16 Mei 2012

SELAMAT HARI IBU



Sudah lama aku tak meng'UPDATE' blog aku ni. Almaklumlah banyak kerja menimbun yang memerlukan aku mengorbankan masa untuk menyiapkan kerja tersebut. Kadang-kadang masa bersama keluarga terpaksa dihadkan semata-mata memberikan penumpuan seratus peratus kepada kerja aku ni. Jadi aku tak sempat la menulis benda yang sepatutnya aku tulis iaitu ucapan SELAMAT HARI IBU!!

Ibu, Mak, Mama, Mummy, Mother, Mum atau apun jua panggilan yang kita berikan maksudnya tetap sama. Merekalah yang telah mengandungkan kira selama 9 bulan dan mendewasakan kita sehingga menjadi anak yang berjaya. Pernahkah terfikir oleh kita apa yang telah kita berikan balasan kepada mereka? Minta dijauhkan daripada menjadi anak derhaka, kerana sesungguhnya anak derhaka tidak cium bau syurga!.

Kita semua sedia maklum bahawa pada tanggal 13hb Mei yang lalu merupakan hari paling bermakna bagi seorang wanita bergelar IBU. Tarikh keramat yang diberikan untuk memberikan tanda penghargaan bahawa Jasa seorang Ibu itu amatlah besar dan tak terbalas oleh kita walau dengan harta berjuta. Memang tidak dinafikan ada yang berkata Hari Ibu HARAM terutamanya segelintir ahli agama. Minta Maaf, bukan niat aku nak mempertikaikan pengharaman tersebut tapi seharusnya perkara seperti ini dibincangkan dalam Majlis Fatwa dan barulah semua dihebahkan tentang pengharaman tersebut. Tiada terniat dihati aku nak memperkecilkan ahli agama yang mengatakannya Haram cuma orang seperti aku yang cetek ilmu agama ini memerlukan sesuatu untuk disandarkan seperti mengapa ia dikatakan haram? adakah kerana dipelopori oleh agama lain? atau mempunyai ritual sembahan agama lain? atau mempunyai maksud dan kepercayaan yang bertentangan dengan agama Islam? aku mengharapkan agar para bijak pandai terutamanya alim ulama dan mufti menghuraikannya dengan lebih lanjut supaya orang seperti aku mudah faham.

Cuma bagi aku walau apapun yang kita lakukan selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam aku rasa tidak salah untuk kita menyambutnya selagi mana niat kita menyambutnya itu adalah untuk memberikan penghargaan kepada seorang insan yang paling tinggi kesabarannya iaitu IBU. Memang tidak dinafikan juga bahawa mengapa perlu disambut Hari Ibu sedangkan sepatutnya kita menyambutnya setiap hari dan memberikan penghargaan kepada Ibu setiap detik dan waktu. Yaa!! Bagi aku itu tak salah dan memang sewajarnya kita memberikan Ibu kita detik manis dalam menjalani kehidupan Tuanya tanpa ada bebanan dari kita yang bergelar anak ini. Kita seharusnya sentiasa menggembirakan hatinya dan tidak membiarkan dirinya merasa jauh dari kita.

Apalah salah kiranya kita sentiasa bertelefon dan bertanya khabar walau sekejap cuma kerana walaupun sekadar bertanya "Ibu sihat ker?" itu sudah cukup mengubat kerinduan kepada anaknya yang jauh dimata tapi dekat dihati ini. Tahukah kita bahawa bukan emas permata yang diperlukan oleh Ibu tapi cukuplah kasih sayang. Mereka sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita di Dunia Dan Akhirat. Kebahagian anak-anak adalah paling utama bagi mereka. Oleh itu dikesempatan ini aku mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada Ibu aku yang tersayang Pn.Aminatul, Ibu kepada Anak Kecil aku iaitu Pn.Maria serta kepada semua Ibu-ibu diseluruh Dunia!! Salam sayang ikhlas daripada Aku insan yang menghargai.. 



* P/S: Gambar-Gambar Menarik Berserta Video..






Tiada ulasan: