18 Januari 2012

KEMBALI MENYOKONG PASUKAN BOLASEPAK PERAK




GGGOOOOLLLLL!!! itulah antara jeritan yang telah mengejutkan jiran sebelah rumah aku yang rasanya tengah bermimpi indah.. haha2.. sori yaa.. Entah la rasanya dah lama aku tak tengok perlawanan bolasepak pasukan negeri kelahiran aku. Almaklumlah, aku pun dah koje kat tempat lain dan jarang2 dapat tengok pasukan negeri aku lawan, secara terpaksa aku melupakan seketika pasukan yang pernah menjadi kebanggaan aku ini . Tambahan pula kalau diadakan perlawan di saluran ARENA atau TV1 jarang pasukan negeri aku dijadikan pilihan penaja nak dibuat siaran langsung.. (kalau tak salah aku laa.. jangan marah ek?) asyik2 pasukan 'feveret' yang konon2 paling hebat je dibuat siaran langsung. Apapun selepas ini, aku akan kembali menyokong pasukan bolasepak Perak, walau kat mana aku bekerja, aku tetap sokong pasukan ini. Harapan aku agar musim ni memberikan kejayaan kepada team SELADANG.. Semoga bait kata2 semangat "Skor Yob Skor" akan terus menyemarakkan lagi arena bolasepak Malaysia. Apapun perlawanan tadi seharusnya diberikan pujian kepada pemain2 tempatan, nak harapkan pemain import? cishh.. hampehh je.. takpe bagi peluang lagi, kalau tak boleh rasanya pihak pengurusan faham nak buat apa, dan cikgu Jan (Norizan Bakar le tu..) tentu lebih mahir dan arif dalam menentukan halatuju pasukan seladang ni. Tendangan gunting dan gelecekan Akmal Rizal nyata memukau. Insya'allah.. kalau ada kesempatan ingin rasanya aku menyaksikan perlawanan secara langsung kat Stadium Perak dengan kengkawan aku.. nanti boleh la aku jerit kuat2 gol.. haha2.. Salam sayang salam hormat.. iLUVu All..

* P/S: Antara LAGU pembakar semangat yang masih aku ingati..





Tiada ulasan: