07 Februari 2012

JENAYAH TIDAK MENGENAL SIAPA


Jenayah tidak mengenal siapa, mungkin itu yang dapat aku katakan dan simpulkan pada korang semua. Memang kalau kita memperkatakan tentang jenayah tiada apa yang baik dapat kita perolehi daripada perkara tersebut melainkan hanyalah kesengsaraan dan penderitaan semata2 samada kepada mangsa dan juga ahli keluarga mangsa. Dimana letakkan sikap perikemanusiaan sesama kita, mungkin lebih khusus aku tujukan kepada si pelaku jenayah tersebut. Adakah telah luput kasih sayang sesama manusia dalam diri kita dan melihat betapa teruknya perkara yang berlaku itu. Pernahkah terfikir apakah maksudnya dan apakah definisi JENAYAH menurut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)? Sebelum aku melalut ke perkara lain biarlah aku memberikan definisi terlebih dahulu..


JENAYAH
  • Jenayah perbuatan jenayah kejahatan (seperti mencuri, merompak, membunuh dan lain2) yang salah disisi undang2, perbuatan salah (disisi undang2), perbuatan kriminal.
  • Jenayah terbahagi kepada beberapa jenis:-
  1. Jenayah Harta
    - Kejahatan yang bersangkutan dengan harta (seperti mencuri, merompak, menipu, pecah
       amanah, dan lain2)
  2. Jenayah Kolar Putih
    - Perbuatan jenayah yang dilakukan oleh mereka yang bertugas dalam bidang pengurusan
       (profesional dan sebagainya) biasanya oleh mereka yang berkedudukan penting dalam
        perkhidmatan awam (syarikat dan lain2)
  3. Jenayah Komputer (Computer Crime)
    - Perbuatan jenayah yang dilakukan dengan menggunakan sistem komputer untuk mencuri
      maklumat atau wang
    - Pencerobohan atau penyalahgunaan sistem komputer
  4. Undang-Undang Jenayah
    - Undang2 mengenai jenayah
  5. Kesalahan Jenayah
    - Kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah
  6. Penjenayah
    - Orang yang melakukan jenayah
  7. Kriminologi
    - Kajian tentang jenayah, penjenayah, pelakuan jenayah dan sebagainya.
Percayalah bahawa "Jenayah Membawa Padah!!" oleh itu ianya biasanya akan membuatkan setiap dari kita tak lepas dari menjadi mangsanya. Jenayah akan berlaku dengan sebab dan beberapa perkara namun yang paling utama adalah kerana adanya PELUANG. Setiap dari kita menjadikan siapa diri kita yang sebenarnya, samada kita si pelaku jenayah atau yang menjadi mangsa jenayah. Ataupun kitalah penangkap penjenayah atau penyalur maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah tersebut. Tak kiralah dimanapun kita yang pasti kita perlu hapuskan jenayah sehingga ke akhirnya dengan kata lain sehingga lenyaplah sebarang anasir2 jenayah yang pastinya akan membuatkan kita resah setiap hari memikirkan tentang keselamatan diri dan keluarga kita. 


Kita baru2 ini dikejutkan dengan penemuan mayat dipercayai seorang anggota dari Bahagian Risikan (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan yang dilaporkan hilang sejak 01hb Febuari iaitu hari Rabu yang lalu telah ditemui mati dipercayai dibunuh oleh sesiapa tidak pasti dibawah jejambat Bulatan Batu Caves, Selangor. Mangsa yang dikenal pasti sebagai V.Divendran berumur didalam lingkungan 25 tahun itu telah bertugas selama tiga tahun sebagai konstabel dalam Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Misteri kehilangan mangsa selama 3 hari akhirnya terjawab dengan penemuan mayat tersebut. Mangsa ditemui dengan kesan cedera dibahagian belakang kepala sedalam 6 inci. Barang mangsa seperti telefon bimbit dan rantai emas masih berada padanya. Walau bagaimanapun dompet kepunyaan mangsa tidak ditemui. Si mati dipercayai keluar dari rumahnya di Selayang Height bersama 3 rakannya pada pukul 7.30 malam bagi melihat rumah kedai yang akan disewa untuk urusan perniagaan, namun tidak pulang sehinggalah penemuan mangsa dibawah jejambat tersebut.


* GAMBAR pembunuhan seorang anggota Polis dibawah jejambat bulatan Batu Caves..



Setiap dari kita tak terkecuali menjadi mangsa samada kita Anggota keselamatan, Ahli perniagaan, Buruh Binaan, Usahawan, Pendidik atau siapakah dan apakah pekerjaan kita, kita sentiasa terdedah kepada pelakuan jenayah dan tidak terkecuali menjadi mangsa kekejaman insan bergelar penjenayah. Oleh itu aku menyeru kepada semua pihak terutamanya anggota masyarakat perlulah mempunyai sikap saling tolong-menolong dalam menyalurkan sebarang maklumat yang mungkin penting bagi menangkap suspek tidak kiralah berkaitan kes ini atau kes2 yang pernah dilaporkan sebelum ini. Tak kiralah apa jua bentuk jenayah yang berlaku di negara Malaysia kita ini samada Pembunuhan, Rompakan, Ragut, Kecurian, Langgar Lari atau sebagainya kitalah yang bertanggungjawab serta berganding bahu dalam membantu pihak berkuasa terutamanya Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menyelesaikan masalah jenayah tersebut. Sokongan daripada setiap anggota masyarakat adalah pemangkin kejayaan dalam menangani masalah kes2 seumpama ini. Rasanya tanpa penglibatan penuh daripada masyarakat adalah mustahil untuk pihak berkuasa menyelesaikannya dengan berjaya. Dalam erti kata lain membawa si pelaku jenayah ke muka pengadilan.


Bertanyalah pada diri kita sendiri adalah kita sanggup melihat kejadian demi kejadian jenayah yang berlaku terus menerus menghiasi dada2 akhbar dan memaparkan kejadian2 yang adakalanya membuatkan kita sebak dan mengalirkan airmata? Rasanya cukuplah sudah, walaupun kita mungkin takkan berjaya menghapuskan jenayah sepenuhnya tetapi usaha berterusan pasti akan membuahkan hasil yang cemerlang. Pelbagai kempen dan usaha kerajaan dalam menarik minat masyarakat dalam membantu menangani jenayah telah diadakan, adakah kita sedar perkara ini? Jadi jalankan tanggungjawab kita membanteras jenayah. Kesatupaduan kita pasti akan menggusarkan si pelaku jenayah untuk terus melakukan jenayah mereka. Marilah bersama2 menjadikan negara Malaysia kita ini bebas jenayah menjelang 2020.. Salam Sayang untuk semua, bersatu memelihara keamanan negara.

* P/S: Lain2 GAMBAR selingan..



Tiada ulasan: