05 Februari 2012

KHABAR ANGIN

Entah la rasanya memang sudah menjadi lumrah 'Orang Kita' lebih suka mendengar khabar angin daripada menyiasat hal sebenar atau bertanya sendiri dengan orang yang mengeluarkan kenyataan tersebut atau lebih tepat lagi bertanya kepada 'Si empunya diri' tersebut. Jiwa aku betul2 kacau la.. bukan apa sebab aku pun secara tak langsung telah dijangkiti dengan sindrom 'aku dengar orang kata' daripada aku sendiri dengar orang tu berkata2 (Sipelaku atau lebih tepat orang yang mengeluarkan kenyataan tersebut) Sesiapa pun pasti akan teruja dengan maklumat atau berita yang dirasakan menarik untuk diambil tahu (kiranya berita panas lagi sensasi ala2 Melodi gitu.. huhu2..) Tak payah cakap orang lain la aku rasa pun aku sama juga, pantang ada cerita best mula pasang telinga. Tapi pernahkah kita siasat dari mana sumber maklumat kita tu, rasanya dalam sepuluh orang yang mendengarnya mungkin seorang sahaja yang betul2 siasat kesahihan cerita tersebut betol tak? tak payah korang bohong kat aku k? aku rasa korang pun sama gak kadang2 main angguk je pastu terima bulat2 cerita tu semua tanpa selidiki lebih lanjut sumber tersebut. Kesimpulan yang dapat kita lihat disini adalah jangan sesuka hati je main terima apa orang kata tapi siasat dulu apa yang berlaku. Kadang2 benda yang kita dengar betul tak semestinya adalah benar dan benda yang tak betul dah sah2 la berita palsu kan? huhu2.. jangan la kita sewenang2nya permainkan tentang berita yang boleh membuatkan oleh lain jadi sakit hati tambahan pula kalau cerita itu melibatkan hal berkaitan nyawa (berita kematian palsu la) perkara macam ni kalau tak dibendung akan membuatkan kita jadi manusia2 yang suka menyampaikan maklumat palsu dan dikhuatiri sekiranya berlaku kematian betul2 nanti orang akan menganggap itu adalah berita palsu, sebabnya mereka takut pisang berbuah dua kali. (takut kena tipu lagi la tu). Sipelaku yang buat cerita tipu tu kalau pun niat dihati nak berlawak jenaka tapi kau kena ingat, hidup mati bukan perkara main2.. ianya memberikan kesan yang cukup besar tambahan pula kalau ia melibatkan seseorang yang mempunyai kepentingan dalam negara. Aku rasa ramai yang tahu apa yang aku maksudkan ini. Aku pun berharap sangat orang yang sebarkan berita palsu ni dihadapkan dimuka pengadilan secepat mungkin sekurang2nya memberikan pengajaran berguna kepada pihak2 yang lain agar lebih bertanggungjawab dalam menyalurkan sebarang berita dan informasi terkini. Apapun sentiasalah menjadi berusaha menjadi insan yang jujur dalam perkataan dan perbuatan. Salam Sayang untuk semua.. iLUVu All.. =)

Tiada ulasan: