30 Januari 2012

DUIT

Pejam celik pejam celik dah dekat sebulan kita meninggalkan TAHUN 2011.. rasanya macam semalam je baru melalui hari2 yang mengembirakan. Kita terlalu seronok sampai lupa apa yang penting untuk dilakukan. Aku pun tak terkecuali juga, kadang2 dah prepare yang terbaik tapi rupanya ada lagi benda yang perlu kita completekan dulu sebelum segala planning kita berjalan dengan lancar. Kita rasa kita dah buat yang terbaik tapi itu belum tentu menjamin kejayaan dalam apa juga yang kita usahakan. Walau segala kudrat dan sedaya upaya melaksanakan apa juga yang perlu tapi kalau tanpa DUIT segala2nya tampak kabur dan takkan bermakna lagi? kenapa aku katakan DUIT? sebab ianyalah yang memberikan result samada kita berjaya melaksanakan atau tidak, yang akan membuatkan kita terima keputusan tersebut dengan ikhlas hati, pasrah atau putus asa. Segala2nya yang berlaku dalam hidup kita berpunca dari kuatnya kita amalkan prinsip berkaitan DUIT ini dan seandainya segala perancangan kita berjaya, PERCAYALAH! sebabnya pasti ada kena mengena dengan DUIT. Tentu ada yang ingat DUIT tu semata2 merujuk kepada Wang Ringgit semata2 tapi korang salah, bukan DUIT itu yang aku maksudkan. DUIT yang paling utama dan boleh dikatakan paling penting adalah..

D - Doa
U - Usaha
I - Ikhtiar
T - Tawakal

Bila semua dah dilaksanakan maka keputusan penuh samada berjaya atau tidak kita akan terima dengan Redha dan tidak cepat marah dan terus berusaha lagi kerana sesungguhnya kejayaan tidak datang bergolek dan ianya datang dengan Doa yang berterusan, Usaha yang bersungguh2, Ikhtiar dalam mencari penyelesaian dan Bertawakal kepada ALLAH SWT atas segala2nya. Ingat ek, "TANPA DUIT MIMPI TIDAK AKAN MENJADI NYATA".. Peace.. Salam Sayang To U All.. =)




29 Januari 2012

HAFIZ AWAN NANO JUARA AJL KE-26


Perrggghh.. Gempak Seh!! Korang tengok tak persembahan ANUGERAH JUARA LAGU KE-26 tadi? memang tak sangka HAFIZ boleh menang dengan lagu AWAN NANO tu. Tapi ok la kan? yang pilih pun bukan calang2 juri dan bukan seorang dua yang pilih tapi 30 orang tu! huhu2.. pecah rekod ni, dan harap2 takde la yang nak mempertikaikan kemenangan  HAFIZ walaupun persembahan beliau boleh dikatakan paling sempoi setakat ni, (kasut pun tak pakai? huhu2..) tapi memang dah rezeki M.NASIR selaku pencipta lagu dan secara tak langsung menunjukkan taring orang lama masih lagi berbisa.. ye tak? aku dari start acara pukul 9 malam tadi sampai ke acara kemuncak duduk melekat depan TV takut terlepas acara yang menarik dan persembahan malam ni boleh dikatakan paling terbaik dalam sejarah penganjuran AJL yang pernah diadakan.. siapa setuju angkat kening? Opss.. angkat tangan la.. hehe2.. Tribute Allahyarham SUDIRMAN memang best tambahan yang melantunkan suara adalah HAZAMA, BLACK dan AZLAN. Walau apapun sekurang2nya persembahan malam ni buka mata pihak2 tertentu supaya lebih banyak memutarkan lagu2 kita daripada asyik pasang lagu2 dari seberang je. Lagu2 kita cerminan masyarakat kita, diharapkan selepas ini Radio2 Swasta lebih kerap pasang lagu2 yang bermutu dari Artis2 kita ye tak? hehe2.. dibawah ni keputusan penuh AJL Ke-26 kali ini..

JUARA
Awan Nano - HAFIZ



NAIB JUARA
Beribu Sesalan - NING BAIZURA, JAC & SHILA (Tiga Suara)



KE-3
Karma - FAIZAL TAHIR



VOKAL TERBAIK
Awan Nano - HAFIZ

PERSEMBAHAN TERBAIK
Kisah Hati - ALYAH

LAGU PALING BANYAK DIDOWNLOAD (Celcom M Tube)
Sedetik Lebih - ANUAR ZAIN




28 Januari 2012

HARI YANG SIBUK

Dalam dua tiga hari ni rasanya dah dua tiga kali juga la aku pi pekan Port Dickson, ikutkan hati nak beli la apa barang yang patut tapi tak sangka pula yang kedai2 kat PD tu banyak lagi yang tak buka (dengan erti kata lain TUTUP!) Cis, habis rosak aku punya plan, yela banyak benda nak beli, barang2 rumah aku dah hampir kehabisan stok!. Tapi takpelah nak buat macam mana kan? Saborr je laa.. Hari ni program aku boleh dikatakan banyak juga la, (sibuk la katakan..) tapi sempat juga aku buka blog ni kan? hehe2.. lepas habis kerja malam tadi aku pagi ni kena hadir awal untuk bersama Big Boss aku bagi taklimat tentang penugasan dan peranan yang seharusnya dimainkan oleh pihak keselamatan ladang. Aku dan kengkawan aku jadi tukang sibuk je la.. haha2.. tapi tak boleh blah la.. soalan dan pertanyaan diorang memang kelakar. Tapi nasib baik Big Boss aku steady je bagi jawapan, sambil tue boleh pula dia buat joke sampai pecah perut aku dibuatnya.. wakakahh... Aku rasa boleh pi jauh boss aku ni kalau masuk program Raja Lawak.. haha2.. dan seperti biasa malam ni ada taklimat bulanan dan malam nanti aku kena masuk tugas pula. Dah jadi kewajipan aku bertugas kan. Aku ok je, bagi semua pihak yang memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan tu kita kena la laksananakan dengan sebaik2nya apa juga pekerjaan yang kita lakukan. Kalau kita rasa susah, memang susah la jawabnya.. biasalah tu, aku pun kadang2 merungut gak? Oppss.. alamak kantoi sudah! haha2.. tapi takpelah kan, kita cuba pupuk sikap ikhlas buat kerja. Kalau kita rasa kerja kita susah ada lagi yang buat kerja lagi susah dari kita kan? Eh, apa aku membebel pulak ni.. k la, aku nak siap2 dulu nak buat prepare apa yang patut untuk taklimat malam ni.. k u all.. jumpa lagi.. =)

23 Januari 2012

GONG XI FA CAI 2012



Nampaknya ramai yang sudah pulang ke kampung masing2, tak kira apa bangsa semuanya menggunakan cuti yang ada ini dengan  cara tersendiri. Ada yang bercuti bersama keluarga tersayang, ada yang sekadar berehat dirumah dan ada yang membuka TV menonton cerita2 menarik yang disajikan oleh Stesen2 TV tempatan, dan yang pasti kaum cina adalah kaum yang paling gembira sekali meraikannya. Aku, kau, dia, mereka dan sesiapa sahaja bebas mengamalkan segala bentuk ajaran atau anutan tanpa halangan dan masalah, bagi aku itulah satu bentuk keunikan yang terdapat dibumi Malaysia yang bertuah ini. Perpaduan kaum yang terbina ini bukan sesuatu yang mudah dan datang bergolek, ianya penuh dengan sikap bertolak-ansur dan saling memahami serta menghormati adat dan tradisi kaum2 yang lain. Aku pagi2 lagi dah buka TV tengok rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), seperti biasa TV3 menggunakan tempat2 khas untuk membawa lintas langsung sesuatu majlis dan kali ini Wisma MCA, Jalan Ampang menjadi medan berbual bicara bersama tetamu2 jemputan. Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina ditonjolkan dengan memperlihatkan Tarian Singa, dan menurut kepercayaan tahun ini adalah TAHUN NAGA.. (entah laa.. dengar macam Naga Air..) Tapi takpelah yang penting apa jua yang dilakukan oleh bangsa2 lain selagi mana ianya dapat mengekalkan keharmonian negara kita, ia perlu digalakkan dan selagi mana ianya tidak merosakkan hubungan sesama kita apa salahnya kita bersama mereka. Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA atau GONG XI FA CAI kepada semua rakan2 serta sahabat2 aku yang berbangsa cina. Diharapkan semoga negara MALAYSIA kita ini akan terus aman makmur dan bertambah maju seterusnya dapat mencapai WAWASAN 2020 seperti yang pernah diilhamkan oleh Mantan Perdana Menteri Ke-4 kita, Tun Dr Mahathir Bin Mohamed.

* P/S: Antara Iklan terbaru berkaitan TAHUN BARU CINA daripada PETRONAS..



22 Januari 2012

KARNIVAL GENERASI - Y



Alhamdulillah, akhirnya ada juga kesempatan untuk aku bawa keluarga aku keluar bersiar-siar. Walaupun bukan jauh mana pun juz pergi Telok Kemang, Port Dickson tapi bagi aku ok la daripada terperuk kat rumah tanpa buat apa2 aktiviti berfaedah. Aku pun bosan gak semalam, dah tak tau nak buat apa. Nak buka FB rasa malas pula terus pasang TV mengadap tengok citer entah apa2 ntah.. Aku pun mula capai apa2 yang patut terus follow isteri aku pergi rumah penjaga ambil anak dan terus gerak pergi Telok Kemang. Tak sangka pula adik ipar aku ada tunggu kat sana katanya nak release tension dengan kengkawan dia, penat main bola kat Putrajaya katanya, ye la team dia Juara Kumpulan.. ok la kan dari Perak bawa harapan.. hehe2.. Maybe esok dia ada games lagi.. aku nak ikut tengok gak tapi maklumlah esok tu aku koje. Aku sebenarnya ok je datang Telok Kemang ni tapi tension sikit bab kesesakan dengan kenderaan dan orang ramai. Aku tadi nak cari parking pun dah dekat 1/2 Jam.. puas gak pusing Dataran Kemang tu 3 kali.. ciss.. tapi memang dah rezeki aku dapat la parking dekat2 dataran tu juga.  Kepala aku mula la rasa pening. Aku kalau datang pun bukan nak mandi juz tengok2 keindahan ciptaan Tuhan je. Tapi ok la kan, mana2 famili yang free tu bawa2 anak korang jalan2 sekurang2nya dapat mengukuhkan ikatan kekeluargaan tu kan, tambahan pula sekarang ni cuti Tahun Baru Cina apa salahnya keluar lepak2 kat mana2 yang mungkin dapat hilangkan tension seharian bekerja disamping dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga tu. Banyak juga la aktiviti yang dianjurkan kat Dataran Kemang ni.. kalau tak salah tadi ada KARNIVAL GENERASI- Y.. maybe berlangsung sampai 24hb ni. Jom la datang ramai2 memeriahkan aktiviti yang berlangsung disamping boleh beli cenderahati untuk keluarga kita kan (haha2.. siap buat promotion lagi..)
Macam2 ada disini, antaranya:
1. Band Festival (Menghimpunkan hampir 80 buah band.. katanya la kan.. hehe2..)
2. Pertunjukan Pemain Api
3. FIXIE Bike Fest
4. Pameran2 Autoshow / Audioshow / Audiolighting
5. Perhimpunan Kelab2 Kereta Dan Motor
6. Persembahan GHAZAL NIGHT ARENA dari geng2 X-Aswara
7. Persembahan artis2 jemputan antaranya Lan Kristal, Ika Mentor, Rosmah, Khai, Sarimah, Haziq
    Dan Lain2 Band Underground
Disampin itu juga ada Jualan2 Cenderahati dan macam2 lagi tersedia menanti anda semua. Jadi apa tunggu lagi penuhkan cuti anda ini dengan aktiviti berfaedah.. luangkan masa bersama keluarga atau teman2 tersayang..
JOM RELAKS...






18 Januari 2012

KEMBALI MENYOKONG PASUKAN BOLASEPAK PERAK




GGGOOOOLLLLL!!! itulah antara jeritan yang telah mengejutkan jiran sebelah rumah aku yang rasanya tengah bermimpi indah.. haha2.. sori yaa.. Entah la rasanya dah lama aku tak tengok perlawanan bolasepak pasukan negeri kelahiran aku. Almaklumlah, aku pun dah koje kat tempat lain dan jarang2 dapat tengok pasukan negeri aku lawan, secara terpaksa aku melupakan seketika pasukan yang pernah menjadi kebanggaan aku ini . Tambahan pula kalau diadakan perlawan di saluran ARENA atau TV1 jarang pasukan negeri aku dijadikan pilihan penaja nak dibuat siaran langsung.. (kalau tak salah aku laa.. jangan marah ek?) asyik2 pasukan 'feveret' yang konon2 paling hebat je dibuat siaran langsung. Apapun selepas ini, aku akan kembali menyokong pasukan bolasepak Perak, walau kat mana aku bekerja, aku tetap sokong pasukan ini. Harapan aku agar musim ni memberikan kejayaan kepada team SELADANG.. Semoga bait kata2 semangat "Skor Yob Skor" akan terus menyemarakkan lagi arena bolasepak Malaysia. Apapun perlawanan tadi seharusnya diberikan pujian kepada pemain2 tempatan, nak harapkan pemain import? cishh.. hampehh je.. takpe bagi peluang lagi, kalau tak boleh rasanya pihak pengurusan faham nak buat apa, dan cikgu Jan (Norizan Bakar le tu..) tentu lebih mahir dan arif dalam menentukan halatuju pasukan seladang ni. Tendangan gunting dan gelecekan Akmal Rizal nyata memukau. Insya'allah.. kalau ada kesempatan ingin rasanya aku menyaksikan perlawanan secara langsung kat Stadium Perak dengan kengkawan aku.. nanti boleh la aku jerit kuat2 gol.. haha2.. Salam sayang salam hormat.. iLUVu All..

* P/S: Antara LAGU pembakar semangat yang masih aku ingati..





16 Januari 2012

PENANGAN OMBAK RINDU



Entah la, tetiba je balik koje pagi tadi aku rasa teringin pula nak tengok VCD OMBAK RINDU (perrghh.. layan..) Masuk ni dah dekat 3 kali aku menonton filem ni, boleh dikatakan aku antara peminat Filem2 Tempatan.. (filem asing dan luar pun aku tengok juga.. hehe2..) Tapi biasalah ada sesetengah filem kat Malaysia ni main tangkap muat je, last2 semua filem tu patut dibakul sampahkan aje.. (bukan semua, ada satu dua filem la..) senang cakap filem bikin syok sendiri.. haha2.. (pasni korang satu produksi tengok ramai2, gelak paksa sendiri.. cishh!) Eh, apa pasal aku melalut dan merapu tak tentu pasal pula ni? cishh.. aku nak sembang pasal Ombak Rindu jadi 'Ongbak Sendu' pula. Aku salute dengan keseluruhan Produksi yang menerbitkan filem ni, terutama sekali Osman Ali selaku pengarah yang melahirkan sebuah Masterpiece yang sungguh menakjubkan tak dulupakan juga kepada Fauziah Ashari selaku penulis dan pengkarya Novel Ombak Rindu. Aku bukan jenis yang sesenang je nak puji sesebuah filem kalau bukan itu adalah yang terbaik dari yang terbaik, selalu kalau aku tengok wayang ke apa ke aku mesti tanya kengkawan berapa bintang atau popcorn diorang bagi.. (sebab diorang pun akan tanya benda serupa kat aku.. hehe2..) macam filem ni tentu sekali 5 Bintang aku bagi.. (bukan dari 10 bintang tau tapi dari 5 bintang gak..) kiranya paling tinggi la ni. Ini merupakan antara beberapa filem yang berjaya memikat hati aku selain daripada filem KL GANGSTER, HKLBR, PAPADOM dan lain2 lagi..) Filem ni penuh dengan ramuan dan rempah ratus yang mencukupi.. (haha2.. macam program realiti MASTERCHEF MALAYSIA pula..) Adegan2 yang dipaparkan penuh dengan kata2 puitis yang menyentuh kalbu, sudut2 atau angle shot yang menarik untuk tatapan umum dan tentu sekali barisan pelakon yang hebat dan terbaik. Bagi aku lakonan Maya Karin cukup berkesan dalam filem ni, Aaron Aziz pula memang kita tahu begitu mantap menjiwai watak, Lisa Surihani lakonan dia wajar dipuji dan tak terlalu sterotaip macam filem yang dulu2..  dan pujian juga harus diberikan pada Bront Palarae yang agak slumber tapi tetap menghidupkan keseluruhan cerita.

* P/S: Antara bait2 kata PUITIS yang cukup menyentuh hati aku..

"..Hidup ini bagaikan layang2, bila angin membadai ia terus terbang mencecah awan namun bila talinya terputus ia hanyut dibawa angin menyerah kepada takdir terdampar dibadai OMBAK RINDU.."



15 Januari 2012

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)



Malam ni tadi tengah lepak2 layan Berita Utama TV3, tetiba terpapar cerita tentang kampung aku kat Chemor, Perak (pergghh.. famous kampung aku.. haha2..) Alhamdulillah, rasanya ramai penduduk kampung aku yang happy giler walaupun aku rasa bukan semua.. (biasalah bila ada yang tak dapat mula cakap bukan2..) Almaklumlah sekurang2nya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dapat la juga memBERATkan sikit kocek penduduk kampung aku! wei kengkawan aku balik kampung nanti jangan lupa belanja aku ek? (ucapan khas ditujukan untuk kawan2 yang dapat bantuan.. hehe2.. main2 je la..) Rasanya janji dipihak Kerajaan untuk memberi bantuan bermula pada pertengahan Bulan Januari Tahun 2012 telah cuba ditunaikan secara beransur2 bukan saja kepada penduduk kampung aku malahan kepada keseluruhan rakyat Malaysia yang dapat bantuan tu kan? (itu pun kalau ada yang isi borang tersebut, atau tolong isikan pada makcik2 atau pakcik2 kat kampung yang mungkin tak tahu nak isi borang tu macam mana.. huhu2..) Majlis yang dilangsungkan kat dewan orang ramai Chemor dan disampaikan sendiri oleh YAB Datuk Seri Husni Hanadzlah selaku Menteri Kewangan Kedua yang juga merupakan Ahli Parlimen Tambun, Perak. Aku rasa majoriti masyarakat tak peduli apa pihak 'Sebelah' lagi tu kata atau cakap atau mainkan pasal isu ini. Tak kisah la benda ni tujuan nak pancing undi ker ape ker yang pasti semua itu secara tak langsung dapat juga membantu orang yang susah dan kurang berkemampuan, ok la tu kan? Sori2.. aku bukan terniat pun nak cakap pasal politik ke ape ker tapi aku sebagai rakyat Malaysia memang terus terang cakap aku bosan sangat2 dengan isu2 yang tak sepatutnya di ketengahkan (senang cakap isu remeh-temeh la.. isk2..) dijadikan bahan politik murahan dan secara tak langsung mempertaruhkan nasib rakyat. Ok2.. stop2.. tak mahu sentuh pasal politik aku pun malas nak masuk campur. STOP!!. Ok.. berbalik pada bantuan itu aku rasa alhamdulillah secara tak langsung dapat la tampung2 mana yang 'Lompong' tu! Macam2 boleh buat dengan duit sebanyak tu.. (banyak ker? ok la kan.. alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi..) mungkin bagi yang dah kaya-raya macam sesetengah orang tu,  duit ni nampak sikit tapi bagi sesetengah masyarakat duit ni boleh la topup2 sikit barang makan kat rumah tu, bayar yuran anak sekolah tak pun beli lampin dan susu anak. Kita pun sedia maklum kos sara hidup ni saban tahun meningkat. Tambahan pula cita-cita pihak kerajaan nak mencapai wawasan 2020 rasanya tak sampai pun sepuluh tahun lagi. Aku sebenarnya tumpang gembira bila mana yang susah dibantu yang kurang berkemampuan di bela. Tapi apapun aku harap pihak kerajaan akan terus memperbanyakkan Model2 Bantuan untuk membantu segelintir masyarakat yang masih tercicir dari arus permodenan negara. Apapun Syabas!! teruskan usaha anda (pihak2 berkenaan dalam kerajaan la tu..) dan jangan pula ada pihak peniaga yang mengambil kesempatan naikkan harga barang la.. harga itu la.. harga inilah.. arrgghh.. memang macam *&^%#... (alamak? termaki sudah.. hehe2..) Hope kerajaan terus pantau harga2 yang aku rasa pun akan naik sehari dua lagi. Kita pun tahu kan TAHUN BARU CINA dah dekat. (7 hari je lagi..) Bila mana semua pihak berganding bahu bukan sahaja membantu dari aspek kewangan tapi dari sudut 'Tidak Menaikkan Harga' barangan sesuka hati, aku rasa itu pun dah cukup membantu masyarakat kita yang lain kan? (maksud aku yang susah laa.. kalau dah kaya sepuloh ringgit jatuh tepi jalan pun malu nak kutip.. haha2..) Apapun aku DOA kan semoga kita akan terus aman dan tenteram buat selama2nya.. Insya'allah.. Salam sayang dan salam hormat buat semua.. iLUVu All..

* P/S: Antara GAMBAR2 menarik berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)..






SELAMAT TAHUN BARU 2012




Alhamdulillah.. ketemu juga kita akhirnya kan? lama rasanya aku tak berBLOGing kat sini. Insya'allah, kalau ada kesempatan tahun ini aku cuba untuk sentiasa update segala2nya. Tapi apapun tengok la macam mana situasi aku dulu kan, kalau aku busy payah la nak cakap, haha2.. Sedar tak sedar dah hampir 2 minggu Tahun 2011 melabuhkan tirainya. Rasanya tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada keluarga tersayang terutamanya isteri dan anakku, juga tak dilupakan juga kepada keluargaku dikampung chemor, Perak dan keluarga mertua aku di Bertam, Pulau Pinang serta ucapan tahun baru ini juga aku tujukan kepada semua saudara-mara dan rakan-rakan yang aku hormati dan kasihi sekalian. Pelbagai suka-duka, pahit manis sepanjang  tahun lalu menjadi pengalaman dan pelajaran berguna bagi aku untuk dibawa ditahun ini dan dipertingkatkan mana yang dirasakan baik dan memperbaiki mana yang dirasakan buruk (isk2.. ada ker yang buruk? huhu2..) Sedar tak sedar segala yang aku hajatkan bagi tahun lalu termakbul dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar, aku juga mengharapkan agar tahun baru ini terus memberikan aku sinar bahagia (diharapkan sinaran kebahagian yang memancor2.. hehe2..) Tahun ini tak banyak yang aku azamkan cuma kalau boleh aku mahu menjadi lebih baik dari tahun sebelum ini (macam sama je azam ni kan? alamak terkantoi sudah? hehe2..) Mungkin ada yang kata ayat tu macam poyo je tapi aku terima memang sebab setiap tahun rasanya macam tu je kot azam tahun baru aku?? haha2.. kadang-kala susah nak puaskan hati setiap orang, aku pun tak terkecuali juga, walau macam mana pun yang kita lakukan kalau seseorang tu tak puas hati dengan kita sampai bila-bila pun macam tu juga (harap2 ada cahaya kebenaran masuk kedalam benak hati korang.. ammiiinn..) Seandainya ada yang terasa hati dengan aku, aku minta maaf bebanyak2 dan kepada yang telah menyakiti hati aku, aku takkan maafkan korang! haha2.. padan muka! (harap2 tak laa sampai ke mati kot.. aku pasti akan maafkan korang seandainya korang tekad untuk berubah, kalau tak berubah juga faham-faham je laa.. haha2..) Mungkin aku tak sempurna tapi aku akan cuba sedaya upaya menjadi sempurna mungkin bukan dalam cara yang korang inginkan tapi percayalah kesempurnaan itu bukan diukur dari segi keterampilan semata2 tapi dari aspek akhlak dan keperibadian. Semoga tahun baru ini mampu merubah aku menjadi lebih jujur dalam menyatakan sesuatu perkara dan diharapkan aku akan sentiasa lebih mendekati Maha Pencipta bukan sahaja ketika ada permasalahan tetapi ketika berada dalam kesenangan.. Aaminn.. Semoga ALLAH SWT mengampuni setiap dosa2 yang pernah aku lakukan. Apapun aku berTERIMA KASIH diatas setiap pengorbanan dan kasih sayang daripada semua yang berada disekeliling aku, kerna bagi aku itu semua telah menjadi pemangkin semangat untuk aku mengharungi tahun ini dengan penuh jayanya. Sekali lagi aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 Masihi Bersamaan 1433 Hijrah kepada semua, semoga tahun baru ini memberikan kita keberkatan hidup, rezeki dan sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang. Salam sayang dan salam hormat buat semua.. iLUVu All..