29 Januari 2012

HAFIZ AWAN NANO JUARA AJL KE-26


Perrggghh.. Gempak Seh!! Korang tengok tak persembahan ANUGERAH JUARA LAGU KE-26 tadi? memang tak sangka HAFIZ boleh menang dengan lagu AWAN NANO tu. Tapi ok la kan? yang pilih pun bukan calang2 juri dan bukan seorang dua yang pilih tapi 30 orang tu! huhu2.. pecah rekod ni, dan harap2 takde la yang nak mempertikaikan kemenangan  HAFIZ walaupun persembahan beliau boleh dikatakan paling sempoi setakat ni, (kasut pun tak pakai? huhu2..) tapi memang dah rezeki M.NASIR selaku pencipta lagu dan secara tak langsung menunjukkan taring orang lama masih lagi berbisa.. ye tak? aku dari start acara pukul 9 malam tadi sampai ke acara kemuncak duduk melekat depan TV takut terlepas acara yang menarik dan persembahan malam ni boleh dikatakan paling terbaik dalam sejarah penganjuran AJL yang pernah diadakan.. siapa setuju angkat kening? Opss.. angkat tangan la.. hehe2.. Tribute Allahyarham SUDIRMAN memang best tambahan yang melantunkan suara adalah HAZAMA, BLACK dan AZLAN. Walau apapun sekurang2nya persembahan malam ni buka mata pihak2 tertentu supaya lebih banyak memutarkan lagu2 kita daripada asyik pasang lagu2 dari seberang je. Lagu2 kita cerminan masyarakat kita, diharapkan selepas ini Radio2 Swasta lebih kerap pasang lagu2 yang bermutu dari Artis2 kita ye tak? hehe2.. dibawah ni keputusan penuh AJL Ke-26 kali ini..

JUARA
Awan Nano - HAFIZ



NAIB JUARA
Beribu Sesalan - NING BAIZURA, JAC & SHILA (Tiga Suara)



KE-3
Karma - FAIZAL TAHIR



VOKAL TERBAIK
Awan Nano - HAFIZ

PERSEMBAHAN TERBAIK
Kisah Hati - ALYAH

LAGU PALING BANYAK DIDOWNLOAD (Celcom M Tube)
Sedetik Lebih - ANUAR ZAIN




Tiada ulasan: