku berpendapat mungkin mereka mempunyai banyak perkara yang ingin disampaikan dan tak terluah selama ini.. maybe?? huhu2.. apapun aku mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua yang mengucapkan SELAMAT ULANGTAHUN HARI LAHIR aku. Ucapan menerusi telefon bimbit juga memberi kesan mendalam kepada aku. Sebenarnya aku mengharapkan agar ikatan persahabatan yang telah terbina sekian lama ataupun yang masih baru terjalin ini disimpulkan kekal teguh sehingga ke akhir hayat aku. Untuk pengetahuan semua aku sejujurnya mengharapkan agar kita saling mengasihi sebagai SAHABAT SEJATI.. Insya'allah..

Ucapan daripada mereka2 yang tersayang terutamanya daripada famili aku, mertua, saudara-mara serta sahabat handai dan tak dilupakan juga yang teristimewa rakan2 FB membuatkan aku sungguh merasa bertuah mempunyai semua yang menyayangi aku.. uhmm.. alhamdulillah.. Tiada kata2 yang mampu menafsirkan tentang betapa aku menghargai kehadiran kalian semua didalam hidup aku selama ini.. sekali lagi aku mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH..!!

* P/S: Terima Kasih untuk semua...






Tiada ulasan: