26 Mei 2012

PAGI YANG SIBUK

Pagi ni mesti aku busy dengan program dan aktiviti gotong-royong. Yela, penjaga putera kesayangan aku akan melangsungkan majlis pernikahan anak sulung beliau pada petang nanti. Aku percaya banyak benda perlu disettlekan sebelum majlis akad nikah itu dapat dilaksanakan. Aku pun bernasib baik sebab kalau ikutkan aku diminta untuk mengambil program senamrobik dihotel tiara beach resort, pasir panjang sempena hari keluarga pada pukul 7.45 pagi ni. Aku seikhlas hati terpaksa menolak walaupun ditawarkan wang ringgit. Aku bukan jenis kemaruk sangat nak duit tu dan aku cuma mahu kalau aku diperlukan berilah masa yang cukup untuk buat preparation bukan secara semberono je. Aku kena jaga juga reputasi aku takkan aku nak buat sesuatu yang akan membuat aku diperli dan menjatuhkan imej aku? Sekurang2nya berilah aku masa dalam seminggu atau paling tidak pun 3 hari dari tarikh yang dimaksudkan dan bukanlah terus 'on da spot' macam ni. Aku kena la buat selection lagu dan pilih jenis yang sesuai dan aku perlulah hafal step sebab aku pun dah lama tak ambil tugasan sebagai instruktur ni rasanya dah hampir 5 bulan. Lupa dah segalanya, mesti nak kena 'remind' semula kan? huhu2..


Disebabkan aku dah tolak permintaan pihak tersebut, maka pagi ni nanti dapat la aku melaksanakan kerja2 yang diamanahkan dan dapatlah aku membantu seberapa terdaya kepada penjaga anak aku ni dalam majlis akad nikah tersebut. Biasalah meja kerusi, pinggan mangkuk perlu disusun teratur dan semuanya perlu nampak 'perfect'. Aku pun tumpang gembira kerana puteri sulung beliau akan menamatkan zaman bujangnya.  Jemputan yang aku anggarkan dalam 2,500 orang adalah kerana khemah yang dipasang lebih kurang 13 buah tidak termasuk untuk live band dan tempat sajian makanan. Apapun aku harap majlis perkahwinan yang dijangka diadakan pada 27hb nanti akan berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah mendatang.


Dikesempatan ini juga aku nak maklumkan aku terpaksa batalkan semua majlis yang aku dijemput untuk hadiri. Aku mohon maaf kerana time ini aku jangka akan sibuk dan aku tak mampu nak beri komitmen pada banyak benda dalam satu masa. Dan aku fikir adalah lebih baik aku tumpukan hanya pada satu majlis pada satu masa. Sekurang2nya aku dapat melaksanakan perkara tersebut dengan baik dan jayanya, Insya'allah..  

TAK KUSANGKA

Aisey.. sedih btol la hati aku. Tak sangka apa yang aku hajatkan tak menjadi kenyataan, dan paling tak sangka member baik aku yang dapat tempat yang aku idam2kan. Aku dapat tahu pun dari seorang kenalan yang menguruskan tentang pertukaran member aku tu. Tersentap juga la aku pada mulanya, tapi sebab nak cover macho aku wat2 slumber la macam takde apa2 yang berlaku. Padahal dalam hati cuma Tuhan je yang tahu. Ya! Aku Terkilan! sesangat2.. sampai aku rasa macam lemah sangat, apa yang aku nak lakukan macam tak berupaya je. Rasa fikiran aku kosong.. tapi takla kosong macam lagu Najwa Latif tu!


Bila aku dengar perkhabaran macam tu aku 'Blur' sekejap. Antara suka dan duka aku terpaksa menelan pahit segalanya dalam hati dan berlagak membuat muka seperti tiada apa2 yang berlaku. Malulah aku kalau aku katakan aku di'Palam' oleh member aku tu. Aku pun tak salahkan dia, mungkin bagi pihak pengurusan aku belum cukup kriteria dalam memenuhi permintaan jawatan tersebut dan mungkin juga belum berjaya membuktikan kebolehan dan keupayaan aku dalam melaksanakan tugasan. Tipu kalau aku katakan aku tak sedih? Ya, aku mengaku kesedihan sedang menghantui aku dikala ini. Langkah kaki aku mula longlai. Aku dah siap buat surat pertukaran dan mendapat galakan daripada pihak tersebut yang ber ia2 mahu mengambil aku tapi bila sampai waktunya orang lain pula yang diambil dan diminta lapor ke tempat tersebut? mau aku tak kecewa? seolah2 macam dipermainkan pun ada. Tapi apa boleh buat aku hanya orang bawahan yang hanya menurut perintah dan arahan.


Apapun aku terpaksalah terima kenyataan yang telah aku perolehi ni dengan tabah dan redha kerana ini semua adalah ketentuan dari yang Maha Esa. Mungkin sudah takdir aku bukan ke arah yang aku inginkan atau mungkin juga rezeki aku akan tiba dikemudian hari cuma masa dan waktu akan menentukan semuanya. Aku percaya hidup ini umpama sebuah kapal yang menempuh pelayaran yang sangat jauh, dimana kita terpaksa melawan pukulan ombak sebelum sampai ke destinasi yang ingin kita temui. Biasalah jika terlalu kuat badai melanda  kita mungkin akan tersasar jauh daripada haluan sebenar yang dituju namun jika kita tabah dan sabar Insya'allah jalan hidup dan apa yang kita impikan mampu kita kecapi dan gapai dengan jayanya. Dugaan dan cabaran adalah realiti kehidupan masa kini. Tanpa 'kabel' yang kuat belum tentu berjaya. Tapi aku yakin ALLAH sentiasa ada bersama aku. 


ALLAH SWT tidak akan membebani hamba2nya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana Firman-Nya yang bermaksud:


"ALLAH tidak  memberati (menguji) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"
[Al-Baqarah : 286]

25 Mei 2012

CHELSEA UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012

Baru2 ni ada tanya aku pasal blog aku ni. Dia tanya nape aku tak update blog aku pasal kemenangan pasukan feveret aku CHELSEA tu. Pada kawan aku tu, relaks la bukan aku tak mahu update atau apa cuma aku tak ada masa nak update. Tapi jangan risau la sebab FB aku sentiasa ada status terbaru dan FB Timeline aku pun antara yang terawal update tentang kemenangan Chelsea ke atas Bayern pada 20hb tersebut. Gambar2 kemenangan juga siap aku masukkan sekali dan tak sangka juga sebab ada yang sudi kongsi ke wall dia plak tu? hehe2.. Member aku tanya pasal update blog la, tapi pehal ko tak like dan jadi pengikut blog aku?? choiii.. saja laa tu nak cari pasal? apalah salah kalau ko terus pi google pastu daftar jadi pengikut blog aku? kan seronok sikit aku. Cisshh!! bikin panas je..


Apapun untuk tidak menghampakan pemintaan kawan aku tu, aku bagilah sikit tentang team aku ni. Korang jangan ingat bila Chelsea menang baru aku nak sokong? sori to say la bro.. aku dari dulu memang 'Kipas Susah Mati' (Die Hard Fan) Chelsea! menang ke kalah ke aku sokong gak! tapi aku btol2 tak sangka akhirnya buat pertama kali Chelsea berjaya merangkul Piala Champions League 2012 seterusnya diisytiharkan sebagai Juara Eropah bagi tahun 2012. Kehangatan selaku Juara Piala FA masih lagi terasa dan kini Piala yang paling diidam2kan oleh Roman Abramovich, pemilik kelab Chelsea ni berjaya dipeluk erat. Seperti biasa pergolakan dalam Chelsea sampai sekarang masih berlaku. Antara isu2 hangat yang sedang melanda adalah pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo belum lagi diputuskan oleh pemilik kelab samada akan mengisi kekosongan jawatan sebagai pengurus kelab atau tidak. Juga isu tentang perpindahan pemain prolifik Chelsea iaitu Didier Drogba dari kelab ini. Seperti biasa juga peminat2 dari serata dunia memberikan pendapat mereka ada yang bersetuju dan ada yang menentang, dan kita pun sedia maklum yang bersetuju khidmat dan jasa kedua2nya masih ditagih mungkin untuk satu atau dua tahun lagi.


Corak permainan bertahan ala2 Negara Itali yang ditunjukkan oleh Chelsea akhirnya telah memakan diri akibat asakan bertali arus dari pasukan Bayern Munich pada minit ke 83', dimana Thomas Mueller berjaya memecah kebuntuan dengan tandukan tajam yang mengelirukan Petr Cech, penjaga gawang gol Chelsea. Dan disaat Bayern hampir pasti memiliki Piala idaman semua kelab itu akhirnya muncul kembali sinar harapan bagi pasukan Chelsea apabila Didier Drogba berjaya membuat tandukan berbisa pada minit ke 89' menewaskan penjaga gawang gol Bayern Munich iaitu Neuer. Siapa sangka sepakan penalti minit ke 96' yang diterima oleh Arjen Robben sepatutnya mampu menerjah gol Chelsea namun berjaya ditepis dengan mudah oleh Petr Cech.


Full time berakhir dengan 1-1 dan setelah tiada kesudahan pada extra time maka sepakan penalti menjadi penentuan. Ramai yang tahu dan sedia maklum bahawa Chelsea adalah antara kelab yang hebat dalam sepakan penalti ini dan ianya telah terbukti apabila semua sepakan mampu dibaca oleh Petr Cech dengan mudah dan berjaya menafikan tendangan dari Olic dan Schweinsteiger. Tiada siapa sangka kelab yang pada mulanya hanya dipandang sebelah mata dalam pemburuan piala mampu menundukkan kelab terhebat dunia seperti Barcelona. Pasukan yang mempunyai masalah dalaman dan hampir2 tewas ini juga akhirnya mampu melangkah ke pentas final dengan penuh bergaya. Perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Allianz Arena, Munich telah menggamit jutaan penonton dari seluruh dunia.




Pemain yang bermain pada perlawanan pada kali ini adalah:-


CHELSEA
Petr Cech, Bosingwa, David Luiz, Cahill, Ashley Cole, Salomon Kalou, John Obi Mikel, Frank Lampard, Bertrand, Juan Mata, Didier Drogba.


BAYERN MUNICH
Manuel Neuer, Philipp Lahm, Jerome Boateng, Anatoliy Tymoschuk, Diego Contento, Bastian Schweinsteiger, Toni Kroos, Arjen Robben, Frank Ribery, Mario Gomez




Pemain yang terlibat dalam sepakan penalti:-


CHELSEA
Juan Mata, David Luiz, Frank Lampard, Ashley Cole, Didier Drogba. 


BAYERN MUNICH
Philipp Lahm, Mario Gomez, Manuel Neuer, Ivica Olic, Bastian Schweinsteiger




Apapun TAHNIAH pada pasukan Chelsea kena menjadi Winner Champions League Cup 2012 menewaskan pasukan Bayern Munich. Semoga semangat tak mudah mengalah seperti pasukan Chelsea ini mampu memberi inspirasi kepada pasukan Harimau Malaya dalam menghadapi perlawanan yang mendatang.

TERTANGGUH

Alamak?? tertangguh lagi kerja 'Part Time' aku. Ni dah masuk dekat 3 hari dari due yang sepatutnya aku kena selesaikan semuanya. Korang mesti tertanya2kan apa yang aku buat? jeng2.. jeng.. kalau nak tau aku sebenarnya buat part time jurufoto majlis di tempat kerja aku. Biasalah kerja macam ni memerlukan aku untuk sentiasa ada dimana2 yang majikan aku buat majlis. Tapi tak semua event aku hadir sebab aku ada member yang mempunyai minat yang sama macam aku dan jenis muka tak malu main redah je tangkap gambar! haha2.. Tapi aku pun tak boleh harapkan dia sangat sebab dia ada page yang dia jadi admin dan aku juga ada page yang aku sendiri jadi admin. Kadang2 terpaksa la aku minta belas ehsan dia untuk kongsi2 gambar2 tu dengan aku? haha2.. Tapi macam biasalah, aku sendiri tak pasti kenapa la macam susah sangat aku nak upload semua gambar2 tersebut kat dalam page aku tu. Nak kata tak dapat bayaran, itu sudah semestinya tapi asal aku buat page ni pun bukan sebab nak nama, populariti atau nak dapatkan income tapi semuanya semata2 kerana 'HOBI'.


Aku pun dapat tahu ramai member2 aku yang berbulu dengan aku disebabkan kelewatan meng'upload'kan gambar2 tersebut. Entah la, nak cakap macam mana pun aku tak reti. Nak kata tak ada time free tipu la kan? tapi bila time nak edit gambar dan nak upload gambar2 tersebut, tetiba je terlinta kat fikiran aku nak melakukan dan buat kerja lain contohnya mengemas rumah, potong rumput kawasan rumah aku, bawa anak jalan2 dan macam2 perkara lain la yang sepatutnya aku tangguhkan dulu. Tapi seperti biasa aku lebih mengutamakan famili dahulu sebelum buat kerja. Cuma ada masanya kadang2 bila aku terlalu kuat bekerja hingga lupa nak jumpa anak aku yang tersayang. Ada satu ketika aku terpaksa tinggalkan anak aku bersama pengasuh dia hampir 2 minggu. Itupun kalau aku terlibat dengan kursus atau penjaga anak aku cuti dan balik kampung. Alamatnya memang seminggu tak berjumpa anak kesayangan aku ni.


Jadi kesempatan yang ada, aku gunakan sebaik2nya untuk buat apa yang aku rasa lebih penting contohnya menghabiskan masa bawa anak aku jalan2, pergi shopping, beriadah, jumpa saudara-mara dan macam2 lagilah yang aku rasa patut aku lakukan sebagai seorang ayah. Mungkin ada kata aku tak pandai bahagi masa, tapi "Aku Peduli Apa!" haha2.. bagi aku Famili 1st, Work 2nd. Mungkin ada masanya aku melupakan keluarga untuk kerjaya. Tak kisah la, janji masa yang ada aku tak sia2kan dengan tido je, btol tak kengkawan? Kalau tido apa pun tak boleh dilakukan, rugi je masa 24 jam yang kita perolehi sebab di sia2 tanpa di isi dengan perkara berfaedah.


Berbalik pada Hobi aku tadi, aku pun tengah cuba untuk men'settle'kan semuanya dan aku harap paling lewat pun lusa aku dah boleh upload semua gambar2 yang aku rakam. Aku pun malas nak jadi bahan kutukan orang lain, bukan apa tak mahu orang lain tambah DOSA! hehe2.. Insya'allah, kerja tetap kerja. Bila orang dah bagi kepercayaan kepada kita untuk memikul amanah yang diberi jangan pula kita musnahkan kepercayaan tersebut. Oklah, aku harap Big Boss aku terus percaya kat aku dan mudah2an cepat sikit aku tukar ke bahagian lain. Hehe2.. =p

18 Mei 2012

TERLUPA

Pernah tak korang terlupa hari2 yang penting dalam kehidupan korang, atau someone yang korang sayang atau yang korang paling respect? contoh paling mudah adalah wish untuk hepi bezday pada someone! takkan la korang tak ingatkan tarikh penting terhadap mereka2 yang rapat dengan korang? ke korang ni jenis yang patut ada PA yang akan remind korang benda sama berulang2 kali?? haha2.. dah sah! aku rasa mesti pernah kan? macam aku juga la, benda yang kita tak jangka kadang2 terjadi kat kita! bukanlah bermaksud kalau kita tak wish kita tak sayang atau ingat kat diaorang kan? tapi biasalah perbuatan kita ni selalunya menunjukkan apa kita seadanya kan?? korang tak payah la nak bagi statement konon2 sibuk sampai takde masa nak wish, huhu2.. tu semua ayat basi la do! ayat macam tu dah berlambak dalam TV dan masih juga kita pakai semata2 nak tutup ketidakprihatinan kita pada mereka yang kita sayangi.

Sori k? aku pun salah juga sebab slumber je boleh wat tak tahu pada tarikh2 penting yang sepatutnya memberikan kegembiraan sekirannya aku wish. Biasalah otak manusia bukan semua dia boleh ingat kalau tak direminder selalu kan? tapi biasalah manusia ni kalau orang asyik peringatkan dia selalu mulalah marah dan meninggikan suara dan kadang2 terkeluarlah kata2 seperti "Ko tak payah la ingatkan aku selalu, aku tau la!! " atau "Bosan la asyik benda sama je ko cakap!". Ada tak korang guna ayat2 ni?? kalau ada sama la macam aku? wakakah.. kita sama tapi tak serupa! huhu2..

Aku saje timbulkan isu ni bukan apa sebab semalam merupakan hari jadi mantan ketua aku yang lama. Beliau adalah salah seorang mentor dan insan yang aku sayangi. Namun tak sangka aku boleh terlupa nak wish, kalau tak kerana member aku bagitau petang semalam mungkin boleh dikatakan aku akan terus lupa dan langsung menimbulkan kesayuan dihati beliau seolah2 aku sudah lupa akan beliau. Haha2.. relaks la boss!! ur still dalam hati ni. Hehe2..

Tanpa berlengah2 aku mula capai blackberry aku dan taip "SELAMAT HARI LAHIR!! Semoga Boss Panjang Umur, Murah Rezeki, Hidup Diberkati Dan Sentiasa Berjaya Dalam Apa Yang Dilakukan!! Ikhlas Daripada ...... ". Sekejap je pastu terus beliau balas "Terima kasih diatas ingatan". Aku percaya beliau sungguh terharu kerana dapat mesej aku walaupun dah dekat petang baru aku bagi mesej tu. Apapun walaupun hampir terlewat mengucapkannya aku rasa lega kerana aku juga mahu beliau tahu aku masih ingat pada beliau walaupun sudah jauh pergi berbakti ditempat lain. Bagi aku satu je, pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan pada aku akan terus menjadi azimat dalam aku mengharungi bidang pekerjaan yang semakin mencabar ini.

Oklah korang, apapun yang kita lakukan perlulah ikhlas k? jangan kerana terpaksa atau nak ikut2kan orang lain. Jadilah diri kita. Sentiasalah save atau tulis pada diari anda tentang hari2 penting dalam hidup anda semoga anda tak menjadi macam saya!! apapun biar lambat asal masih sempat! haha2.. =)

17 Mei 2012

SESAJE

Dah pagi, namun mata ni masih juga tak mahu dilelapkan. Bengang btol la, esok dah la nak koje kalau tak tido macam mana nak dapatkan tenaga yang cukup untuk menguruskan kerja yang bertimbun-timbun tu. Aku betol-betol tak pasti apa pasal punyalah payah sangat nak tido? nak kata lapar tadi aku dah melantak 20 cucuk sate. Nak kata dahaga botol air penuh satu kotak kat sebelah katil aku? huhu2.. Entah la, bila dah susah sangat nak tido ni aku apa lagi mula la buka FB dan BLOG ni. Tengok-tengok apa patut dan update la status merepek kat wall aku tu. Esok aku pastu mesti penuh dengan komen merapu meraban. Argghh.. lantak la, kalau diorang komen tandanya diorang ambil tahulah pasal aku kan? kalau tak mesti aku ni orang BENCI?? Arrgghh.. TIDAAAKKK!!

Agak-agaknya kalau korang selalu tak dapat lelapkan mata korang selalu buat apa ek? Sambung melantak nasi petang semalam ke, cari makanan kat luar ke, tengok internet macam aku buat ni ker, atau main gitar tengah-tengah pagi hening ni kat luar rumah?? haha2.. aku rasa mesti korang ada buat something yang buat korang rasa akan tetiba ngantok, tak lain tak bukan mesti korang kira biri-biri dalam gambar kan? ala, macam dalam cerita Mr.Bean tu! huhu2.. mesti klakar kan? kira satu-satu pastu terus lena? Betol ker, kalau macam tu punya senang esok juga aku pi beli kat kedai. Lain kalai kalau aku susah tido aku kira la berapa banyak biri-biri tu!! haha2..

Sambil-sambil aku berbloging ni aku buka juga FB, almaklumlah nak tahu juga ada tak member yang sama spesen seperti aku payah nak tido? tak sangka kawan aku pun sama, dia kata susah nak tido? tapi dari cara sembang aku tau dia mesti tengah teringat kat tunang dia yang jauh dimata tu. Bayangkan kekasih hati jauh siapa tak rindu kan? mesti ada sahaja yang ingin dilakukan, macam tengok gambar kenangan la, tulis surat cinta la (ada lagi ker dizaman ni?), dan macam-macam lagi la perkara yang buat aku kalakar mendengarnya. Nasib ko la Labu! tu la yang ko cari orang jauh apasal? kan dah berindu-rinduan? isk2.. macam-macam la, apapun aku doakan ko hepi ya fren! Kad jemputan jangan lupa hantar by-hand kalau tak sori aku nak datang!! haha2.. 



Dalam sedar tak sedar dah dekat pukul 4 pagi aku masih mengadap laptop ni. Mata aku pun dah mula menari-nari ke atas ke bawah ni. Yes!! macam nak tido ni, ok la korang kalau ada kesempatan lagi aku akan terus berbloging kalau tak korang faham-faham je la. Masa aku sekarang ni terbatas dengan bermacam perkara. Aku harapkan aku akan terus menjadi teman korang baut selamanya. Thanks u'll.. Gud Nite n hav a sweetdream!! hehe2.. =) 









16 Mei 2012

SELAMAT HARI IBU



Sudah lama aku tak meng'UPDATE' blog aku ni. Almaklumlah banyak kerja menimbun yang memerlukan aku mengorbankan masa untuk menyiapkan kerja tersebut. Kadang-kadang masa bersama keluarga terpaksa dihadkan semata-mata memberikan penumpuan seratus peratus kepada kerja aku ni. Jadi aku tak sempat la menulis benda yang sepatutnya aku tulis iaitu ucapan SELAMAT HARI IBU!!

Ibu, Mak, Mama, Mummy, Mother, Mum atau apun jua panggilan yang kita berikan maksudnya tetap sama. Merekalah yang telah mengandungkan kira selama 9 bulan dan mendewasakan kita sehingga menjadi anak yang berjaya. Pernahkah terfikir oleh kita apa yang telah kita berikan balasan kepada mereka? Minta dijauhkan daripada menjadi anak derhaka, kerana sesungguhnya anak derhaka tidak cium bau syurga!.

Kita semua sedia maklum bahawa pada tanggal 13hb Mei yang lalu merupakan hari paling bermakna bagi seorang wanita bergelar IBU. Tarikh keramat yang diberikan untuk memberikan tanda penghargaan bahawa Jasa seorang Ibu itu amatlah besar dan tak terbalas oleh kita walau dengan harta berjuta. Memang tidak dinafikan ada yang berkata Hari Ibu HARAM terutamanya segelintir ahli agama. Minta Maaf, bukan niat aku nak mempertikaikan pengharaman tersebut tapi seharusnya perkara seperti ini dibincangkan dalam Majlis Fatwa dan barulah semua dihebahkan tentang pengharaman tersebut. Tiada terniat dihati aku nak memperkecilkan ahli agama yang mengatakannya Haram cuma orang seperti aku yang cetek ilmu agama ini memerlukan sesuatu untuk disandarkan seperti mengapa ia dikatakan haram? adakah kerana dipelopori oleh agama lain? atau mempunyai ritual sembahan agama lain? atau mempunyai maksud dan kepercayaan yang bertentangan dengan agama Islam? aku mengharapkan agar para bijak pandai terutamanya alim ulama dan mufti menghuraikannya dengan lebih lanjut supaya orang seperti aku mudah faham.

Cuma bagi aku walau apapun yang kita lakukan selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam aku rasa tidak salah untuk kita menyambutnya selagi mana niat kita menyambutnya itu adalah untuk memberikan penghargaan kepada seorang insan yang paling tinggi kesabarannya iaitu IBU. Memang tidak dinafikan juga bahawa mengapa perlu disambut Hari Ibu sedangkan sepatutnya kita menyambutnya setiap hari dan memberikan penghargaan kepada Ibu setiap detik dan waktu. Yaa!! Bagi aku itu tak salah dan memang sewajarnya kita memberikan Ibu kita detik manis dalam menjalani kehidupan Tuanya tanpa ada bebanan dari kita yang bergelar anak ini. Kita seharusnya sentiasa menggembirakan hatinya dan tidak membiarkan dirinya merasa jauh dari kita.

Apalah salah kiranya kita sentiasa bertelefon dan bertanya khabar walau sekejap cuma kerana walaupun sekadar bertanya "Ibu sihat ker?" itu sudah cukup mengubat kerinduan kepada anaknya yang jauh dimata tapi dekat dihati ini. Tahukah kita bahawa bukan emas permata yang diperlukan oleh Ibu tapi cukuplah kasih sayang. Mereka sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita di Dunia Dan Akhirat. Kebahagian anak-anak adalah paling utama bagi mereka. Oleh itu dikesempatan ini aku mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada Ibu aku yang tersayang Pn.Aminatul, Ibu kepada Anak Kecil aku iaitu Pn.Maria serta kepada semua Ibu-ibu diseluruh Dunia!! Salam sayang ikhlas daripada Aku insan yang menghargai.. 



* P/S: Gambar-Gambar Menarik Berserta Video..






KALAH MENANG ADAT PERTANDINGAN

Semalam merupakan detik paling bermakna bagi aku sekeluarga terutamanya anak aku, Danial. Bukannya apa sebab semalam merupakan detik pertama kalinya si kecil aku ni menonton perlawanan bolasepak secara Live kat stadium. Sebelum ini kalau ada perlawanan bolasepak mesti tengok kat TV je, anak aku antara peminat bolasepak walaupun baru berusia 1 tahun 6 bulan tapi dah pandai bersorak gol! haha2.. memang klakar dan mencuit hati aku setiap kali melihat keletah si kecil ni.

Perancangan nak ke stadium bukanlah secara ber'PLAN' sangat juz sekadar tanpa sengaja je petang semalam, itupun selepas tetiba je terlintas kat fikiran aku nak bawa keluarga aku tengok bola. Aku apa lagi tanpa berfikir panjang tanya Isteri aku dan dia setuju dan aku terus start enjin kenderaan siap-siap pastu terus je gerak. Huhu2.. memang best la kan sebab inilah kali pertama dalam sejarah sejak berkeluarga aku menyaksikan Live bolasepak kat stadium. Perkara ini merupakan detik paling manis bagi aku sekeluarga.

Perlawanan semalam diantara Team Seladang (Perak) versus Team Rusa (Negeri Sembilan). Pada babak pertama memang seronok sebab Perak dah leading 1-0 dan tak adalah aksi-aksi ganas macam babak kedua. Aku tengok kedua-dua team dah mula hilang pertimbangan akal fikiran dan tingkahlaku banyak dipengaruhi emosi semata-mata. Kalau dah pemain hilang pertimbangan bayangkan penonton macam mana kan? Aku bawa anak aku ke stadium bukan nak tengok perlawanan gusti tapi nak tengok perlawanan bolasepak. Isk-isk.. sakit hati aku tengok gelagat pemain dan juga penonton yang sengaja menambahkan api kemarahan penonton lain.

Aku cerita ni sebab kejadian berlaku depan mata aku, si minah tomboi depan tempat duduk aku iaitu kiri tiga baris dibawah aku sengaja buat onar dengan mengeji dan mengeluarkan perkataan kurang enak didengar. Pastu siap tampar-tampar akak depan dia dan mengejek akak tu dengan kata-kata biadap! Kalau dah duduk Grandstand (Kawasan Berbumbung) memanglah bercampur dengan team pasukan lawan tapi tak payah la nak tunjukkan kau tu fanatik sangat macam orang gila! Aku tak nafikan team kesayangan aku Perak kena tibai 3-1 tapi yang buat penonton perak yang bertandang kat Stadium Paroi ni sakit hati adalah dengan tingkahlaku yang langsung tak mencerminkan adap kesopanan langsung. Dia ingat dia sorang saja ke beli tiket ni? Chooiiii!! memang panas je tapi nasib baik aku sabar, bebudak lain mula hilang kewarasan dan nak tumbuk dan muka budak kurang ajar tu tapi nasib baik dengan kecekapan dan ketangkasan pihak polis dapat men'setel'kan hal ini dengan mudah.

Inilah masalah yang sering berlaku pada perlawanan bolasepak, kita dah semakin kurang nilai integriti dan semangat kesukanan dan hanya datang nak bergaduh je.  Apalah punya bangang!! Ooppss.. geram sudah! huhu2.. aku tak nafikan masih ramai (Majoriti) penonton yang masih waras mempunyai nilai kesopanan dan tingkah laku tinggi dan tak terpengaruh dengan budaya barat yang suka melontar botol, baling mercun, dan macam-macam lagilah! tapi jangan kerana seorang dua punya perangai hancur imej baik penonton kita selama ini. Mudah je kan? tak puas hati baling botol.. menang ke kalah ke baling mercun.. macam orang hilang akal je! tak terfikir ke kalau balingan korang tu tak sampai bawah, silap-silap kena kepala penonton kat bawah tu! ni la orang tua-tua cakap 'Akai tarak!!'

Cubalah kita berubah sikit, menang kalah adat pertandingan! jangan terlalu beremosi sangat. Cuba kita tengok peminat luar terutamanya Liga Inggeris. Peminatnya menunjukkan tanda sokongan dengan bermacam cara tapi tak pernah kita tengok berlaku baling botol ke dalam stadium kan? paling-paling teruk pun diorang menangis sebab pasukan kesayangan diorang kalah! itu barulah peminat sejati. Liga-liga lain seluruh dunia memang ada aksi yang tidak baik tapi kita tengok Liga Inggeris sudah cukup.

Ada satu perkara yang menarik minat aku bila menonton perlawanan bolasepak ni? nak tahu apa tak? selain aksi pemain-pemain yang semakin baik dan bertambah elok mutu dan corak permainan adalah penyokong tegar yang digelar "ULTRAS" tak kiralah apa jua pasukan kat Malaysia ni. Jadi pemain setiap pasukan harus bermain bersungguh-sungguh kerana mereka mempunyai peminat bolasepak sejati iaitu ULTRAS!! Bagi pasukan Perak nama Silver State Ultras a.k.a Silvermania adalah peminat dan penyorak pasukan yang sentiasa ada dimana sahaja Perak bertandang untuk memberikan semangat untuk terus berjuang!! Lagu-lagu semangat akan terus berkumandang walaupun pasukan kalah namun semangat menyokong tetap utuh. Sesuai dengan Tagline Silvermania.. 'Sayang Perak Sampai Mati'. Teruskan sokongan anda, kerana andalah ULTRAS yang akan mengubah imej penonton yang sejati dan berintegriti. "SAYA SAYANG PASUKAN PERAK!!"

SELAMAT HARI GURU 2012



SELAMAT HARI GURU!! Itulah ungkapan dan ucapan yang sering kita dengari setiap tahun pada tanggal 16hb Mei. Siapa sangka pejam celik pejam celik dah setahun berlalu dan seperti biasa kita kembali ke tanggal 16hb Mei ini semula. Alhamdulillah, untuk sampai ke tahun ini bukan semuanya berkesempatan seperti kita kerana ada yang tidak sempat untuk menjengah ke tahun ini dan kita yang telah dipanjangkan umur dimurahkan rezeki ini sepatutnya bersyukur dan merenung kembali apa yang pernah kita lakukan dan amalkan untuk diri kita dan juga orang lain.

Seperti tahun-tahun yang sudah kita akan didendangkan dengan Tema yang berlainan setiap tahun dan tahun ini Tema yang telah dipilih adalah "GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA". Tema ini dipilih adalah sebagai galakan kepada guru dalam menyuburkan inovasi. Tema ini selaras dengan pengisytiharan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa tahun 2012 merupakan Tahun Sains Dan Gerakan Inovasi Nasional. Sehubungan itu amat wajarlah bagi para pendidik mempersiapkan diri dalam membudayakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti koakademik serta kokurikulum dalam dan luar bilik darjah.

Kita seharusnya bersyukur kerana mempunyai negara yang berbilang kaum dan aman sentosa dan diharapkan para pendidik mendidik anak murid dengan penuh dedikasi dan mengajarkan bukan sahaja ilmu pendidikan malahan ilmu tingkahlaku dan kesopanan. Para pendidik seharusnya lebih menitik beratkan soal kenegaraan yang menjurus kepada memperkukuhkan semangat cintakan negara dan bukanlah menjadi perintis kepada kerosakan dan kehancuran negara. Aku minta maaf sekiranya ada pendidik yang terasa dengan kata-kata aku ini dan aku bukanlah mengatakan bahawa semua pendidik begitu namun satu dua orang begitu telah merencatkan dan mencalarkan imej perguruan yang kita sanjungi dan hormati ini.

Aku amat berharap agar imej guru dimartabatkan semula dan diletakkan ditempat yang sepatutnya dan janganlah biarkan anasir-anasir luar merosakkan imej guru yang penuh dengan kesopanan dan ketegasan dalam mencorak generasi yang bertamadun dan bermaruah tinggi. Guru adalah cerminan sebuah masyarakat yang berdaya maju serta berintegriti, dan aku mengharapkan agar para pendidik lebih memfokuskan kepada hal memperteguhkan jati diri anak bangsa dari mempersia-siakan diri berdemontrasi dan mencari kesalahan orang lain. Guru adalah satu profesion yang amat disanjungi dimata masyarakat dan merekalah yang mampu menentukan arah tuju bangsa Malaysia yang berjaya dimata Dunia.

Guru, Cikgu, Sifu, Mahaguru, Sensei, Teacher, Ustaz, Ustazah atau apa juga gelaran yang kita berikan ia adalah sama dimana hanya perkataan yang membezakan namun maksudnya jelas adalah sama. Kita perlu sentiasa hormat pada guru kerana ilmu yang diberikan membentuk siapa kita pada hari ini. Ilmu ini tidak terbatas jadi selagi ada kudrat kita seharusnya terus belajar dan belajar sehingga ke akhir usia kita.

Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua tenaga pengajar dan para pendidik aku sehingga aku menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan agama. Aku bersyukur kerana mempunyai guru-guru yang berdedikasi dalam menyampaikan ilmu dengan penuh sabar dan berhemah. Aku terharu diatas semua jasa dan pengorbanan guru selama ini dan aku takkan lupakan jasa kalian semua sehingga ke akhir hayat aku. Tak dilupakan guru aku sejak lahir iaitu Ibubapa aku, Para Ustaz yang pernah mengajar aku mengaji dan mengenal alif ba ta, Guru Tadika Ulu Kinta yang mengajar aku a b c, Para Guru di Sekolah Rendah Agama Rakyat Chemor, Sekolah Rendah Haji Mahmud Chemor, Para Pendidik di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Chemor, Tenaga Pengajar di PULASAR serta semua yang pernah menjadi guru aku secara langsung mahupun tidak. Aku sentiasa mendoakan kalian semua mendapat keredhaannya dan aku bersyukur dikurniakan Para pendidik yang terbaik!! TERIMA KASIH DAN SELAMAT HARI GURU!!



* P/S: Gambar-Gambar Dan Video Yang Berkaitan..



    

   

07 Mei 2012

CHELSEA JUARA FA CUP 2012


GGGOOOLLLLLLL!!! Itulah antara jeritan yang dan kalimat keramat setiap kali pasukan pilihan kita berjaya menjaringkan gol. Alhamdulillah.. seperti semua sudah tahu CHELSEA telah berjaya menjinakkan pasukan yang terkenal dengan jolokan THE REDS. Walaubagaimana pun dapat dilihat permainan agak seimbang namun penguasaan bola pada awal dan tengah permainan banyak didominasi oleh pasukan THE BLUES. Mungkin sebab merasakan permainan nampak berat sebelah pada waktu itu dapat diperhatikan Roy Hodgson telah mengubah corak permainan dan mengarahkan penggunaan Andy Carroll sebaik-baiknya dengan hantaran bola lebih kepada beliau. Nampaknya corak permainan itu berjaya dan Andy Carroll berjaya mengucar-kacirkan pertahanan The Blues yang dipimpin oleh bekas kapten England, John Terry.

Mungkin Chelsea akan kalah kalau jaringan kedua dikira? itu yang beberapa rakan dan sahabat dari pasukan kelab lain mengatakan kepada aku, tapi ada aku kisah?? haha2.. Namun seperti kita sendiri maklum itulah Bolasepak! "Bola Itu Bulat".. maka kita takkan boleh mengatakan bahawa pasukan itu akan kalah kalau tak jadi begitu dan akan menang kalau begini.. macam-macam.. begitu la.. begini la.. apapun yang pasti CHELSEA telah berjaya mengalahkan LIVERPOOL dengan jaringan 2 gol berbalas 1 dan perkara yang tidak boleh diubah dalam hal seperti ini adalah CHELSEA Juara Piala FA 2012!! haha2.. ramai penyokong kelab lain makan hati dengan prestasi Chelsea yang saban hari makin meningkat dibawah kendalian Pengurus Sementara iaitu Roberto Di Matteo.

Aku adalah antara jutaan peminat The Blues yang sentiasa memberikan sokongan biarpun ada mengatakan bahawa Chelsea adalah kelab Kuda Tua. Ya.. mungkin aku tak nafikan yang majoriti pemain dalam kelab ini adalah pemain-pemain agak berusia namun adakah faktor itu dijadikan kayu pengukur kejayaan sesuatu kelab? tidak bukan.. yang penting selagi pemain itu mampu mengekalkan momentum dan prestasi serta cergas maka selagi itu pemain itu layak dan boleh terus menyarung jersi kelab ini. Mungkin itu adalah antara nada cemburu yang akan aku dengar setiap kali kelab aku menang! Kelab Kuda Tua? haha2.. jeles la tu!.

* P/S: Video Dan Gambar2 Menarik..













01 Mei 2012

SELAMAT HARI PEKERJA 2012!!

Terlebih dahulu aku mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga pekerja samada di sektor awam mahupun sektor swasta. Kita sibuk menyambutnya adakah kita tahu tema pada tahun ini? Tak tahu? Haha2.. sama macam aku juga cuma nasib baik aku tengok TV dan sempat la mengetahui apakah tema pada tahun ini. Kalau aku tak tahu malulah kalau tiba-tiba kena soal oleh kengkawan esok? Aku macam biasalah hari kerja atau hari cuti aku masih menjalankan tugas. Demi negara katakan? hehe2.. Eh, melalut pula aku aku pagi2 ni.. Tema tahun 2012 ini adalah "PEKERJA BERINOVATIF PENGGERAK TRANSFORMASI". Amacam gempak tak? Jangan tak tahu Perdana Menteri Malaysia malam tadi telah mengadakan Majlis Pengumuman Gaji Menimum Sektor Swasta dan seterusnya menetapkan gaji minumum untuk pekerja sektor swasta. Kerajaan sebelum ini telah pun berjaya menetapkan 7% sehingga 13% gaji untuk kakitangan awam. Apapun aku nampak kerajaan semakin ambil berat tentang permasalahan rakyat ini walaupun ada pihak menafikannya. Kajian Guna Tenaga Kebangsaan (NER) oleh Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2009 mendapati 33.8% pekerja berpendapatan bawah RM700 sebulan dibawah paras kemiskinan kebangsaan RM800 sebulan. Purata pendapatan rakyat Malaysia tersebut adalah Semenanjung (27.2%), Sabah (63.0%) Dan Sarawak (48.1%).

Malahan kajian daripada Bank Dunia menunjukkan kadar gaji di Malaysia hanya meningkat  secara purata 2.6% setahun, walaupun kadar produktiviti buruh meningkat 6.7% setahun. Ia secara jelas menunjukkan terdapat kekangan pendapatan dikalangan pekerja bekemahiran rendah dan tidak efisyen dalam pasaran buruh seperti mana dirujuk dari seumber Bank Dunia. Dato' Sri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Kadar gaji mininum semenanjung Malaysia ditetapkan sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam. Manakala Sabah, Sarawak Dan Wilayah Persekutuan Labuan ditetapkan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam. Tarikh mula kuatkuasa pelaksanaan gaji minumum tersebut adalah 6 bulan daripada tarikh perintah gaji minimum diwartakan.

Apapun aku tumpang gembira dengan pengumuman ini walaupun aku tidak terlibat sekali. Aku harap ini akan menjadi berita yang menggembirakan semua pihak. Pihak majikan selepas ini tidak boleh sesuka hati meletakkan harga gaji seseorang dan perlu ada garis panduan dalam melaksanakan arahan tersebut. Sekali lagi aku mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA!!

KOTOR

Datang lagi kekotoran ini
Merosakkan bajuku yang putih berseri
Aku tak mahu susahkan ibuku untuk mendobi
Alamak? aku terlupa aku dapat baju free
Sudah terkena kotoran baik kucampak tepi
Bukan susah pun dapat baju ni
Hasil dari mereka yang tiada integriti
Tiba-tiba aku disapa dari tepi
Oleh sekawan murai dan merpati
Bertanya padaku dengan suara gergasi
Bertanya mengapa aku mahu memakai baju ini
Walau dihadapannya jelas tertulis KOTOR MACAM TAHI
Tapi aku buat tak peduli rela memakainya lagi
Aku sudah bermimpi mampu mengukir bintang meninggi
Dijanjikan segala peringkat publisiti
Dalam FB, YOUTUBE dan TWITTER sekali
Pasti mak bapak aku bangga selepas ini
Wajahku terFILEM dalam babak aksi
Aku kan jadi superstar paling dikenali
Dalam FB aku mudah tambah ahli