Pejam celik pejam celik dah dekat sebulan kita meninggalkan TAHUN 2011.. rasanya macam semalam je baru melalui hari2 yang mengembirakan. Kita terlalu seronok sampai lupa apa yang penting untuk dilakukan. Aku pun tak terkecuali juga, kadang2 dah prepare yang terbaik tapi rupanya ada lagi benda yang perlu kita completekan dulu sebelum segala planning kita berjalan dengan lancar. Kita rasa kita dah buat yang terbaik tapi itu belum tentu menjamin kejayaan dalam apa juga yang kita usahakan. Walau segala kudrat dan sedaya upaya melaksanakan apa juga yang perlu tapi kalau tanpa DUIT segala2nya tampak kabur dan takkan bermakna lagi? kenapa aku katakan DUIT? sebab ianyalah yang memberikan result samada kita berjaya melaksanakan atau tidak, yang akan membuatkan kita terima keputusan tersebut dengan ikhlas hati, pasrah atau putus asa. Segala2nya yang berlaku dalam hidup kita berpunca dari kuatnya kita amalkan prinsip berkaitan DUIT ini dan seandainya segala perancangan kita berjaya, PERCAYALAH! sebabnya pasti ada kena mengena dengan DUIT. Tentu ada yang ingat DUIT tu semata2 merujuk kepada Wang Ringgit semata2 tapi korang salah, bukan DUIT itu yang aku maksudkan. DUIT yang paling utama dan boleh dikatakan paling penting adalah..
D - Doa
U - Usaha
I - Ikhtiar
T - Tawakal
Bila semua dah dilaksanakan maka keputusan penuh samada berjaya atau tidak kita akan terima dengan Redha dan tidak cepat marah dan terus berusaha lagi kerana sesungguhnya kejayaan tidak datang bergolek dan ianya datang dengan Doa yang berterusan, Usaha yang bersungguh2, Ikhtiar dalam mencari penyelesaian dan Bertawakal kepada ALLAH SWT atas segala2nya. Ingat ek, "TANPA DUIT MIMPI TIDAK AKAN MENJADI NYATA".. Peace.. Salam Sayang To U All.. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan