01 Februari 2012

SABAR

"SABORR JEE LAA.." memang kita semua selalu mendengar kalimat ini dan rasanya inilah antara kata2 yang sering diungkapkan oleh sesetengah pihak apabila dilanda masalah. Memang betul kadang2 hanya kata2 itu sajelah menjadi peneman kita dikala kita dilanda masalah, tambahan pula jika perkara tersebut adalah sesuatu yang tak boleh kita kongsikan dengan sesiapa saja secara terbuka. Ya.. memang ia amat penting pada masa-masa tertentu dan adakalamya kita sekadar menyebut je tanpa ada apa2 effect pada diri kita atau pada orang yang kita nak tenteramkan itu. Percaya tak, kalau aku katakan bahawa kita semua ni kadang2 bersikap hipokrit, "sorry to says laa ya.." tapi itu memang realitinya. Tak percaya? korang semua sebagai saksiny, contoh terdekat la, kita lebih suka berlagak hero kononnya semua masalah boleh settle? ya, memang boleh tapi apa pendekatan yang kita lakukan? Sekadar berkata.. “Relaks laa fren.. sabar laa.. ya..” itu jer? Ciss.. kalau sebegitu mudah kita dapat selesaikan masalah dengan berkata sabar semata2 rasanya tak ada masalah la selepas ni. Rasanya dalam 10 orang maybe ada seorang je kot yang benar2 memanfaatkan apa yang diperkatakan dan untuk diamalkan.. yang lain, ya adoii.. paham2 je la. Memang betul dikatakan bahawa 'SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN", tapi sejauh mana Iman itu terdapat pada setiap hati anak ADAM ni. Adakah ianya setebal kerak nasi atau sekadar senipis kulit bawang?. Kita ni selaku khalifah dimuka bumi ALLAH SWT seharusnya sentiasa meningkatkan keimanan dengan  memperbanyakkan amalan yang memenuhi tuntutan syariat (hehe2.. dah macam tazkirah agama pula..) Ada permasalahan yang terpaksa kita tanggung sendiri dan tak mahu ianya diketahui oleh orang lain kerana takut mendapat malu. Lantas kita membiarkan ianya berlalu dan mengharapkan akan ada jalan penyelesaiannya sendiri (dengan bermaksud ianya mampu selesai sendiri..) tapi boleh ker macam tu? kadang2 masalah itu perlu dirujuk kepada pakar dan tak boleh terlalu pasrah dan menyerah bulat2. Kita perlu ada anjakan paradigma untuk membetulkan dan menyelesaikan masalah tersebut walau seteruk dan serumit mana masalah itu kita hadapi. Jika ada masalah janganlah mengambil jalan singkat melakukan sesuatu yang kita sendiri tahu akibatnya pasti lebih buruk jadi berfikirlah secara rasional terlebih dahulu sebelum memutuskan sebarang keputusan dalam menyelesaikan permasalahan tersebut. Carilah orang yang sesuai dijadikan sebagai orang tengah atau orang yang dapat membantu dan mampu mengurangkan penderitaan dalam menanggung permasalahan tersebut. Secara tak langsung serba sedikit apabila kita berbicara kita mampu meluahkan segala2nya tanpa ada rasa bebanan yang tertanggung oleh hati nurani kita. Seelok2nya carilah orang yang kita percayai terutamanya keluarga kita sendiri, jika tak yakin dan malu untuk berbincang carilah mana2 pakar2 motivasi atau perunding atau kaunselor yang mempunyai kepakaran membantu kita tentang hal2 demikian. Percayalah tiada masalah tanpa penyelesaian dan tiada sesuatu yang mustahil diselesaikan.. cuma cepat atau lambat sahaja sesuatu permasalahan tersebut mampu untuk kita selesaikannya, betul tak? Dan perkara akhirnya.. jika memang betul belum ada jalan yang kita nampak mampu menyelesaikannya maka WAJIB kita berserah kepada-Nya.. kerana ALLAH SWT sahajalah tempat kita berserah. Insya'allah..



Tiada ulasan: