01 Mei 2012

SELAMAT HARI PEKERJA 2012!!

Terlebih dahulu aku mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga pekerja samada di sektor awam mahupun sektor swasta. Kita sibuk menyambutnya adakah kita tahu tema pada tahun ini? Tak tahu? Haha2.. sama macam aku juga cuma nasib baik aku tengok TV dan sempat la mengetahui apakah tema pada tahun ini. Kalau aku tak tahu malulah kalau tiba-tiba kena soal oleh kengkawan esok? Aku macam biasalah hari kerja atau hari cuti aku masih menjalankan tugas. Demi negara katakan? hehe2.. Eh, melalut pula aku aku pagi2 ni.. Tema tahun 2012 ini adalah "PEKERJA BERINOVATIF PENGGERAK TRANSFORMASI". Amacam gempak tak? Jangan tak tahu Perdana Menteri Malaysia malam tadi telah mengadakan Majlis Pengumuman Gaji Menimum Sektor Swasta dan seterusnya menetapkan gaji minumum untuk pekerja sektor swasta. Kerajaan sebelum ini telah pun berjaya menetapkan 7% sehingga 13% gaji untuk kakitangan awam. Apapun aku nampak kerajaan semakin ambil berat tentang permasalahan rakyat ini walaupun ada pihak menafikannya. Kajian Guna Tenaga Kebangsaan (NER) oleh Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2009 mendapati 33.8% pekerja berpendapatan bawah RM700 sebulan dibawah paras kemiskinan kebangsaan RM800 sebulan. Purata pendapatan rakyat Malaysia tersebut adalah Semenanjung (27.2%), Sabah (63.0%) Dan Sarawak (48.1%).

Malahan kajian daripada Bank Dunia menunjukkan kadar gaji di Malaysia hanya meningkat  secara purata 2.6% setahun, walaupun kadar produktiviti buruh meningkat 6.7% setahun. Ia secara jelas menunjukkan terdapat kekangan pendapatan dikalangan pekerja bekemahiran rendah dan tidak efisyen dalam pasaran buruh seperti mana dirujuk dari seumber Bank Dunia. Dato' Sri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Kadar gaji mininum semenanjung Malaysia ditetapkan sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam. Manakala Sabah, Sarawak Dan Wilayah Persekutuan Labuan ditetapkan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam. Tarikh mula kuatkuasa pelaksanaan gaji minumum tersebut adalah 6 bulan daripada tarikh perintah gaji minimum diwartakan.

Apapun aku tumpang gembira dengan pengumuman ini walaupun aku tidak terlibat sekali. Aku harap ini akan menjadi berita yang menggembirakan semua pihak. Pihak majikan selepas ini tidak boleh sesuka hati meletakkan harga gaji seseorang dan perlu ada garis panduan dalam melaksanakan arahan tersebut. Sekali lagi aku mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA!!

Tiada ulasan: