Alhamdulillah, akhirnya ada juga kesempatan untuk aku bawa keluarga aku keluar bersiar-siar. Walaupun bukan jauh mana pun juz pergi Telok Kemang, Port Dickson tapi bagi aku ok la daripada terperuk kat rumah tanpa buat apa2 aktiviti berfaedah. Aku pun bosan gak semalam, dah tak tau nak buat apa. Nak buka FB rasa malas pula terus pasang TV mengadap tengok citer entah apa2 ntah.. Aku pun mula capai apa2 yang patut terus follow isteri aku pergi rumah penjaga ambil anak dan terus gerak pergi Telok Kemang. Tak sangka pula adik ipar aku ada tunggu kat sana katanya nak release tension dengan kengkawan dia, penat main bola kat Putrajaya katanya, ye la team dia Juara Kumpulan.. ok la kan dari Perak bawa harapan.. hehe2.. Maybe esok dia ada games lagi.. aku nak ikut tengok gak tapi maklumlah esok tu aku koje. Aku sebenarnya ok je datang Telok Kemang ni tapi tension sikit bab kesesakan dengan kenderaan dan orang ramai. Aku tadi nak cari parking pun dah dekat 1/2 Jam.. puas gak pusing Dataran Kemang tu 3 kali.. ciss.. tapi memang dah rezeki aku dapat la parking dekat2 dataran tu juga. Kepala aku mula la rasa pening. Aku kalau datang pun bukan nak mandi juz tengok2 keindahan ciptaan Tuhan je. Tapi ok la kan, mana2 famili yang free tu bawa2 anak korang jalan2 sekurang2nya dapat mengukuhkan ikatan kekeluargaan tu kan, tambahan pula sekarang ni cuti Tahun Baru Cina apa salahnya keluar lepak2 kat mana2 yang mungkin dapat hilangkan tension seharian bekerja disamping dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga tu. Banyak juga la aktiviti yang dianjurkan kat Dataran Kemang ni.. kalau tak salah tadi ada KARNIVAL GENERASI- Y.. maybe berlangsung sampai 24hb ni. Jom la datang ramai2 memeriahkan aktiviti yang berlangsung disamping boleh beli cenderahati untuk keluarga kita kan (haha2.. siap buat promotion lagi..)
Macam2 ada disini, antaranya:
1. Band Festival (Menghimpunkan hampir 80 buah band.. katanya la kan.. hehe2..)
2. Pertunjukan Pemain Api
3. FIXIE Bike Fest
4. Pameran2 Autoshow / Audioshow / Audiolighting
5. Perhimpunan Kelab2 Kereta Dan Motor
6. Persembahan GHAZAL NIGHT ARENA dari geng2 X-Aswara
7. Persembahan artis2 jemputan antaranya Lan Kristal, Ika Mentor, Rosmah, Khai, Sarimah, Haziq
Dan Lain2 Band Underground
Disampin itu juga ada Jualan2 Cenderahati dan macam2 lagi tersedia menanti anda semua. Jadi apa tunggu lagi penuhkan cuti anda ini dengan aktiviti berfaedah.. luangkan masa bersama keluarga atau teman2 tersayang..
JOM RELAKS...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan