15 Januari 2012

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)



Malam ni tadi tengah lepak2 layan Berita Utama TV3, tetiba terpapar cerita tentang kampung aku kat Chemor, Perak (pergghh.. famous kampung aku.. haha2..) Alhamdulillah, rasanya ramai penduduk kampung aku yang happy giler walaupun aku rasa bukan semua.. (biasalah bila ada yang tak dapat mula cakap bukan2..) Almaklumlah sekurang2nya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dapat la juga memBERATkan sikit kocek penduduk kampung aku! wei kengkawan aku balik kampung nanti jangan lupa belanja aku ek? (ucapan khas ditujukan untuk kawan2 yang dapat bantuan.. hehe2.. main2 je la..) Rasanya janji dipihak Kerajaan untuk memberi bantuan bermula pada pertengahan Bulan Januari Tahun 2012 telah cuba ditunaikan secara beransur2 bukan saja kepada penduduk kampung aku malahan kepada keseluruhan rakyat Malaysia yang dapat bantuan tu kan? (itu pun kalau ada yang isi borang tersebut, atau tolong isikan pada makcik2 atau pakcik2 kat kampung yang mungkin tak tahu nak isi borang tu macam mana.. huhu2..) Majlis yang dilangsungkan kat dewan orang ramai Chemor dan disampaikan sendiri oleh YAB Datuk Seri Husni Hanadzlah selaku Menteri Kewangan Kedua yang juga merupakan Ahli Parlimen Tambun, Perak. Aku rasa majoriti masyarakat tak peduli apa pihak 'Sebelah' lagi tu kata atau cakap atau mainkan pasal isu ini. Tak kisah la benda ni tujuan nak pancing undi ker ape ker yang pasti semua itu secara tak langsung dapat juga membantu orang yang susah dan kurang berkemampuan, ok la tu kan? Sori2.. aku bukan terniat pun nak cakap pasal politik ke ape ker tapi aku sebagai rakyat Malaysia memang terus terang cakap aku bosan sangat2 dengan isu2 yang tak sepatutnya di ketengahkan (senang cakap isu remeh-temeh la.. isk2..) dijadikan bahan politik murahan dan secara tak langsung mempertaruhkan nasib rakyat. Ok2.. stop2.. tak mahu sentuh pasal politik aku pun malas nak masuk campur. STOP!!. Ok.. berbalik pada bantuan itu aku rasa alhamdulillah secara tak langsung dapat la tampung2 mana yang 'Lompong' tu! Macam2 boleh buat dengan duit sebanyak tu.. (banyak ker? ok la kan.. alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi..) mungkin bagi yang dah kaya-raya macam sesetengah orang tu,  duit ni nampak sikit tapi bagi sesetengah masyarakat duit ni boleh la topup2 sikit barang makan kat rumah tu, bayar yuran anak sekolah tak pun beli lampin dan susu anak. Kita pun sedia maklum kos sara hidup ni saban tahun meningkat. Tambahan pula cita-cita pihak kerajaan nak mencapai wawasan 2020 rasanya tak sampai pun sepuluh tahun lagi. Aku sebenarnya tumpang gembira bila mana yang susah dibantu yang kurang berkemampuan di bela. Tapi apapun aku harap pihak kerajaan akan terus memperbanyakkan Model2 Bantuan untuk membantu segelintir masyarakat yang masih tercicir dari arus permodenan negara. Apapun Syabas!! teruskan usaha anda (pihak2 berkenaan dalam kerajaan la tu..) dan jangan pula ada pihak peniaga yang mengambil kesempatan naikkan harga barang la.. harga itu la.. harga inilah.. arrgghh.. memang macam *&^%#... (alamak? termaki sudah.. hehe2..) Hope kerajaan terus pantau harga2 yang aku rasa pun akan naik sehari dua lagi. Kita pun tahu kan TAHUN BARU CINA dah dekat. (7 hari je lagi..) Bila mana semua pihak berganding bahu bukan sahaja membantu dari aspek kewangan tapi dari sudut 'Tidak Menaikkan Harga' barangan sesuka hati, aku rasa itu pun dah cukup membantu masyarakat kita yang lain kan? (maksud aku yang susah laa.. kalau dah kaya sepuloh ringgit jatuh tepi jalan pun malu nak kutip.. haha2..) Apapun aku DOA kan semoga kita akan terus aman dan tenteram buat selama2nya.. Insya'allah.. Salam sayang dan salam hormat buat semua.. iLUVu All..

* P/S: Antara GAMBAR2 menarik berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)..






Tiada ulasan: