02 Februari 2012

KISAH KELAKAR SEORANG PEMUDA

Seorang Pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Ipoh dari Kuala Lumpur menaiki sebuah Bas Ekspress. Antara penumpang didalam perjalanan itu terdapat seorang Pakcik Tua yang duduk bersebelahan dengan beliau. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap Si Pemuda bertanya kepada Pakcik Tua tersebut "Pakcik, sekarang pukul berapa ya?"

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapa pun dan selalunya kita akan beroleh jawapan daripada persoalan tersebut. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, Pakcik Tua tadi berdiam dan membatukan diri sahaja. Mungkin Pakcik Tua ini kurang pendengaran fikir Pemuda tersebut, berkata Pemuda tersebut dalam hati kecilnya. Beliau mengulangi pertanyaan tersebut sehingga 3 kali, namun Pakcik Tua tersebut tetap berdiam diri tanpa sebarang perubahan dari riak wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit bahu Pakcik Tua tersebut dan berkata "Saya hairan, mengapa pakcik tidak menjawab pertanyaan saya? salahkah persoalan saya tu?"

Pakcik Tua itu menoleh kepada Pemuda tersebut sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawab, tapi nanti kalau saya bagi jawapan kita pasti akan bersoal jawab mengenai soal itu soal ini dan akhirnya kita akan bertambah mesra". Si Pemuda termangu dan terkedu seketika mendengar ceramah Pakcik Tua tersebut. Terus Pemuda itu bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi mesra pakcik?"

Pakcik Tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra, ketika Isteri dan Anak Gadis saya menjemput saya di Ipoh, nanti kita akan turun bersama2 dan saya pasti akan memperkenalkan mereka kepada kamu".

Si Pemuda itu bertambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanya Pemuda tersebut lagi. "Isteri saya baik hati orangnya dan sungguh ramah kepada semua orang, saya takut nanti dia akan mempelawa kamu ke rumah kami. Nanti kamu akan mandi dan berehat dirumah kami, dan juga akan menjamu selera dirumah kami. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan Anak Gadis saya dan kamu pasti akan menjadi teman lelaki Anak Gadis saya. Lama kelamaan kamu akan menjadi menantu saya!" kata Pakcik Tua tersebut.

Si Pemuda yang tadi sudah bingung semakin bingung. Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan pertama saya sebentar tadi?"

"Masalahnya?, SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRR!!"




Tiada ulasan: