09 Februari 2012

BIARLAH.. AKU PUN MAHU BERLALU PERGI!!

"Kring2.. kring2.." (kedengaran sayup2 je deringan sterotaip handphone aku..)
Aku yang baru saja tidur tak sampai 3 jam seolah2 disepak halwa telinga aku memanggil supaya bangun mengangkat telefon aku tu. Dalam keadaan mamai terus mengangkat telefon lantas bertanyakan siapa yang menelefon aku dikala aku sedang asyik dibuai mimpi yang agak indah.
"Assalammualikum.. ada apa?" aku dengan suara yang memang tak cukup tidur bertanyakan solan pada sipemanggil.
"Wei, datang sekarang juga, kita kena buat gotong royong bersihkan pejabat sebab esok akan diadakan Majlis Serah Terima Tugas!" suara wanita yang menelefon aku memang aku kenali dan jawapan pertanyaan aku tadi menyentak emosi aku disaat tu.
"Cisshh!! Apakejadahnya awal sangat nak buat serah menyerah tugas ni? bukan sepatutnya 16hb ni ker? tak pun 01hb Mac depan.." tanpa teragak2 aku bertempik kepada beliau.. (haha2.. padan muka ko sapa suruh telefon aku time macam ni)
"Bla2..bla.. blaa.. blaa.." pertanyaan dan jawapan berselang-seli dan rasanya tak payah kot aku nak ceritakan detail sangat sebab takda faedah pun.. huhu2.. Maka tanpa menunggu lagi aku terus mencapai tuala dan bersiap2 ke pejabat aku seberapa segera yang boleh.
Aku dengan muka ketat mula menunggang motorsikal aku yang aku gelar Monster Blue menuju ke tempat kerja aku. Dengan rasa tak puas hati dengan keputusan tergesa2 oleh pihak atasan mula aku zahirkan pada rakan2 aku yang baru saja melangkah masuk ke pejabat.
"Apahal ni, aku bengang betol la, macam tak menyempat2 jer?" aku mula rasa geram teramat sangat dan meluahkan pada kengkawan aku.
"Biasalah takkan tak paham kot? keadaan kelam kabut takkan tak biasa kot?" rakan2 mula menjawab soalan aku.
"Bukan apa, hormat la siket Boss kita tu! macam seolah2 nak halau dia pergi jer? ^%$#@ betul la!"
 "Sabor2.. tu dugaan tu" suara rakan senior aku mula menerjah telinga aku.

Selepas habis berborak panjang dengan rakan2 yang lain aku terus ke meja pejabat dan mengadap komputer. Dan dengan rasa geram serta tanpa berlengah2 lagi aku terus menaip surat pertukaran aku. Nasib baik surat tersebut masih ter'SAVE' ditempat yang aku letakkan dulu. Apalagi aku pun terus meng'other2' apa yang patut dan tak patut di masukkan dalam sebab2 pertukaran tersebut. Kemudian dengan pantas aku terus masukkan kedalam sampul surat yang siap bertulis nama orang2 yang perlu aku sentkan surat tersebut. .
Tanpa berlengah2 lagi aku terus memberikan pada Boss aku. Dan seperti diduga Boss aku seolah2 dapat membaca apa yang tertulis pada surat pertukaran tersebut.
"Boss, saya rasa Boss faham kan tujuan saya jumpa Boss ni? saya mahu ke tempat yang pernah Boss halang saya pergi dulu"
"Uhmm.. " seolah2 tanpa banyak soal beliau terus mengiakan persoalan aku.
"Boss kan pernah kata, selagi Boss tak pindah saya pun tak boleh pindah kan?" aku mula mengimbas kenangan beberapa bulan yang lepas.
"Oklah, letakkan atas meja tu, nanti saya akan submitkan pada pihak atasan ya"
"Thanks Boss.." aku mula melangkah keluar dari pejabat beliau dan mengerling kearah beliau.
Jelas tampak keletihan beliau dikala itu, aku pun awal2 lagi telah meminta maaf sebab berjumpa dengan beliau pada waktu yang kurang tepat. Aku berlalu pergi dengan harapan beliau tidak diganggu kerana sibuk memikirkan persiapan pertukaran beliau pada saat2 yang agak kelam kabut.

"Betul ke tindakan aku ni?" aku mula bermonolog sendirian. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Biarlah aku berlalu pergi kerana mungkin inilah peluang aku untuk mencapai cita2 aku. Semoga pilihan aku ini tepat. Kepada semua rakan2 aku DOA2kanlah aku ya, semoga aku success ditempat baru nanti. Insya'allah itupun kalau permohonan aku kesana diterima.

Tiada ulasan: