08 Februari 2012

TERIMA KASIH ENCIK!!


Sedey pulak rasanya hati aku tadi bila Boss aku bagi ucapan waktu taklimat malam tadi, walaupun takdelah sampai menitiskan air mata aku mendengarnya tapi seolah2 macam dirobek2 perasan aku dengan kata2 beliau. Yelaa, rasanya macam baru semalam saja aku duduk dibawah penyeliaan beliau. Mungkin aku bukan lah anak buah yang terbaik tapi aku telah cuba buat sedaya upaya aku menjadi yang terbaik. Sikap beliau yang tak jemu2 menasihati aku dengan cara tersendiri sedikit sebanyak mengubah aku menjadi siapa aku sekarang ini. Tapi mungkin ini bukan penguhujung cerita dan bagi aku ini hanyalah permulaan sebuah kehidupan dalam mencari erti yang sebenarnya. Amanat beliau akan aku pegang sampai bila2, dan mungkin beliau akan menjadi salah seorang idol aku dalam bidang pekerjaan ini. Walau bagaimanapun aku dan kengkawan yang lain sedang merancang untuk menganjurkan beberapa majlis sebelum perpindahan beliau dan aku pun berharap beliau akan terus success dan dapat meneruskan kecemerlangan beliau semasa disini dan membawanya kesana. Aku juga berharap agar anak2 buah beliau yang baru disana itu nanti akan terus memberikan sokongan dan kerjasama yang baik seperti yang telah kitorang semua berikan pada beliau dulu. Rasanya mereka akan merasa bangga menjadi anak buah kepada seorang ketua yang sungguh komited dan memberikan sepenuh komitmen beliau hanya pada kerjaya ini. Insya'allah, mungkin tinggal 2 acara saja lagi sebelum melengkapkan perpindahan sepenuhnya ke tempat yang telah diarahkan. Kalau diikutkan akan diadakan Majlis Perpisahan Beliau dan yang last sekali Sessi Serah Menyerah tugas. Apapun aku harapkan New Bos aku yang akan tiba nanti biarlah menpunyai sikap2 yang baik seperti Boss aku sekarang, menjaga kebajikan anak2 buah, mendengar cetusan idea dan berkongsi masalah bersama2. Mungkin akan ada amanat yang penghabisan untuk aku dan kengkawan pada majlis tersebut nanti, aku harapkan aku tidak terlalu emosi dan aku pun masih terfikirkan apa yang perlu aku berikan kepada beliau untuk tanda kenang2an kerana mengajar dan mendidik aku menjadi seorang pekerja yang berdedikasi. Mungkin selepas aku ini, akan ada idea yang muncul, mana tau kan? huhu2.. Apapun pada saat dan ketika ini akau rasa macam nak menjerit je mengatakan pada Boss aku.. TEERRRIIIMAAA KAAASSSIIHHHH EENNCCCIIKKKK!!!




Tiada ulasan: