12 November 2012

AKU MAAFKAN KAMU!!

Kadang-kala apa yang kita harapkan dalam hidup ini belum tentu mudah untuk kita perolehi, pelbagai rintangan dan halangan terpaksa ditempuhi. Dugaan dan cabaran silih berganti menguji kesabaran dan kekuatan emosi dalam memenangi sesuatu permasalahan itu. Aku antara ribuan manusia yang mudah terikut emosi dan percayalah itu bukan kemahuan aku. Aku bukan mahu menjadi orang yang mudah melenting dan hilang pertimbangan dalam melontarkan sebarang kata-kata namun siapa mampu menahan kemarahan andai teruji berkali-kali?.

Seringkali terlihat oleh raut wajahku hanya kecerian semata-mata namun tak siapa menyangka apa yang aku simpan dalam hati ini. Segala yang aku pendamkan tak mungkin terluah lagi kerana apa yang berlaku pada aku biarlah aku sahaja yang tanggung sendiri. Letih dengan pelbagai soalan yang sering membuatkan fikiran ini buntu dalam memberikan jawapan yang bernas. Wahai kawan-kawanku, seandainya aku mampu meluahkan isi hati ini adakah kamu semua akan faham dan mampu membantu aku? TIDAK! sebab tiada siapa mampu membantu aku dikala ini, cuma ALLAH S.W.T sahaja tempat aku bergantung harap kini dan selamanya.

Malam ini menjadi saksi bahawa aku telah menjadi insan yang mudah ditewaskan oleh emosi dan kemarahanku sendiri, Ya!! memang aku lemah, namun perlukah aku terus menjadi lemah dengan dugaan ini? YA TUHANKU!! Bantulah aku! saat dan ketika ini aku rasa bagai lemah tak bermaya, terasa bagai jantungku terhenti berdegup dan berdenyut. Andainya aku pergi janganlah dibawa kesedihan itu bersamaku, biarlah apa yang berlaku hilang saat lena mengulit malam-malamku. AKU MAAFKAN KAMU!! Mungkin itu mampu mengubah aku menjadi lebih baik dari diri aku yang sebelum ini. Tiap malam yang akan ku lalui akan ku ucapkan kalimah itu.. AKU MAAFKAN KAMU!!

Tiada ulasan: