23 November 2012

ALHAMDULILLAH..

Alhamdulillah, petang tadi aku dapat perkhabaran baik daripada seorang rakan yang menguruskan hal berkaitan tindakan tatatertib yang akan dikenakan kepadaku. Segalanya berjalan lancar dan aku dibebaskan daripada kesalahan yang memang bukan kesalahanku namun ada pihak cuba menangguk di air yang keruh dengan cuba merosakkan reputasiku dan sengaja cuba menjahanamkan karier aku. Takpe, akhirnya semuanya dah terbukti bahawa aku tidak bersalah. Apapun aku ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang menyelamatkan aku dari terkena tuduhan liar tersebut. Biarpun aku berhadapan dengan dugaan ini namun aku bersyukur kerana ada pihak sedaya upaya membantu aku. Disinilah aku dapat menilai mana sabahat sejati mana sahabat dikala gembira. Segalanya sudah selesai namun aku masih ada tugas untuk dilaksanakan, aku perlukan kepercayaan dalam melaksanakan tugas-tugas harianku. Kawan-kawanku yang bersamaku hilang dan langsung tak tanya khabar berita padaku hanya memerhati dan membiarkan aku terkapai-kapai menepis segala tohmahan tanpa ada yang mengakui kesilapan itu berpunca dari diri mereka yang lalai dan menyebabkan aku secara tidak langsung menjadi kambing hitam untuk disalahkan. Yang membuatkan aku rasa terkilan dan kesal kenapa mereka yang benar-benar bersalah tidak diambil tindakan? sedangkan aku secara tanpa usul periksa terus dijatuhkan hukuman bersalah? takpe, mungkin ada hikmahnya.. aku hanya perlu bersabar, Insya'allah.. kesabaranku nanti akan terbalas.

SAJAK DOAKU UNTUK PALESTIN

Sudah Pekakkah Kita Mendengar Cerita Disana?
Sudah Butakah Kita Melihat Kekejaman Yang Ada?
Atau Adakah Kita Anggap Itu Kisah Biasa-Biasa,
Yang Setiap Hari Tiada Apa Yang Berbeda,
Kemana Hilang Pancaindera Kurnian Tuhan,
Kita Sekadar Memerhati, Mengutuk Jauh Dari Tepian,
Itu Lagi Elok Sekadar Membutakan Hati,
Mana Doa Pada Saudara Kita Disana,

Mana Hilangnya Rasa Simpati Pada Mereka,
Apakah Kita Sekadar Rela Bertelangah Sesama Kita,
Sehingga Lupa Ada Yang Perlukan Perhatian Kita,
Doalah Untuk Kesejahteraan Pada Sesama Muslim,
Itu Lagi Bernilai Dari Menjahanamkan Sesama Sendiri,
Apakah Tiada Nilai Jiwa Di GAZA,
Adakah Mereka Bagai Patung Tak Bernyawa,
Diperlaku Seumpama Tiada Harga,
Kemana Hilangnya Mereka Yang Lagak Berkuasa,
Senyap Membisu, Buta Mata Hati, Tiada Simpati Rasa,
Yang Mengaku Berkuasa Bersuka Ria, Sedang Ada Yang Menderita,
Diam Seribu Kata Kerana Sudah Dipulas Telinga,
Mengikut Tunduk, Bagai Lembu Tercucuk Hidungnya,
Bangkitlah Wahai Seluruh Bangsa Manusia,
Sekadar Aku Berkata, Kau Mengia Dan Dia Mendengar,
Tiada Guna Apa-Apa Wahai Insan,
Laknatlah Rejim Terkutuk Berdoalah Semua,
Celaan Dari Hati Setiap Yang Tertindas Jiwa,
Dipaksa Menerima Hujanan Bom Mortar,
Peluru Tiada Bermata, Kerakusan Merajai Jiwa,
Kalau Tiada Daya Untuk Menderma,
Sekadar Berdoa Itu Paling Bermakna..

"YA ALLAH!! Sebagaimana Engkau Pernah Menghantar Burung-Burung Ababil Menghancurkan Tentera Bergajah Musyrikin, Maka Kami Memohon Kepada-MU YA ALLAH!! Turunkanlah Bantuan-MU Kali Ini Kepada Umat Islam Di Palestin, Hancurkanlah Rejim Zionis Yang Kejam YA ALLAH!! Aminn..."

- SAVE PALESTINE 'Pray For Gaza' -

17 November 2012

SAJAK DIARI HATIKU

Begitu Kuat Ombak Dugaan Yang Menghempas Diriku,
Membuatkan Aku Terdampar Dimedan Pantai Derita,
Aku Merenung Kembali Sejarah Silam Kelam,
Sampai Bila Harus Aku Sekadar Tunduk Merela,
Dikiri Kanan Aku Dirempuh Dengan Ujian Kepasrahan,
Terpaksa Mengharung Walau Duri Mencalar Kesabaran,
Kerana Terhiris Oleh Rentapan Emosi Kesakitan,
Tanpa Diduga Minda Bawah Sedar Mengambil Kesempatan,
Aku Robekkan Hati Insan-Insan Kesayangan,
Kelelahan Aku Tersakitkan Mereka Ya Tuhan,
MAAF Aku Tidak Sengaja Kau Lebih Ketahuan,
Aku Tersepit Dicelah Dua Penganiayaan,
Ketidaksedaran, Jiwa Aku Berantakan,
Aku Pergi Menjauh Untuk Mencari Ketenangan,
Di Lembah Asal Tempat Aku Diajar Erti Kehidupan,
Kuharap Kembali Ku Ke Daerah Penuh Pengharapan,
Imam Yang Empat, Kesabarannya Menjadi Ikutan,
YA TUHAN, Kau Tempat Aku Mengadu Kasihan,
Semoga Aku Tidak Terus Kelemasan,
Dibawa Arus Ketidakmatangan Fikiran,
Jauhkan Dari Fitnah Dan Kesumat Kejahatan,
Yang Melingkari Jari-Jari Kekuasaan,
Demi Kasih Kalimah 786 KAU Hamparkan,
Dapatku Bernaung Memohon Pertolongan,
Moga Kebencian Menjadi Kebahagiaan,
Moga Kesedihan Menjadi Kegembiraan,
DEMI ZAT MU YA TUHAN,
KAU Mampu Mencipta Sebuah Ceritera Pelbagai Pengakhiran,
KAU Pemilik Insan Juga Alam Kehidupan,
Bantulah Aku Dengan Petunjuk Hidayahmu,
Semoga Aku Menjadi Insan Yang Lebih Sempurna.. Insya'allah..
Ammiiinnn.. Ammiiinnn.. Yaa Robbal Alamiinnn...

12 November 2012

CUTI SELANG-SELI... APE KES?? HEHE2..

Hari ini aku balik kerja lewat seperti biasa, sampai umah jam 6.30 petang adalah lumrah bagi aku. Tapi macam biasa pas sampai umah terus siap nak main takraw bersama kengkawan aku depan kawasan rumah aku. Tapi bukan itu yang hendak aku cakapkan juz nak bagitahu bahawa esok cuti je.. haha2..

Esok aku rasa memang menjadi satu hari yang penting bagi aku, bukan sebab hari raya Depavali tapi sebab aku offday!! haha2.. bukan mudah nak dapat cuti tambahan berselang seli plak tu.. aku pun dah awal2 lagi apply cuti untuk balik kampung sb abang aku pun dah nak melangsungkan majlis perkahwinan beliau. Maybe hari jumaat baru aku blah balik kampung. Isnin aku kerja, selasa (esok hari cuti sebab perayaan depavali), rabu kerja, khamis (awal muharam) dan jumaat aku holiday!! wakakahh.. bestnya.. tak sabar plak nak menikmati udara segar dikampung! bila dapat balik ni? isk2 tak sabarnya...

Aku harap cuti yang aku dapat, boleh merealeasekan masalah aku yang tak habis2 ni, hope ada penyelesaian dalam meniti hari2 mendatang.. KAMPUNG!! Tunggu Aku!! HAHA2...

AKU MAAFKAN KAMU!!

Kadang-kala apa yang kita harapkan dalam hidup ini belum tentu mudah untuk kita perolehi, pelbagai rintangan dan halangan terpaksa ditempuhi. Dugaan dan cabaran silih berganti menguji kesabaran dan kekuatan emosi dalam memenangi sesuatu permasalahan itu. Aku antara ribuan manusia yang mudah terikut emosi dan percayalah itu bukan kemahuan aku. Aku bukan mahu menjadi orang yang mudah melenting dan hilang pertimbangan dalam melontarkan sebarang kata-kata namun siapa mampu menahan kemarahan andai teruji berkali-kali?.

Seringkali terlihat oleh raut wajahku hanya kecerian semata-mata namun tak siapa menyangka apa yang aku simpan dalam hati ini. Segala yang aku pendamkan tak mungkin terluah lagi kerana apa yang berlaku pada aku biarlah aku sahaja yang tanggung sendiri. Letih dengan pelbagai soalan yang sering membuatkan fikiran ini buntu dalam memberikan jawapan yang bernas. Wahai kawan-kawanku, seandainya aku mampu meluahkan isi hati ini adakah kamu semua akan faham dan mampu membantu aku? TIDAK! sebab tiada siapa mampu membantu aku dikala ini, cuma ALLAH S.W.T sahaja tempat aku bergantung harap kini dan selamanya.

Malam ini menjadi saksi bahawa aku telah menjadi insan yang mudah ditewaskan oleh emosi dan kemarahanku sendiri, Ya!! memang aku lemah, namun perlukah aku terus menjadi lemah dengan dugaan ini? YA TUHANKU!! Bantulah aku! saat dan ketika ini aku rasa bagai lemah tak bermaya, terasa bagai jantungku terhenti berdegup dan berdenyut. Andainya aku pergi janganlah dibawa kesedihan itu bersamaku, biarlah apa yang berlaku hilang saat lena mengulit malam-malamku. AKU MAAFKAN KAMU!! Mungkin itu mampu mengubah aku menjadi lebih baik dari diri aku yang sebelum ini. Tiap malam yang akan ku lalui akan ku ucapkan kalimah itu.. AKU MAAFKAN KAMU!!

29 Oktober 2012

TAK BLEY TIDO! zzZZZ...

Assalammualaikum semua..

Aku baru lepas tengok game my feveret team.. of course laa CHELSEA.. walaupun kalah namun bagi aku team aku ni kalah bermaruah! huhu2.. bukan banyak pun juz 3 - 2 je.. ok laa kan? mata aku sebenarnya dah berpinar2, al maklumlah esok nak koje pagi tapi masih lagi surf internet.. haha2.. yang pasti esok mesti aku lewat datang kerja buat yang ke sekian kalinya.. haha2.. sori boss jangan mare ek? biasalah kerja2 juga tapi masa untuk diri sendiri jangan diabaikan ye tak?? haha2... ok laa geng, aku pun nak layan2 you tube jap sebelum masuk tido.. kalau korang tak ngantok wat la macam aku, ketuk ketampi seratus kali.. wakakahh.. gurau je laa! ka ar.. jumpa lagi geng!

08 Oktober 2012

LAMA TAK UPDATE

Assalammualaikum W.B.T..

Lama betol rasanya aku tidak meng'UPDATE' cerita2 dalam blog aku ni. Entah la, maybe dah sampai waktu aku jadi manusia paling malas nak bercakap atau menulis apa2 pun. Bukan setakat dalam Blog, malahan dalam Facebook pun aku dah jarang2 nak update status terkini. Sebenarnya banyak benda aku nak ceritakan tapi jadi malas nak berkongsi. Hmm..

Aku sebenarnya ada benyak benda nak diceritakan dan dikongsikan pada semua rakan2 yang selalu belek2 dan meng'USHAR' blog aku yang tak seberapa ni. Tapi sejujurnya aku nak maklumkan bahawa aku terlalu sibuk yang teramat2 sampaikan masa untuk famili pun terpaksa aku kurangkan. Bayangkanlah, keluar sebelum mentari menyinar dan ada masanya aku balik dari kerja pun mentari masih tak dapat aku lihat? boleh korang bayangkan? huhu2..

Aku buka blog ni pun sebab tadi tetiba aku terasa macam ada benda yang aku terlupa buat, bila difikir2kan rupa2nya aku dah lama tinggalkan benda yang aku suka buat sebelum ini. Sedar tak sedar dah dekat hampir 3 bulan aku lupa nak update sebarang bentuk cerita dan aktiviti yang aku lakukan. Faham2 sajelah, sibuk memanjang mengalahkan perdana menteri plak? huhu2..

Aku sebenarnya esok terlibat dengan Seminar yang dihadiri hampir 100 orang, aku dah diberi tugas sebagai urusetia seminar tu nanti tapi yang lecehnya aku kena buat beberapa kerja serentak. Sebagai pendaftar kehadiran, pemandu ke seminar, jurufoto acara yang dilangsungkan, dan lain2 lagi.. haha2.. kan bagus kalau aku ada kuasa 'BOBOIBOY'? boleh la aku pecah 3 dan uruskan semuanya serentak? wakakahh..

Oklah.. untuk hari ini itu je la yang aku nak coretkan kat dalam blog ni, hope kalau aku teringat lagi aku tulis la esok k? kalau tak maybe lagi 3 bulan la aku tulis? huhu2..

*** SALAM SAYANG UNTUK SEMUA ***

19 Julai 2012

BARAKAH RAMADHAN BAKAL TIBA



Assalammualaikum WBT..
Aku harap korang semua dalam keadaan baik dan sihat hendaknya, tak kisahlah apa yang akan dilakukan pada hari ini, janji ia dapat ditangani dan mampu di olah untuk jadikan pekerjaan atau aktiviti kita ceria dan memberi manfaat pada setiap dari kita.


Tinggal dua hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan bulan penuh rahmat dan keberkatan iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan ramadhan pada tahun ini kemungkinan jatuh pada 21hb Julai Tahun 2012 Masihi. Kita semua sedia maklum pada bulan inilah segala pintu-pintu syurga akan dibuka dan pintu-pintu neraka akan tertutup. Namun adakah kita bersedia untuk menyambut bulan penuh barakah ini? “Tepuk dada tanyalah Iman!”


Semoga kita tidak menjadi manusia yang lalai dibuai oleh keindahan duniawi semata-mata sehingga mengabaikan tanggaungjawab kita sebagai hamba-Nya. Yang pasti di akhirat sana adalah tempat dimana kita akan di hisab dan segala amal didunia akan menentukan hala tuju sama ada ke Syurga penuh dengan keindahan yang sukar dibayangkan atau dicampakkan ke jurang Neraka penuh kesengsaraan. Apapun yang kita lakukan perlulah ikhlas dan keihlasan itu lahir dari hati yang tawaduk dan berserah kepada ALLAH SWT tanpa mengharapkan balasan. Kita perlulah berusaha lebih gigih dibulan Ramadhan ini dengan meningkatkan lagi amal ibadat tanpa mengabaikan kerja dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Setiap dari kita adalah hamba yang lemah dan kita perlu sentiasa berserah pada Maha Pencipta. Rasanya nikmat hidup yang diberikan kepada kita selama ini sebenarnya sudah cukup membuatkan kita seharusnya bersyukur.


Akhir kata dari aku, semoga bulan Ramadhan ini dapat memberikan kita semua seribu satu makna yang mendalam dan semoga kita dapat menjalani ibadah puasa tanpa sebarang halangan. Apapun semoga kita dapat bertemu dengan satu malam yang penuh kerahmatan iaitu Malam Lailatul Qadar. Untuk bertemu malam itu rasanya perlu kita lipat gandakan amal yang kita lakukan.

Sekian dari aku,
Salam sayang.. Salam rindu.. Salam Ramadhan..

AMUK DAN SPEKULASI JAHAT



Beberapa minggu yang lalu masyarakat kita telah digemparkan dengan cerita seorang lelaki bersama pasangan wanita beliau memasuki perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya dengan mengamuk menggunakan senjata pedang samurai. Kedua-dua suspek bertindak sedemikian setelah tidak dibenarkan masuk ke Pejabat Perdana Menteri oleh Polis Bantuan yang bertugas. Dipercayai ketika kejadian apabila tidak dibenarkan masuk lelaki tersebut yang mengaku diri beliau sebagai Imam Mahadi tiba-tiba mengeluarkan pedang samurai tersebut dan mengacukannya kepada anggota Polis Bantuan yang bertugas ketika itu. Tindakan suspek yang melibas-libas pedang tersebut sehingga merosakkan beberapa kenderaan yang diparkir dikawasan tersebut menyebatkan suasana kecoh sehingga menyebabkan sebahagian penjawat awam yang berada berhampiran kawasan tersebut berlari menyelamatkan diri masing-masing. Sepasukan anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan. Setibanya ditempat kejadian anggota polis tersebut telah berusaha sedaya-upaya memujuk kedua-dua suspek untuk menyerah diri namun suspek telah bertindak melulu dengan menyerang anggota penguatkuasa tersebut sehingga memaksa tembakan dilepaskan bagi mempertahankan diri. Suspek lelaki tersebut disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya akibat cedera di bahagian tangan dan ari-ari bahagian kiri manakala suspek wanita tersebut cedera di paha kanan. Kedua-dua supek dikenalpasti sebagai Khalil Afandi Hamid, 47 manakala suspek wanita adalah Muhdalina Ahmad, 28. Kedua-dua suspek dipercayai mengenali satu sama lain seminggu sebelum kejadian amuk tersebut.

Kita sedia maklum bahawa kejadian seumpama ini bukanlah yang pertama kalinya berlaku di Malaysia namun bila ia melibatkan serangan di tempat paling sensitif tentunya menimbulkan pelbagai polimik dan spekulasi sehingga menimbulkan pelbagai andaian dan pandangan masyarakat berhubung perkara tersebut. Walaupun ada yang mengatakan ianya berpunca daripada Ajaran Sesat yang mereka anuti namun belum terbukti akan kesahihan tersebut. Apapun kita seharusnya lebih peka seandainya perkara melibatkan ajaran sesat ini adalah terbukti benar. Pihak-pihak berwajib seharusnya menjejaki sehingga lubang cacing siapa yang menjadi dalang sebenar dalam kejadian seumpama ini. Kita tidak mahu dilihat seperti hangat-hangat tahi ayam dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Maka semua pihak perlu bekerjasama berganding bahu mencegah perkara seumpama ini daripada berulang. Kita tidak mahu negara kita dilihat sebuah negara yang lemah dalam aspek pencegahan. Media-media sosial rancak memperdebatkan isu ini sehingga ada yang mengatakan ianya adalah salah satu Konspirasi kerajaan untuk menyalahkan pihak pembangkang? Benarkah tuduhan tersebut? Kita jangan mudah terpedaya dan termakan hasutan sesetengah pihak untuk menyalahkan kerajaan semata-mata. Siasatan yang rapi perlu dilakukan untuk membuktikan bahawa ini adalah tindakan individu tertentu yang mudah terpengaruh kerana ketika kejadian dipercayai suspek ada mengatakan mahu menumbangkan kerajaan sedia ada. Apapun yang berlaku seperti yang dikatakan kita perlu berikan ruang kepada pihak berwajib menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengesan dalang dan mastermind dalam kejadian ini.

Salah satu perkara yang bagi aku tidak seharusnya dipersoalkan adalah tindakan pihak polis menembak suspek. Mengapa perkara seumpama ini ditimbulkan? Apakah motif tersebut? Yang pasti tindakan mempersoalkan pihak polis dalam menjalankan tugas adalah secara tidak langsung berniat jahat  kerana mahu menunjukkan bahawa pihak polis adalah zalim. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga kerana mempunyai sebuah pasukan polis yang cekap dan efisien dalam menjalankan tugas. Mungkin tindakan segelintir didalam organisasi ini dilihat seolah-olah mencerminkan keseluruhannya sedangkan ia adalah sebaliknya. Betullah kata pepatah “kerana nila setitik rosak susu sebelanga”, oleh itu kita seharusnya menadah tangan dan mengucapkan syukur ke hadrat illahi kerana memberi limpah rahmat kepada masyarakat kita untuk hidup didalam sebuah negara yang aman damai dan makmur ini. Sejuta penghargaan seharusnya diberikan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selaku pengawal keamanan negara disamping Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta lain-lain agensi berkaitan penguatkuasaan kerana Berjaya mengekalkan keamanan sehingga kini. Jika ada pihak2-pihak yang cuba mencetuskan provokasi dan membuat onar kita seharusnya berganding bahu bersama pihak polis dalam mempertahankan keamanan ini.

28 Jun 2012

CUTI

Alhamdulillah..  Sampai juga aku ke kampung setelah mengharungi perjalanan sejauh lebih kurang 427km selama 6 jam bermula dari Port Dickson, Negeri Sembilan sehingga Bertam, Pulau Pinang. Itu termasuklah jarak ke tempat rehat dan masa yang digunakan untuk mengisi minyak dan mengisi perut di Petronas Damasara, R&R Tapah dan R&R Gunung Semanggol. Anak aku sampai beberapa kali terbangun dari tidur setelah sampai ke tempat rehat yang disediakan. Perjalanan waktu malam yang aku lalui sebenarnya adalah untuk memudahkan perjalanan kerana diwaktu malam kenderaan yang lalu lalang adalah kurang berbanding waktu2 yang lain. Disamping itu juga dapat mengelakkan mudah terlena sebab aku kalau kena panas tambahan pula ada aircond mula la rasa mengantuk semacam jer. Cuaca malam yang sejuk boleh mengelakkan pembaziran minyak dengan pengurangan aircond, serta tak terganggu sangat dengan sinaran mentari yang menyilaukan mata. Tetapi yang menjadi masalah perjalanan waktu malam adalah kehadiran lori2 tanker, treller dan lain2 kenderaan berat yang memecut laju sehingga bagi aku agak membahayakan pengguna jalanraya yang lain. 

SPAIN KE FINAL (LANGKAHAN JUARA)

PENENTUAN PENALTI?? Alamak, itulah yang paling ditakuti oleh semua pemain dan kerana penaltilah team The Three Lions (England) tersingkir ditangan Azzurri (Italy) beberapa hari lalu. Apapun sebenarnya dalam sepakan penalti ini kesilapan sendirilah yang menjadi penentuan kekalahan pasukan diwakili dan seterusnya mengesahkan kemenangan pasukan lawan. Ramai pemain hebat bila berhadapan dengan penentuan penalti untuk mengesahkan kemenangan tak dinafikan ada yang tewas (tendangan tersasar), ianya telah menunjukkan bahawa penalti bukan semudah memasukkan bola kedalam gawang gol tetapi bagaimana untuk memastikan sepakan tersebut bukan meliar tetapi terus menerjah gawang tersebut. Tambahan pula dengan jeritan penonton dari pasukan lawan dan harapan menggungung dari peminat sendiri membuatkan adrenalin bergerak pantas dan akhirnya mereka2 yang berjaya mengatasi kekalutan emosi sendiri maspu menjaringkan gol dengan mudah dan bergaya.


Jika diperhatikan dari awal lagi dapat dilihat persedian yang rapi telah diatur dengan baik dan corak taktikal permain team La Roja (Sepanyol) tampak lebih menyerlah berbanding team Seleccao (Sepanyol). Kekangan ke atas Ronaldo oleh Pique membuahkan hasil apabila kemaraan Ronaldo sering terbatas. Namun seperti biasa kehebatan kedua2 pasukan sukar menjari jaringan apabila sering mensia2kan peluang yang terhidang didepan mata. Sehingga minit ke 90' dan seterusnya masa tambahan menjadikan hingga ke babak penentuan sepakan penalti sungguh mendebarkan.

Aku seperti biasa berdebar2  menyaksikan team aku berjuang untuk mara ke Final UERO 2012. Dengan kehebatan Iker Casillas menjaga gawang, Cech Fabregas menggunakan peluang itu untuk memastikan pasukannya layak ke Final. Alhamdulillah, akhirnya perjuangan Portugal terhenti setakat ini sahaja dan paling sedih pastinya adalah Cristiano Ronaldo kerana tidak sempat menendang bola penalti dan yang pasti dia hampa kerana tidak berjaya membawa pasukan yang diketuainya melangkah bergaya ke Final.

*P/S: Bola Itu Bulat...  

KURSUS PALING BEST

Rasanya dah beberapa hari aku tak update Blog aku ni.. bukan apa sibuk dengan kerja dan yang terbaru ni aku berkursus di MTP, Bakri, Muar, Johor. Aku rasa ni la satu2nya kursus yang paling singkat pernah aku hadiri dan bagi aku paling hebat dan best. Kursus2 yang lain tu bukan tidak best tetapi kiranya lambat panas dan ambil masa untuk kenal antara satu sama lain namun kursus ini cukup berbeza apabila aku dengan mudah cepat mesra dan seolah2 kitorang ni sudah mengenali antara satu sama lain walhal tidak pernah ketemu sebelum ini. Kursus ini pun bagi aku walaupun singkat namun segala ilmu2 yang diajar cukup berguna bukan sahaja untuk aku semata2 namun untuk semua rakan2 yang lain juga.

Rasanya istilah bosan untuk kursus kali ini tak wujud bagi aku. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dari segi pembelajaran, bilik kuliah, penginapan dan sebagainya memang seperti sudah siap sedia menjemput kitorang datang berkursus. Kursus aku ni dihadiri 32 orang iaitu 26 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Keseronokan yang ikhlas jelas terpancar dari raut wajah semua peserta kursus ini termasuk aku. Pelbagai ilmu baru serta pengalaman menyaksikan sendiri perkara2 tidak diduga sungguh mempersonakan dan membuatkan aku begitu kagum. Mungkin lain kali kursus seumpama ni dapat dijalankan lagi dan aku kalau terpilih pasti takkan serik untuk hadir.

Ketika menjalani kursus ini, sempat juga aku dan peserta2 yang lain pusing2 satu bandar Muar ni, tempat2 menarik telah aku dan peserta2 lain kunjungi. Itupun nasib baik ada peserta yang berasal dari bandar Muar ini dan dia secara sukarela menawarkan diri menjadi pemandu pelancong kami semua. Pelbagai tempat2 menarik aku dan peserta lain lawati antaranya Tanjung Emas (sempat merasai Mee Bandung Muar), Jalan Junid (bersama2 merasai kelazatan Asam Pedas Muar), Bandar Muar (sempat juga membeli Kopi paling popular di Muar iaitu Kopi 434). Aku dengan bersahaja beli la 5 pek kopi 434 Muar tersebut, bukan apa boleh juga aku berikan pada Ibu dan mak mertua aku dikampung.

Apapun aku harapkan kalau korang kena kursus dimana sahaja pergilah mungkin ia akan menjadi satu benda yang paling bermakna dalam hidup korang dan percayalah ilmu itu perlu dicari dan kitalah sebagai insan biasa wajib menuntut ilmu demi kelangsungan hidup dan ilmu ini yang membezakan kita diantara satu sama lain.

18 Jun 2012

ISRAK DAN MIKRAJ















Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Israayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestinkini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Baratmasjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti diMadinahMadyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi IbrahimNabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.


Pelbagai peristiwa dilihat

Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
  1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
  2. Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
  3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
  4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
  5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

[sunting]Bantahan orang Quraisy

Sekembali dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhamad telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat Quraisy terutama pemimpinnyaAbu Jahal dan Abu Lahab .Bagi Abu Jahal , inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula . Abu Jahal mempersendakan Rasulullah diHijr Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay.
Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya dengan cerita itu kerana baginya Muhamad adalah seorang al Amin. Abu Bakar sentiasa membenarkan khbar langit yang Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang Islam yang murtad selepas peristikwa itu.
Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi menceritakan masjid itu. Salah seorang dari mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa.

[sunting]Khilaf(Perselisihan) tentang tarikh Israk Mikraj

Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.
  1. Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.
  2. Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.
  3. Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan
  4. Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir
  5. Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.
  6. Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.
  7. Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal
  8. Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan
  9. Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab
  10. Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.
  11. Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.



Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab


1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
SUMBER: WIKIPEDIA Dan ensiklopedia bebas.



17 Jun 2012

MY NAME IS KHAN.. (I'M NOT A TERRORIST)

Kejap tadi tengah aku asyik menonton siaran berita BULETIN UTAMA yang diputarkan di TV3 aku sempat beralih siaran ke saluran ASTRO channel 131 (saluran CITRA). Tak sangka channel tersebut sedang menayangkan sebuah cerita yang bagi aku cukup menarik dan jalan cerita yang agak hebat. Walaupun sudah hampir setengah cerita diputarkan namun aku seakan2 dapat melihat keseluruhan jalan cerita tersebut. Cerita yang menggunakan latar belakang masyarakat di sebuah bandar di San Fransisco, Amerika Syarikat (United States Of America).


Cerita yang menunjukkan bahawa peristiwa atau tragedi 11hb September 2001 memberi impak berar buat kehidupan orang Amerika. Peristiwa ini memberi persepsi buruk kepada agama ISLAM sehingga dikatakan sebagai agama yang mengajar kejahatan atas nama Jihad. Salah tanggapan ini bukan hanya disebabkan oleh Media Massa sendiri yang memutarbelitkan fakta sehingga wujudnya sebuah tanggapan yang di gelar ISLAMOPHOBIA atau ketakutan kepada perjuangan ISLAM. 


Aku minta maaf sekiranya aku tak dapat nak explain lebih jauh (permulaan cerita) tapi aku mulakan dengan pertengahan cerita di mana seorang pemuda India Muslim bernama RIZWAN KHAN (lakonan Shah Rukh Khan) yang menderita Asperger's Syndrome iaitu satu penyakit kelainan upaya yang membuatnya menggeletar dan menjadi sukar untuk berinteraksi dengan orang sekeliling. Ianya juga adalah penyakit yang takutkan warna kuning dan takutkan bunyi. Beliau berasal dari India dan telah berpindah ke San Fransisco, Amerika Syarikat untuk mengadu nasib. Setelah sampai disana beliau telah berjumpa dengan seorang wanita bernama Mandira (lakonan Kajol) janda wanita beranak 1 yang beragama Hindu berasal dari India. Walaupun terdapat tentangan dari kedua2 belah pihak mereka akhirnya memutuskan untuk berkahwin dan menukarkan nama anak tiri beliau sebagai Sameer Khan.


Tanpa diduga sebuah tragedi hitam yang melukakan hati rakyat Amerika seterusnya meletakan simpati masyarakat dunia kepada rakyat Amerika iaitu Peristiwa 11 September 2001 atau digelar 911 menghancurkan mimpi2 indah Rizwan Khan dan Mandira serta anak tiri beliau iaitu Sam. Mereka hidup tertekan dengan tanggapan dan kata2 sinis masyarakat sekeliling dan akhirnya tanpa diduga anak beliau dibunuh oleh sebahagian remaja berpendirian anti Islam dipadang bola sepak disebabkan pandangan masyarakat yang begitu prejudis terhadap agama ISLAM. Mandira menyalahkan suaminya, Rizwan Khan yang mempunyai nama Islam itu. Madira yang masih teguh dengan agama Hindu turut berprasangka terhadap buruk terhadap Islam (walaupun sepatutnya dalam Islam tidak dibenarkan mengahwini orang yang beragama lain selain Islam ataupun sudah memeluk Islam). Selepas serangan 911 tersebut kehidupan umat Islam Amerika Syarikat yang dulunya tenteram, kini berubah sama sekali dan kaum lain yang hampir menyerupai perwatakan masyarakat ISlam turut terkena tempiasnya terutamanya kaum Sikh.


Si Isteri yang tertekan kerana kematian anaknya menyuruh suaminya iaitu Rizwan bertemu Presiden Amerika untuk membersihkan namanya serta mengatakan bahawa mereka bukan penggganas dan tak mahu dituduh sebagai pengganas. Untuk merebut kembali hati wanita yang dicintainya Rizwan kemudiannya mengambil keputusan besar untuk melakukan perjalanan mengelilingi Amerika. Setibanya di sebuah Bandar Los Angeles, Amerika Syarikat Rizwan ditangkap petugas khas yang mengawal Presiden Amerika Ketika itu kerana tingkahlakunya yang sedikit aneh dan mencurigakan orang sekeliling. Laungan "Mr Presiden, my name is Khan and i am not a Terrorist" telah menyebabkan beliau dihumban ke penjara. Beliau telah ditahan dan disiasat sebagaimana tahanan Teluk Guantanamo (tempat tahanan disyakki pengganas dipenjarakan, kebanyakkannya pengikut Al-Qaeda).


Hasil kempen beberapa wartawan Islam, Rizwan berjaya dibebaskan. Rizwan Khan menjelajah dari San Francisco menuju ke Washington. Ketika berlaku banjir besar di Geogia, Rizwan Khan ingin berjumpa semula dengan Mama Jenni dan menjadi sukarelawan bajir ditempat tersebut. Usaha ini membuktikan bahawa umat ISLAM bukanlah pengganas (Terrorist). Pada satu majlis dihadapan ribuan media beliau akhirnya dijemput ke atas pentas dan bersalam dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama yang menjanjikan harapan damai. Presiden akur permintaan beliau dan mengatakan "Your name is Khan and you are not a terrorist".

SELAMAT HARI BAPA


Hari ini merupakan tanggal 17hb Jun 2012, agak2nya korang tau tak hari ini adalah hari apa? mungkin ada yang spontan menjawab hari ahad! hari untuk bersuka ria atau melepak dengan kengkawan dekat starbuck atau masa untuk tido sebab banyak tenaga dah digunakan untuk berkerja sebelum ini? hehe2.. memang kelakar kalau ada yang menjawab seperti itu. Tapi tak kisah la, sebab aku percaya mungkin tak ramai yang tak tahu bahawa hari ini merupakan HARI BAPA yang disambut diseluruh dunia (walaupun sepatutnya setiap hari kita patut menghargai bapa kita). Kenapa tak percaya?? hehe2.. Almaklumlah HARI BAPA kurang popular kalau dibandingkan dengan sambutan HARI IBU betol tak? bila sebut sahaja HARI BAPA ramai yang menggarukan kepala, bukan sebab ada kutu kat kepala tapi terfikir ada ke sambutan ini dilakukan? sebab seperti tahun2 sebelum ini sambutan ini kurang dirasai kesannya berbanding sambutan HARI IBU, HARI KEKASIH, HARI SETIAUSAHA dan sebagainya. Jika adapun dikaca2 televisyen sekadar endah tak endah mungkin hanya memenuhi permintaan sesetengah pihak kot?

Tak banyak stesen2 yang ada di MALAYSIA memainkan peranan dalam sambutan HARI BAPA seperti tahun2 sudah namun tahun ini ada sedikit kelainan apabila kelihatan TV3 sentiasa menayangkan reaksi spontan artis2 memberikan kata2 ucapan kepada bapa mereka masing2. Program menarik yang disajikan semalam juga memberikan kesan mendalam kepada aku terutamanya cerita BEGITULAH SAYANG. Dimana kisah ini menunjukkan bahawa betapa besarnya pengorbanan seorang Ayah dalam mendidik anak dan sentiasa bersabar dengan kerenah Isteri beliau dan sentiasa mendoakan yang terbaik (agar Isterinya mendapat Hidayah) dan memuliakan Isterinya yang curang dan zalim kepada anaknya (walaupun anak dia tahu mak dia seorang yang jahat).

HARI BAPA merupakan satu hari dalam setahun yang disambut bagi menunjukkan bahawa bapa juga adalah insan yang sepatutnya kita hargai, walaupun aku percaya ramai daripada kita lebih rapat dengan Ibu masing2 berbanding dengan Bapa kita kan? kita seharusnya menghargai bapa2 kita kerana telah menjaga kita selama ini dan bersusah payah mengerah keringat mencari rezeki siang dan malam dalam membesarkan anak2. Walaupun kita lihat mereka jarang berkomunikasi dengan kita itu bukanlah bermaksud mereka benci kepada kita namun mereka menunjukkan kasih sayang dengan cara yang berbeza. Tak kisahlah apa pun panggilan kita kepada bapa kita samada BAPA, AYAH, BAPAK, APPA, PAPA maksudnya tetap sama iaitu seorang lelaki yang diraut wajahnya penuh keseriusan namun dihatinya penuh kasih sayang.

Rasanya tak lengkap kalau aku tak memberikan serba lanjut mengenai SEJARAH sambutan HARI BAPA ini kan?


SEJARAH SAMBUTAN HARI BAPA

Menyingkap kembali sejarah, sambutan ini bermula di Fairmont, West Virginia, Amerika Syarikat pada Julai 1908. Sambutan mula2 ini diuruskan oleh Puan Grace Golden Clayton bagi mengingati kematian 210 orang bapa yang merupakan mangsa tragedi letusan lombong di Monongah, West Virginia pada 6 Disember 1907. Tetapi malangnya, sambutan itu kurang mendapat tempat ketika itu kerana terdapat sambutan yang lain di daerah sekitar. Menyebabkan sambutan itu tidak didaftarkan secara rasmi. Dikatakan Clayton mengatur sambutan ini kerana terdapatnya sambutan HARI IBU.

Sekitar tahun 1909, Cik Sonora Smart Dodd telah sekali lagi mengulangi idea ini, tetapi idea pada Dodd ini bukan timbul dari cedukan idea Clayton, sekadar cetusan pemikirannya melihatka betapa besarnya pengorbanan dan susah payah bapanya dalam membesarkan keluarganya selepas kematian ibunya. Pada mulanya sambutan ini kurang mendapat perhatian awam dan pihak berkenaan, namun usaha yang berterusan darinya menampakkan hasil apabila sambutan HARI BAPA mula disambut di Spokane, Washington pada 19 Jun 1910.

Pada 1916, semasa sambutan HARI BAPA diadakan di Spokane, Presiden Woodrow Wilson mencadangkan agar sambutan ini dijadikan sebagai salah satu sambutan rasmi tahunan, tetapi ditolak oleh Kongres ketika itu. Usaha ini dicuba kembali oleh Senator Margaret Smith dengan mengemukan usul menuduh Kongres "menganaktirikan" sambutan HARI BAPA selama 40 tahun dengan tidak meletakkannya sebagai sambutan rasmi tetapi meletakkan sambutan HARI IBU sebagai sambutan rasmi.

Pada 1966, Presiden Lyndon B. Johnson mengemukan tuntutan agar HARI BAPA disambut pada Ahad minggu ketiga Jun setiap tahun sebagai HARI BAPA. Akhir sekali pada 1972, Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa sambuta HARI BAPA secara rasminya seperti yang dicadangkan pada tahun 1966. Sambutan ini diteruskan sehingga kehari ini di seluruh dunia termasuk Malaysia dengan tarikh yang berbeza mengikut negara.

Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada ayahanda kesayanganku MOHD NOH @ MAHAT BIN OTHMAN yang telah membesarkan aku dengan kasih sayang dan menjadi IDOLA kepada aku semenjak kecil lagi. Kata2 peransang beliau sentiasa menjadikan aku tidak jauh dari landasan yang sepatutnya dan alhamdulillah hari ini aku sudah menjadi insan berguna bukan sahaja kepada Agama, Bangsa malahan kepada Negara. Siapa sangka aku juga akhirnya menjadi seorang bapa dan aku faham ertinya kasih sayang yang tidak diterjemah (silent Love) seorang ayah kepada anaknya. Aku juga mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada ayah mertua yang sentiasa mesra dengan aku iaitu CHE MAT BIN BAHAROM. Apapun aku mendoakan semoga kedua2 ayahanda kesayangan aku ini sentiasa sihat dan ceria selalu. Ketahuilah bahawa anakanda ini sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk kalian berdua. Tak dilupakan juga kepada semua rakan2 yang menjadi bapa dan kepada bapa2 diseluruh dunia dengan ucapan..
SELAMAT HARI BAPA!!

* P/S: SAYANGILAH BAPA ANDA!!