16 Mei 2012

KALAH MENANG ADAT PERTANDINGAN

Semalam merupakan detik paling bermakna bagi aku sekeluarga terutamanya anak aku, Danial. Bukannya apa sebab semalam merupakan detik pertama kalinya si kecil aku ni menonton perlawanan bolasepak secara Live kat stadium. Sebelum ini kalau ada perlawanan bolasepak mesti tengok kat TV je, anak aku antara peminat bolasepak walaupun baru berusia 1 tahun 6 bulan tapi dah pandai bersorak gol! haha2.. memang klakar dan mencuit hati aku setiap kali melihat keletah si kecil ni.

Perancangan nak ke stadium bukanlah secara ber'PLAN' sangat juz sekadar tanpa sengaja je petang semalam, itupun selepas tetiba je terlintas kat fikiran aku nak bawa keluarga aku tengok bola. Aku apa lagi tanpa berfikir panjang tanya Isteri aku dan dia setuju dan aku terus start enjin kenderaan siap-siap pastu terus je gerak. Huhu2.. memang best la kan sebab inilah kali pertama dalam sejarah sejak berkeluarga aku menyaksikan Live bolasepak kat stadium. Perkara ini merupakan detik paling manis bagi aku sekeluarga.

Perlawanan semalam diantara Team Seladang (Perak) versus Team Rusa (Negeri Sembilan). Pada babak pertama memang seronok sebab Perak dah leading 1-0 dan tak adalah aksi-aksi ganas macam babak kedua. Aku tengok kedua-dua team dah mula hilang pertimbangan akal fikiran dan tingkahlaku banyak dipengaruhi emosi semata-mata. Kalau dah pemain hilang pertimbangan bayangkan penonton macam mana kan? Aku bawa anak aku ke stadium bukan nak tengok perlawanan gusti tapi nak tengok perlawanan bolasepak. Isk-isk.. sakit hati aku tengok gelagat pemain dan juga penonton yang sengaja menambahkan api kemarahan penonton lain.

Aku cerita ni sebab kejadian berlaku depan mata aku, si minah tomboi depan tempat duduk aku iaitu kiri tiga baris dibawah aku sengaja buat onar dengan mengeji dan mengeluarkan perkataan kurang enak didengar. Pastu siap tampar-tampar akak depan dia dan mengejek akak tu dengan kata-kata biadap! Kalau dah duduk Grandstand (Kawasan Berbumbung) memanglah bercampur dengan team pasukan lawan tapi tak payah la nak tunjukkan kau tu fanatik sangat macam orang gila! Aku tak nafikan team kesayangan aku Perak kena tibai 3-1 tapi yang buat penonton perak yang bertandang kat Stadium Paroi ni sakit hati adalah dengan tingkahlaku yang langsung tak mencerminkan adap kesopanan langsung. Dia ingat dia sorang saja ke beli tiket ni? Chooiiii!! memang panas je tapi nasib baik aku sabar, bebudak lain mula hilang kewarasan dan nak tumbuk dan muka budak kurang ajar tu tapi nasib baik dengan kecekapan dan ketangkasan pihak polis dapat men'setel'kan hal ini dengan mudah.

Inilah masalah yang sering berlaku pada perlawanan bolasepak, kita dah semakin kurang nilai integriti dan semangat kesukanan dan hanya datang nak bergaduh je.  Apalah punya bangang!! Ooppss.. geram sudah! huhu2.. aku tak nafikan masih ramai (Majoriti) penonton yang masih waras mempunyai nilai kesopanan dan tingkah laku tinggi dan tak terpengaruh dengan budaya barat yang suka melontar botol, baling mercun, dan macam-macam lagilah! tapi jangan kerana seorang dua punya perangai hancur imej baik penonton kita selama ini. Mudah je kan? tak puas hati baling botol.. menang ke kalah ke baling mercun.. macam orang hilang akal je! tak terfikir ke kalau balingan korang tu tak sampai bawah, silap-silap kena kepala penonton kat bawah tu! ni la orang tua-tua cakap 'Akai tarak!!'

Cubalah kita berubah sikit, menang kalah adat pertandingan! jangan terlalu beremosi sangat. Cuba kita tengok peminat luar terutamanya Liga Inggeris. Peminatnya menunjukkan tanda sokongan dengan bermacam cara tapi tak pernah kita tengok berlaku baling botol ke dalam stadium kan? paling-paling teruk pun diorang menangis sebab pasukan kesayangan diorang kalah! itu barulah peminat sejati. Liga-liga lain seluruh dunia memang ada aksi yang tidak baik tapi kita tengok Liga Inggeris sudah cukup.

Ada satu perkara yang menarik minat aku bila menonton perlawanan bolasepak ni? nak tahu apa tak? selain aksi pemain-pemain yang semakin baik dan bertambah elok mutu dan corak permainan adalah penyokong tegar yang digelar "ULTRAS" tak kiralah apa jua pasukan kat Malaysia ni. Jadi pemain setiap pasukan harus bermain bersungguh-sungguh kerana mereka mempunyai peminat bolasepak sejati iaitu ULTRAS!! Bagi pasukan Perak nama Silver State Ultras a.k.a Silvermania adalah peminat dan penyorak pasukan yang sentiasa ada dimana sahaja Perak bertandang untuk memberikan semangat untuk terus berjuang!! Lagu-lagu semangat akan terus berkumandang walaupun pasukan kalah namun semangat menyokong tetap utuh. Sesuai dengan Tagline Silvermania.. 'Sayang Perak Sampai Mati'. Teruskan sokongan anda, kerana andalah ULTRAS yang akan mengubah imej penonton yang sejati dan berintegriti. "SAYA SAYANG PASUKAN PERAK!!"

Tiada ulasan: