23 November 2012

ALHAMDULILLAH..

Alhamdulillah, petang tadi aku dapat perkhabaran baik daripada seorang rakan yang menguruskan hal berkaitan tindakan tatatertib yang akan dikenakan kepadaku. Segalanya berjalan lancar dan aku dibebaskan daripada kesalahan yang memang bukan kesalahanku namun ada pihak cuba menangguk di air yang keruh dengan cuba merosakkan reputasiku dan sengaja cuba menjahanamkan karier aku. Takpe, akhirnya semuanya dah terbukti bahawa aku tidak bersalah. Apapun aku ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang menyelamatkan aku dari terkena tuduhan liar tersebut. Biarpun aku berhadapan dengan dugaan ini namun aku bersyukur kerana ada pihak sedaya upaya membantu aku. Disinilah aku dapat menilai mana sabahat sejati mana sahabat dikala gembira. Segalanya sudah selesai namun aku masih ada tugas untuk dilaksanakan, aku perlukan kepercayaan dalam melaksanakan tugas-tugas harianku. Kawan-kawanku yang bersamaku hilang dan langsung tak tanya khabar berita padaku hanya memerhati dan membiarkan aku terkapai-kapai menepis segala tohmahan tanpa ada yang mengakui kesilapan itu berpunca dari diri mereka yang lalai dan menyebabkan aku secara tidak langsung menjadi kambing hitam untuk disalahkan. Yang membuatkan aku rasa terkilan dan kesal kenapa mereka yang benar-benar bersalah tidak diambil tindakan? sedangkan aku secara tanpa usul periksa terus dijatuhkan hukuman bersalah? takpe, mungkin ada hikmahnya.. aku hanya perlu bersabar, Insya'allah.. kesabaranku nanti akan terbalas.

SAJAK DOAKU UNTUK PALESTIN

Sudah Pekakkah Kita Mendengar Cerita Disana?
Sudah Butakah Kita Melihat Kekejaman Yang Ada?
Atau Adakah Kita Anggap Itu Kisah Biasa-Biasa,
Yang Setiap Hari Tiada Apa Yang Berbeda,
Kemana Hilang Pancaindera Kurnian Tuhan,
Kita Sekadar Memerhati, Mengutuk Jauh Dari Tepian,
Itu Lagi Elok Sekadar Membutakan Hati,
Mana Doa Pada Saudara Kita Disana,

Mana Hilangnya Rasa Simpati Pada Mereka,
Apakah Kita Sekadar Rela Bertelangah Sesama Kita,
Sehingga Lupa Ada Yang Perlukan Perhatian Kita,
Doalah Untuk Kesejahteraan Pada Sesama Muslim,
Itu Lagi Bernilai Dari Menjahanamkan Sesama Sendiri,
Apakah Tiada Nilai Jiwa Di GAZA,
Adakah Mereka Bagai Patung Tak Bernyawa,
Diperlaku Seumpama Tiada Harga,
Kemana Hilangnya Mereka Yang Lagak Berkuasa,
Senyap Membisu, Buta Mata Hati, Tiada Simpati Rasa,
Yang Mengaku Berkuasa Bersuka Ria, Sedang Ada Yang Menderita,
Diam Seribu Kata Kerana Sudah Dipulas Telinga,
Mengikut Tunduk, Bagai Lembu Tercucuk Hidungnya,
Bangkitlah Wahai Seluruh Bangsa Manusia,
Sekadar Aku Berkata, Kau Mengia Dan Dia Mendengar,
Tiada Guna Apa-Apa Wahai Insan,
Laknatlah Rejim Terkutuk Berdoalah Semua,
Celaan Dari Hati Setiap Yang Tertindas Jiwa,
Dipaksa Menerima Hujanan Bom Mortar,
Peluru Tiada Bermata, Kerakusan Merajai Jiwa,
Kalau Tiada Daya Untuk Menderma,
Sekadar Berdoa Itu Paling Bermakna..

"YA ALLAH!! Sebagaimana Engkau Pernah Menghantar Burung-Burung Ababil Menghancurkan Tentera Bergajah Musyrikin, Maka Kami Memohon Kepada-MU YA ALLAH!! Turunkanlah Bantuan-MU Kali Ini Kepada Umat Islam Di Palestin, Hancurkanlah Rejim Zionis Yang Kejam YA ALLAH!! Aminn..."

- SAVE PALESTINE 'Pray For Gaza' -

17 November 2012

SAJAK DIARI HATIKU

Begitu Kuat Ombak Dugaan Yang Menghempas Diriku,
Membuatkan Aku Terdampar Dimedan Pantai Derita,
Aku Merenung Kembali Sejarah Silam Kelam,
Sampai Bila Harus Aku Sekadar Tunduk Merela,
Dikiri Kanan Aku Dirempuh Dengan Ujian Kepasrahan,
Terpaksa Mengharung Walau Duri Mencalar Kesabaran,
Kerana Terhiris Oleh Rentapan Emosi Kesakitan,
Tanpa Diduga Minda Bawah Sedar Mengambil Kesempatan,
Aku Robekkan Hati Insan-Insan Kesayangan,
Kelelahan Aku Tersakitkan Mereka Ya Tuhan,
MAAF Aku Tidak Sengaja Kau Lebih Ketahuan,
Aku Tersepit Dicelah Dua Penganiayaan,
Ketidaksedaran, Jiwa Aku Berantakan,
Aku Pergi Menjauh Untuk Mencari Ketenangan,
Di Lembah Asal Tempat Aku Diajar Erti Kehidupan,
Kuharap Kembali Ku Ke Daerah Penuh Pengharapan,
Imam Yang Empat, Kesabarannya Menjadi Ikutan,
YA TUHAN, Kau Tempat Aku Mengadu Kasihan,
Semoga Aku Tidak Terus Kelemasan,
Dibawa Arus Ketidakmatangan Fikiran,
Jauhkan Dari Fitnah Dan Kesumat Kejahatan,
Yang Melingkari Jari-Jari Kekuasaan,
Demi Kasih Kalimah 786 KAU Hamparkan,
Dapatku Bernaung Memohon Pertolongan,
Moga Kebencian Menjadi Kebahagiaan,
Moga Kesedihan Menjadi Kegembiraan,
DEMI ZAT MU YA TUHAN,
KAU Mampu Mencipta Sebuah Ceritera Pelbagai Pengakhiran,
KAU Pemilik Insan Juga Alam Kehidupan,
Bantulah Aku Dengan Petunjuk Hidayahmu,
Semoga Aku Menjadi Insan Yang Lebih Sempurna.. Insya'allah..
Ammiiinnn.. Ammiiinnn.. Yaa Robbal Alamiinnn...

12 November 2012

CUTI SELANG-SELI... APE KES?? HEHE2..

Hari ini aku balik kerja lewat seperti biasa, sampai umah jam 6.30 petang adalah lumrah bagi aku. Tapi macam biasa pas sampai umah terus siap nak main takraw bersama kengkawan aku depan kawasan rumah aku. Tapi bukan itu yang hendak aku cakapkan juz nak bagitahu bahawa esok cuti je.. haha2..

Esok aku rasa memang menjadi satu hari yang penting bagi aku, bukan sebab hari raya Depavali tapi sebab aku offday!! haha2.. bukan mudah nak dapat cuti tambahan berselang seli plak tu.. aku pun dah awal2 lagi apply cuti untuk balik kampung sb abang aku pun dah nak melangsungkan majlis perkahwinan beliau. Maybe hari jumaat baru aku blah balik kampung. Isnin aku kerja, selasa (esok hari cuti sebab perayaan depavali), rabu kerja, khamis (awal muharam) dan jumaat aku holiday!! wakakahh.. bestnya.. tak sabar plak nak menikmati udara segar dikampung! bila dapat balik ni? isk2 tak sabarnya...

Aku harap cuti yang aku dapat, boleh merealeasekan masalah aku yang tak habis2 ni, hope ada penyelesaian dalam meniti hari2 mendatang.. KAMPUNG!! Tunggu Aku!! HAHA2...

AKU MAAFKAN KAMU!!

Kadang-kala apa yang kita harapkan dalam hidup ini belum tentu mudah untuk kita perolehi, pelbagai rintangan dan halangan terpaksa ditempuhi. Dugaan dan cabaran silih berganti menguji kesabaran dan kekuatan emosi dalam memenangi sesuatu permasalahan itu. Aku antara ribuan manusia yang mudah terikut emosi dan percayalah itu bukan kemahuan aku. Aku bukan mahu menjadi orang yang mudah melenting dan hilang pertimbangan dalam melontarkan sebarang kata-kata namun siapa mampu menahan kemarahan andai teruji berkali-kali?.

Seringkali terlihat oleh raut wajahku hanya kecerian semata-mata namun tak siapa menyangka apa yang aku simpan dalam hati ini. Segala yang aku pendamkan tak mungkin terluah lagi kerana apa yang berlaku pada aku biarlah aku sahaja yang tanggung sendiri. Letih dengan pelbagai soalan yang sering membuatkan fikiran ini buntu dalam memberikan jawapan yang bernas. Wahai kawan-kawanku, seandainya aku mampu meluahkan isi hati ini adakah kamu semua akan faham dan mampu membantu aku? TIDAK! sebab tiada siapa mampu membantu aku dikala ini, cuma ALLAH S.W.T sahaja tempat aku bergantung harap kini dan selamanya.

Malam ini menjadi saksi bahawa aku telah menjadi insan yang mudah ditewaskan oleh emosi dan kemarahanku sendiri, Ya!! memang aku lemah, namun perlukah aku terus menjadi lemah dengan dugaan ini? YA TUHANKU!! Bantulah aku! saat dan ketika ini aku rasa bagai lemah tak bermaya, terasa bagai jantungku terhenti berdegup dan berdenyut. Andainya aku pergi janganlah dibawa kesedihan itu bersamaku, biarlah apa yang berlaku hilang saat lena mengulit malam-malamku. AKU MAAFKAN KAMU!! Mungkin itu mampu mengubah aku menjadi lebih baik dari diri aku yang sebelum ini. Tiap malam yang akan ku lalui akan ku ucapkan kalimah itu.. AKU MAAFKAN KAMU!!