23 November 2012

ALHAMDULILLAH..

Alhamdulillah, petang tadi aku dapat perkhabaran baik daripada seorang rakan yang menguruskan hal berkaitan tindakan tatatertib yang akan dikenakan kepadaku. Segalanya berjalan lancar dan aku dibebaskan daripada kesalahan yang memang bukan kesalahanku namun ada pihak cuba menangguk di air yang keruh dengan cuba merosakkan reputasiku dan sengaja cuba menjahanamkan karier aku. Takpe, akhirnya semuanya dah terbukti bahawa aku tidak bersalah. Apapun aku ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang menyelamatkan aku dari terkena tuduhan liar tersebut. Biarpun aku berhadapan dengan dugaan ini namun aku bersyukur kerana ada pihak sedaya upaya membantu aku. Disinilah aku dapat menilai mana sabahat sejati mana sahabat dikala gembira. Segalanya sudah selesai namun aku masih ada tugas untuk dilaksanakan, aku perlukan kepercayaan dalam melaksanakan tugas-tugas harianku. Kawan-kawanku yang bersamaku hilang dan langsung tak tanya khabar berita padaku hanya memerhati dan membiarkan aku terkapai-kapai menepis segala tohmahan tanpa ada yang mengakui kesilapan itu berpunca dari diri mereka yang lalai dan menyebabkan aku secara tidak langsung menjadi kambing hitam untuk disalahkan. Yang membuatkan aku rasa terkilan dan kesal kenapa mereka yang benar-benar bersalah tidak diambil tindakan? sedangkan aku secara tanpa usul periksa terus dijatuhkan hukuman bersalah? takpe, mungkin ada hikmahnya.. aku hanya perlu bersabar, Insya'allah.. kesabaranku nanti akan terbalas.

Tiada ulasan: