13 Februari 2012

PERGINYA SEBUTIR BINTANG.. KILAUANNYA SENTIASA MEMANCAR!

Sepanjang minggu ini merupakan detik dan waktu yang begitu mencabar pada diri aku. Susah untuk aku jelaskan semuanya disini namun aku pasti akan ada yang mengerti tentang apa yang berlaku. Aku telah melalui hari2 yang sungguh memilukan. Segalanya telah membuatkan kotak fikiran aku berkecamuk dan hati aku bagai dirobek2. Mungkin ada yang nampak biasa dan menganggap perkara ini tampak remeh namun bagi diri aku, rakan2 setugas serta ahli keluarga kami ia adalah sesuatu yang diluar jangkaan kami. Berita perpindahan Boss aku ke tempat baru membuatkan setiap rakan2 aku hampir hilang semangat untuk bekerja dan seolah2 telah hampir melumpuhkan perjalanan sistem kerja ditempat aku. Aku percaya semua ini berpunca dari hilangnya seseorang yang selama ini menjadi pemangkin semangat untuk aku dan rakan2 setugas yang lain menjalankan tugas dengan bijaksana dan bertanggungjawab. Namun perpindahan beliau secara langsung dan tidak langsung telah membuatkan rakan2 setugas aku mula menjadi insan yang bukan seperti mereka yang dulu.

Apapun sebuah Majlis Malam Bersantai dan Perpisahan untuk Boss aku telah pun diadakan pada hari sabtu malam ahad yang lalu dan majlis ini menjadi medan dan platform semua rakan2 setugas aku meluahkan rasa suka duka, pahit manis dan apa jua kenangan tersendiri setiap individu itu semasa bersama mantan Boss aku. Seribu satu kenangan sebenarnya telah tercatat semasa pentadbiran beliau, kejayaan dan kecemerlangan semasa pentadbiran beliau telah membuka mata banyak pihak dan sehingga membuatkan menerima banyak penghargaan dari pucuk pimpinan dan masyarakat serta syarikat swasta. Beliau umpama sebutir bintang yang berkilauan megah di angkasaraya dan rasanya beliau setakat ini tiada galang gantinya. Bak kata rakan2 aku yang lain bahawa Boss aku adalah 'SATU DALAM SERIBU'. Segala tunjuk ajar, teguran dan nasihat berguna beliau kepada semua yang pernah berada dibawah pentadbiran beliau menjadi pedoman dalam menjalani hari2 mendatang. Walaupun semua rakan2 setugas aku terlalu sukar menerima hakikat perpindahan beliau ini tetapi atas nama demi tugas dan tanggungjawab maka semua rakan2 setugas aku terpaksa redha menerima ketentuan ini. Walaupun jauh dimata namun dihati beliau tetap sentiasa dekat. Setiap rakan2 setugas aku sentiasa mengganggap beliau umpama 'AYAH dan ABANG', sikap dan karisma beliau sebagai seorang pemimpin yang berwibawa telah berjaya dibuktikan dengan menerima tugas yang diberikan tanpa sebarang alasan dan penolakan dan ciri2 itu jelas menunjukkan beliau seorang pemimpin sejati. Aku, rakan2 setugas aku serta ahli keluarga kami semua sepakat melahirkan ucapan JUTAAN TERIMA KASIH yang teramat sangat kerana JASA DAN PENGORBANAN beliau selama ini dalam menyatukan kami semua. Aku mendoakan semoga kejayaan sentiasa mengiringi beliau dimana sahaja beliau berkhidmat.

* P/S: Tiada yang mampu menandingi sifat kepimpinan beliau..

Tiada ulasan: