08 Februari 2012

HAPPY THAIPUSAM 2012


"Alamak nombor 2038? lama lagi ni, agak2 pukul brape la turn aku ni?" itulah reaksi aku time ambil nombor kat pejabat Pos M'sia pada petang tadi. Letih gak menunggu lama2 ni, ingatkan nak berurusan sekejap je tapi lama pulak jadinya. Saborr je la.. nak buat macam mana kan? semua orang ikutkan dah beratur lagi awal dari aku dan mereka pun aku lihat menunjukkan muka yang agak runsing mungkin kerana tension duduk lama2. Aku agak semua ini adalah kerana cuti selama 4 hari ni.. bermula hari sabtu, ahad, isnin (gantian cuti Maulidur Rasul) dan Selasa (Thaipusam). Jadi hari rabu dijadikan hari untuk meneruskan urusan yang tergendala pada hari isnin dan selasa yang lalu. Apapun rasanya tak terlambat lagi untuk aku untuk mengucapkan Happy Thaipusam kepada semua yang beragama Hindu. Semoga negara kita MALAYSIA yang tercinta ini akan terus aman dan makmur dengan semangat muhibah.

Tiada ulasan: