* Berkongsi Cerita Dan Berbicara Tentang Isu Semasa, Hal Seharian Dari Sudut Pandang Dan Kacamata Seorang INSAN BIASA Dalam Pencarian Sebuah Kehidupan Sempurna..
16 Januari 2012
PENANGAN OMBAK RINDU
Entah la, tetiba je balik koje pagi tadi aku rasa teringin pula nak tengok VCD OMBAK RINDU (perrghh.. layan..) Masuk ni dah dekat 3 kali aku menonton filem ni, boleh dikatakan aku antara peminat Filem2 Tempatan.. (filem asing dan luar pun aku tengok juga.. hehe2..) Tapi biasalah ada sesetengah filem kat Malaysia ni main tangkap muat je, last2 semua filem tu patut dibakul sampahkan aje.. (bukan semua, ada satu dua filem la..) senang cakap filem bikin syok sendiri.. haha2.. (pasni korang satu produksi tengok ramai2, gelak paksa sendiri.. cishh!) Eh, apa pasal aku melalut dan merapu tak tentu pasal pula ni? cishh.. aku nak sembang pasal Ombak Rindu jadi 'Ongbak Sendu' pula. Aku salute dengan keseluruhan Produksi yang menerbitkan filem ni, terutama sekali Osman Ali selaku pengarah yang melahirkan sebuah Masterpiece yang sungguh menakjubkan tak dulupakan juga kepada Fauziah Ashari selaku penulis dan pengkarya Novel Ombak Rindu. Aku bukan jenis yang sesenang je nak puji sesebuah filem kalau bukan itu adalah yang terbaik dari yang terbaik, selalu kalau aku tengok wayang ke apa ke aku mesti tanya kengkawan berapa bintang atau popcorn diorang bagi.. (sebab diorang pun akan tanya benda serupa kat aku.. hehe2..) macam filem ni tentu sekali 5 Bintang aku bagi.. (bukan dari 10 bintang tau tapi dari 5 bintang gak..) kiranya paling tinggi la ni. Ini merupakan antara beberapa filem yang berjaya memikat hati aku selain daripada filem KL GANGSTER, HKLBR, PAPADOM dan lain2 lagi..) Filem ni penuh dengan ramuan dan rempah ratus yang mencukupi.. (haha2.. macam program realiti MASTERCHEF MALAYSIA pula..) Adegan2 yang dipaparkan penuh dengan kata2 puitis yang menyentuh kalbu, sudut2 atau angle shot yang menarik untuk tatapan umum dan tentu sekali barisan pelakon yang hebat dan terbaik. Bagi aku lakonan Maya Karin cukup berkesan dalam filem ni, Aaron Aziz pula memang kita tahu begitu mantap menjiwai watak, Lisa Surihani lakonan dia wajar dipuji dan tak terlalu sterotaip macam filem yang dulu2.. dan pujian juga harus diberikan pada Bront Palarae yang agak slumber tapi tetap menghidupkan keseluruhan cerita.
* P/S: Antara bait2 kata PUITIS yang cukup menyentuh hati aku..
"..Hidup ini bagaikan layang2, bila angin membadai ia terus terbang mencecah awan namun bila talinya terputus ia hanyut dibawa angin menyerah kepada takdir terdampar dibadai OMBAK RINDU.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan