25 Mei 2012

CHELSEA UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012

Baru2 ni ada tanya aku pasal blog aku ni. Dia tanya nape aku tak update blog aku pasal kemenangan pasukan feveret aku CHELSEA tu. Pada kawan aku tu, relaks la bukan aku tak mahu update atau apa cuma aku tak ada masa nak update. Tapi jangan risau la sebab FB aku sentiasa ada status terbaru dan FB Timeline aku pun antara yang terawal update tentang kemenangan Chelsea ke atas Bayern pada 20hb tersebut. Gambar2 kemenangan juga siap aku masukkan sekali dan tak sangka juga sebab ada yang sudi kongsi ke wall dia plak tu? hehe2.. Member aku tanya pasal update blog la, tapi pehal ko tak like dan jadi pengikut blog aku?? choiii.. saja laa tu nak cari pasal? apalah salah kalau ko terus pi google pastu daftar jadi pengikut blog aku? kan seronok sikit aku. Cisshh!! bikin panas je..


Apapun untuk tidak menghampakan pemintaan kawan aku tu, aku bagilah sikit tentang team aku ni. Korang jangan ingat bila Chelsea menang baru aku nak sokong? sori to say la bro.. aku dari dulu memang 'Kipas Susah Mati' (Die Hard Fan) Chelsea! menang ke kalah ke aku sokong gak! tapi aku btol2 tak sangka akhirnya buat pertama kali Chelsea berjaya merangkul Piala Champions League 2012 seterusnya diisytiharkan sebagai Juara Eropah bagi tahun 2012. Kehangatan selaku Juara Piala FA masih lagi terasa dan kini Piala yang paling diidam2kan oleh Roman Abramovich, pemilik kelab Chelsea ni berjaya dipeluk erat. Seperti biasa pergolakan dalam Chelsea sampai sekarang masih berlaku. Antara isu2 hangat yang sedang melanda adalah pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo belum lagi diputuskan oleh pemilik kelab samada akan mengisi kekosongan jawatan sebagai pengurus kelab atau tidak. Juga isu tentang perpindahan pemain prolifik Chelsea iaitu Didier Drogba dari kelab ini. Seperti biasa juga peminat2 dari serata dunia memberikan pendapat mereka ada yang bersetuju dan ada yang menentang, dan kita pun sedia maklum yang bersetuju khidmat dan jasa kedua2nya masih ditagih mungkin untuk satu atau dua tahun lagi.


Corak permainan bertahan ala2 Negara Itali yang ditunjukkan oleh Chelsea akhirnya telah memakan diri akibat asakan bertali arus dari pasukan Bayern Munich pada minit ke 83', dimana Thomas Mueller berjaya memecah kebuntuan dengan tandukan tajam yang mengelirukan Petr Cech, penjaga gawang gol Chelsea. Dan disaat Bayern hampir pasti memiliki Piala idaman semua kelab itu akhirnya muncul kembali sinar harapan bagi pasukan Chelsea apabila Didier Drogba berjaya membuat tandukan berbisa pada minit ke 89' menewaskan penjaga gawang gol Bayern Munich iaitu Neuer. Siapa sangka sepakan penalti minit ke 96' yang diterima oleh Arjen Robben sepatutnya mampu menerjah gol Chelsea namun berjaya ditepis dengan mudah oleh Petr Cech.


Full time berakhir dengan 1-1 dan setelah tiada kesudahan pada extra time maka sepakan penalti menjadi penentuan. Ramai yang tahu dan sedia maklum bahawa Chelsea adalah antara kelab yang hebat dalam sepakan penalti ini dan ianya telah terbukti apabila semua sepakan mampu dibaca oleh Petr Cech dengan mudah dan berjaya menafikan tendangan dari Olic dan Schweinsteiger. Tiada siapa sangka kelab yang pada mulanya hanya dipandang sebelah mata dalam pemburuan piala mampu menundukkan kelab terhebat dunia seperti Barcelona. Pasukan yang mempunyai masalah dalaman dan hampir2 tewas ini juga akhirnya mampu melangkah ke pentas final dengan penuh bergaya. Perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Allianz Arena, Munich telah menggamit jutaan penonton dari seluruh dunia.




Pemain yang bermain pada perlawanan pada kali ini adalah:-


CHELSEA
Petr Cech, Bosingwa, David Luiz, Cahill, Ashley Cole, Salomon Kalou, John Obi Mikel, Frank Lampard, Bertrand, Juan Mata, Didier Drogba.


BAYERN MUNICH
Manuel Neuer, Philipp Lahm, Jerome Boateng, Anatoliy Tymoschuk, Diego Contento, Bastian Schweinsteiger, Toni Kroos, Arjen Robben, Frank Ribery, Mario Gomez




Pemain yang terlibat dalam sepakan penalti:-


CHELSEA
Juan Mata, David Luiz, Frank Lampard, Ashley Cole, Didier Drogba. 


BAYERN MUNICH
Philipp Lahm, Mario Gomez, Manuel Neuer, Ivica Olic, Bastian Schweinsteiger




Apapun TAHNIAH pada pasukan Chelsea kena menjadi Winner Champions League Cup 2012 menewaskan pasukan Bayern Munich. Semoga semangat tak mudah mengalah seperti pasukan Chelsea ini mampu memberi inspirasi kepada pasukan Harimau Malaya dalam menghadapi perlawanan yang mendatang.

Tiada ulasan: