05 Februari 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H




Alhamdulillah.. Hari ini adalah 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah Bersamaan 05hb Febuari 2012 Masihi yang merupakan hari yang penuh bersejarah dalam Kalendar Umat ISLAM seluruh dunia kerana ianya adalah Hari Keputeraan Junjungan Besar kita NABI MUHAMMAD SAW. Maulidur Rasul (Kelahiran Rasulullah) adalah hari penuh bersejarah yang jatuh pada 12 Rabiulawwal Tahun Gajah bersamaan 23hb April 571 Masihi. Setiap tahun seluruh umat Islam seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati Keputeraan NABI MUHAMMAD SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti Perarakan, Ceramah dan sebagainya. Sambutan pada tahun ini bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" dan rasanya tema ini amat bertepatan dengan situasi yang melanda masyarakat kita disaat dan ketika ini. Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dijangka akan diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, PUTRAJAYA pada pagi ini. Majlis sambutan Maulidur Rasul ini akan dirasmikan oleh Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Majlis dijangka diadakan pada hari ini jam 0700hrs dengan dimulakan oleh perarakan kontijen agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan yang bermula dari Istana Kehakiman dan berakhir di Dataran Putra. Acara kemuncak ialah upacara pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 1433H dimana sembilan penerima akan dipilih termasuk seorang penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul. Apapun aku mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL kepada seluruh Umat Islam di Malaysia khususnya dan Umat Islam seluruh dunia amnya. Semoga kita dapat memanfaatkan dan mengikuti segala Sunnah Rasulullah SAW dengan sebaik2nya. Berpeganglah kepada AL-QURAN dan AS-SUNNAH. Insya'allah kita akan beroleh ketenangan didunia dan akhirat kelak. 





Tiada ulasan: