01 Februari 2012

ON AIR


Nampak macam best pula program terbaru Astro kali ni terutamanya ON AIR.. ok la kan? sekurang2nya program macam ni tampak berbeza dari sesetengah program2 lain yang pernah diwujudkan (tak pasti pula samada program ini adalah idea anak tempatan atau ciplak dari mana2 negara) apapun aku macam suka pula tengok program macam ni. Program yang dibarisi oleh juri2 yang cukup berwibawa dan terkenal iaitu Aznil Hj Nawawi (Ketua Juri), Suhaimi Sulaiman Dan Datin Seri Normala Samsudin (Juri Jemputan). Bila tengok program ni dah macam program raja lawak pun ada, sebab bila peserta buka mulut je memang klakar! haha2.. ada yang over acting.. bajet sempoi.. muka control ayu.. tersilap cakap.. macam2 lagi la kelakuan yang membuatkan aku tertawa sendiri.
Untuk Makluman korang semua program ON AIR ini merupakan sebuah program realiti terbaru dari Astro Ria yang memaparkan pencarian pengacara pelapis yang boleh dibentuk untuk menjadi pengacara2 program2 kelolaan Stesen Astro. Bidang pengacaraan amat sinonim dengan sebuah stesen TV, maka dengan itu sesi ujibakat telah diangkat menjadi sebuah program TV. Apa tunggu lagi kalau korang rasa berbakat pergilah try!! Chaiok2.. huhu2..

Hadirkan diri korang semua untuk menghadiri Sesi Ujibakat yang akan diadakan bertempat seperti dibawah:-

* Red Box, Gurney Plaza, Pulau Pinang (14 & 15 Jan 2012) - Telah Selesai
* The Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru (21 & 22 Jan 2012) - Telah Selesai
* Merdeka Palace, Sarawak (28 & 29 Jan 2012) - Telah Selesai
* North Entrance, Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (04 & 05 Feb 2012) - Akan Diadakan




Tiada ulasan: