23 Januari 2012

GONG XI FA CAI 2012



Nampaknya ramai yang sudah pulang ke kampung masing2, tak kira apa bangsa semuanya menggunakan cuti yang ada ini dengan  cara tersendiri. Ada yang bercuti bersama keluarga tersayang, ada yang sekadar berehat dirumah dan ada yang membuka TV menonton cerita2 menarik yang disajikan oleh Stesen2 TV tempatan, dan yang pasti kaum cina adalah kaum yang paling gembira sekali meraikannya. Aku, kau, dia, mereka dan sesiapa sahaja bebas mengamalkan segala bentuk ajaran atau anutan tanpa halangan dan masalah, bagi aku itulah satu bentuk keunikan yang terdapat dibumi Malaysia yang bertuah ini. Perpaduan kaum yang terbina ini bukan sesuatu yang mudah dan datang bergolek, ianya penuh dengan sikap bertolak-ansur dan saling memahami serta menghormati adat dan tradisi kaum2 yang lain. Aku pagi2 lagi dah buka TV tengok rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), seperti biasa TV3 menggunakan tempat2 khas untuk membawa lintas langsung sesuatu majlis dan kali ini Wisma MCA, Jalan Ampang menjadi medan berbual bicara bersama tetamu2 jemputan. Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina ditonjolkan dengan memperlihatkan Tarian Singa, dan menurut kepercayaan tahun ini adalah TAHUN NAGA.. (entah laa.. dengar macam Naga Air..) Tapi takpelah yang penting apa jua yang dilakukan oleh bangsa2 lain selagi mana ianya dapat mengekalkan keharmonian negara kita, ia perlu digalakkan dan selagi mana ianya tidak merosakkan hubungan sesama kita apa salahnya kita bersama mereka. Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA atau GONG XI FA CAI kepada semua rakan2 serta sahabat2 aku yang berbangsa cina. Diharapkan semoga negara MALAYSIA kita ini akan terus aman makmur dan bertambah maju seterusnya dapat mencapai WAWASAN 2020 seperti yang pernah diilhamkan oleh Mantan Perdana Menteri Ke-4 kita, Tun Dr Mahathir Bin Mohamed.

* P/S: Antara Iklan terbaru berkaitan TAHUN BARU CINA daripada PETRONAS..



Tiada ulasan: