07 Februari 2012

APA BARANG? TAKUT CABARAN? RUGI BAGI PANGKAT..


Dalam dunia ni ada bermacam2 ragam manusia kita dapat lihat, bukan apa ada yang diberi pangkat tapi tak tahu nak guna. Ada yang tak dapat pangkat mula tarik muka bermasam muka sesama sendiri. Malah terdapat juga sesetengah pihak secara terbuka mengkritik dan menganggap adalah tak adil si polan itu dan si polan ini dapat pangkat ditahap yang dimilikinya kini (mungkin bagi mereka 'si polan' tersebut tidak layak menyandang jawatan yang dimilikinya kini) Tapi mungkin itulah yang dinamakan rezeki, iaitu kurniaan yang ALLAH SWT beri kepada semua hamba2-Nya. Kan kita tahu yang ALLAH SWT itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Memberi segala2nya kepada hamba2-Nya untuk melihat samada hamba2-Nya itu bersyukur atau tidak dengan kurniaan tersebut. Realiti manusia macam tu la, aku nak cakap pun salah tak cakap aku mula rasa gelisah dan gelabah. Kadang-kala tindakan 'Pengecut' yang ada pangkat ini mula menyusahkan kita yang duduk kat bawah ni. Almaklumlah.. sebab tindakan dan sikap tak bertanggungjawab maka secara langsung dan tidak langsung individu2 yang lain pula tersangkut-paut menjadi mangsa. Tulisan aku pada kali ini bukan apa cuma hendak menzahirkan rasa tak puas hati dengan tindakan orang yang tunjuk profesional dan hebat giler dalam segala2nya didepan Big Boss tapi hakikatnya? yaa adoii.. macam hampeh je! Minta maaf cakap la buat kerja basic pun tak tahu. Aku jadi marah bukan pasal apa sebab tak pasal2 dengan tindakan 'Dia' maka aku n the gang terlibat sama dan seterusnya menjadi mangsa mainan makhluk 'Parasit' ni. Entah apa2 la, bila nama dah naik untuk pertukaran pergi saje la, apa masalahnya.. yang kau pergi petik nama Boss aku apasal? tak pasal2 berlaku rombakan kerja dan sebagainya kat tempat kerja aku      (maka secara tak langsung Boss aku akan bertukar) Cisshh!! Kau memang pandai 'Wayang' la.. dulu depan Big Boss kau la paling hebat buat kerja itu la, buat kerja ini la, pastu bila diarahkan tukar ke tempat yang agak mencabar kau bagi bermacam2 alasan (Kitorang tahu ni semua salah satu strategi ko nak buat orang lupakan pasal pertukaran kau ni) Kau cakap minta tangguh pindah ke bulan 6 pastu tangguh sekali lagi ke bulan 12 (tahun lepas la tu.. huhu2..) Last2 orang yang anggap kau macam adik dia boleh pula secara terpaksa menggantikan kau kesana? (apa punya 'tut' la perangai kau ni) Kau kena la bersikap gentle, peduli la tempat tu susah ke apa ke. Kau ada pangkat kau kena la sahut cabaran takkan nak duduk bawah tempurung je kot? Apa kau ingat semua yang ada kat bawah kau sekarang ni suka kat kau? Citt!! Tengok muka kau pun diorang menyampah, apatah lagi mendengar suara kau yang kalau bercakap sebatu pun boleh dengar tu? Oppss.. tapi biasalah diorang kenalah hipokrit takut kau terasa dan kecik hati. Kau kalau tak sanggup nak hadapi masalah kau tak payah pakai pangkat tu. Bagi je bebudak2 baru masuk kerja tu pakai pangkat kau. Aku sebagai anak buah rasa bengang la dengan tindakan kau yang menolak kerja, tambahan pula kau main cara kotor dengan melobi Boss aku ketempat yang kau tak mahu pergi tu menggunakan pengaruh 'Orang Besar', kau jumpa orang tu, kau jumpa orang ni.. memang la Boss aku tahu buat kerja dan dia memang bagus dalam menyusun organisasi dan strategi tapi kitorang ada perancangan lain yang lebih gempak bagi tahun 2012 ni. Cuma satu je aku tak paham kenapa perlu ada sikap macam ni, kita kalau ada pangkat kita perlulah sahut cabaran hadapi realiti masyarakat. Takkan kau nak terperuk kat tempat kerja lama kau je.. kau ingat kau selamanya akan berada disitu? "Sorry to says la bro!!" (memetik kata2 member2 aku) jangan harap la. Apapun sebenarnya aku malas nak cari gaduh dengan kau (member2 aku tak tau la pulak, sebab diorang memang benci tengok kau.. huhu2..) aku harap akan ada cahaya Hidayah dari ALLAH SWT bagi kat kau supaya kau berubah dan menjadi seorang pemimpin yang lebih berkarisma dan berketerampilan dilain masa.. Aaammiinnn.... =)

* P/S: Minta maaf kalau ada yang marah dengan tulisan aku yang agak Emosi sedikit ni. Aku
           cuma 
meluahkan rasa tak puas hati sahaja. Terima Kasih semua..





Tiada ulasan: