11 Ogos 2011

RAMADHAN DATANG LAGI



Alhamdulillah.. Ramadhan datang lagi, bulan yang penuh dengan keberkatan ini sudi lagi menjengah kita untuk yang kesekian kalinya. Pernahkah kita bertanya pada diri ini adakah kita mempelajari sesuatu pada Ramadhan yang lalu dan berapa ramai daripada kita mengambil iktibar daripadanya. Kini Ramadhan kembali dalam keadaan yang nampak sama pada zahirnya tapi pada pengisiannya jauh berbeza. Kedatangan bulan ini mungkin bagi orang lain adalah seperti tahun-tahun yang sudah, menjalani rutin puasa disiang hari dan makan pada malamnya tetapi bagi orang yang sentiasa mengingati dan menjalani ibadah dengan penuh tekun dan sabar menganggap bulan ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan amalan kebaikan yang perlu diperbanyakkan lagi, misalannya kalau dibulan-bulan yang lain amalan solat sunat jarang dilakukan tetapi pada bulan ini amalan itu diperbanyakkan. Ada juga yang beranggapan bulan ini seperti yang sudah-sudah, rutinya adalah sama dan biasa sahaja dan tak lari dari perbuatan tahun-tahun yang lepas, tetapi pernahkah insan seperti kita mengkaji dan memahami maksud berpuasa itu dari sudut yang berbeza. Pejam celik pejam celik hari ini dah masuk hari ke 11 Ramadhan 1432Hijrah bersamaan 11hb Ogos 2011 Masihi. Terasa macam cepat sahaja masa berlalu pergi, kadang-kadang kita bagai tak terasa masa itu berlalu begitu pantas. Benar kata pepatah lama "Masa Itu Emas" kerana ianya terlalu bernilai, masa tadak mungkin dapat diundur kembali. Dikesempatan ini aku mengucapkan Selamat menjadi Ibadah puasa dengan penuh tawaduk dan bersederhana. Semoga bulan yang penuh keberkatan ini memberikan kita seribu satu peluang memperbaiki diri dari dalam dan luar. Iman dan taqwa perlu kita pertingkatkan agar tidak mudah diresapi sebarang anasir2 luar yang lebih suka kita menjadi insan yang terlalu mengikut dan menyanjungi duniawi melebihi akhirat. Dibulan ini sama-samalah kita memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang dah lama kita tinggalkan. Selain bersolat Terawih, Witir apalah salahnya kita melakukan solat Taubat, Tahajud dan sebagainya disepertiga malam dibulan penuh berkat ini. Semoga bersamalah kita memperolehi manfaat dan pengajaran berguna untuk semua.

 '⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.  
   ⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥
 
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak 2011M Bersamaan 1432 H. Semoga Dapatlah Bersama2 Kita Menguatkan Iman, Menambahkan Ilmu Pengetahuan & Memperbanyakkan Amal Ibadat. Salam Ibadah & Salam Taqwa Untuk Semua.. =)



27 Mei 2011

MENGGUNAKAN CUTI SEKOLAH DENGAN BIJAK



Sepanjang minggu cuti persekolahan yang akan bermula esok, pasti ada sahaja perancangan dan aktiviti menarik yang hendak dilakukan bersama keluarga tersayang. Pelbagai destinasi mula bermain-main dikotak fikiran kita, bagi yang berkemampuan pasti destinasi luar negara dan dalam negara menjadi pilihan. Bagi orang-orang kebanyakan macam kita ini sekadar aktiviti riadah seperti memancing atau berjalan-jalan di Zoo negara sudah menjadi satu kelaziman. Tidak kiralah apapun juga yang pasti apa yang dilakukan bukan merenggangkan tetapi semakin merapatkan ukhwah dan ikatan kekeluargaan kita. Dikesempatan inilah untuk kita membawa anak-anak bercuti ditempat-tempat menarik dan melakukan riadah serta aktiviti bersama-sama. Bagaimana pula dengan anda, adakah masih sibuk dengan kerja sehingga lupa pada yang tersayang atau menggunakan cuti persekolahan ini sebaik mungkin. Kasih sayang akan mudah terbentuk dari perkongsian idea dalam menjalani cuti persekolah ini. Anak-anak akan terasa disayangi apabila kita dapat mengambil barang satu atau dua hari untuk melayani kerenah anak-anak kita yang semakin menginjak usia dewasa. Minggu-minggu cuti persekolahan juga pelbagai jemputan dan majlis perkahwinan bakal dilangsungkan dan aku dengan besar hati mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' kepada semua sahabat-sahabat aku dan kepada mereka-mereka yang menggunakan cuti ini untuk menyatukan hati dan kasih sayang masing-masing.




TRAGEDI MENYAYAT HATI



Sekali lagi MALAYSIA dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh. Kejadia terbaru adalah di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, SELANGOR. Kejadian yang berlaku pada sabtu lalu iaitu 21hb Mei 2011 telah mengakibatkan 16 nyawa tidak berdosa terkorban manakala 9 lagi mangsa sedang dirawat dibeberapa buah Hospital. Kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku dan adakah kita mahu ia terus berlaku. Masyarakat kita yang prihatin sentiasa mengharapkan biarlah ini semua menjadi yang terakhir namun apa jua yang kita rancangkan ALLAH SWT yang menentukan. Tetapi kita sebenarnya mampu mengelakkan tragedi seumpama ini berulang dan terus berulang, pihak2 yang berkepakaran rasanya telah banyak mengusulkan pelbagai bentuk cadangan, langkah, dan pemantauan namun hanya itukah yang mampu dilakukan. Manakah pelan dan tindakan wajar yang seharusnya kita aplikasikan dan jadikan semua yang dirancang sebagai satu bentuk realiti bukannya sekadar satu fantasi. Kejadian2 seumpama ini sentiasa dilihat sebagai isu2 semasa dan bersifat sementara dan setiap tindakan dilakukan hanyalah bak 'Hangat2 Tahi Ayam'. Semua yang dicanang hanya sekadar berlegar dibibir semasa kejadian masih lagi 'Panas' dan semakin dilupakan apabila ia berlalu dan reda. Pihak berwajib perlu peka dan tidak memandang enteng apabila sesuatu aduan dibuat oleh masyarakat atau penduduk setempat. Tindakan cepat dan pantas dalam mengkaji dan mencari penyelesaian akan masalah yang timbul akan dapat mengelakkan nyawa yang menjadi korban. Mereka2 yang ditugaskan mengawal dan menguruskan pembangunan dikawasan tanah tinggi ataupun lereng2 bukit juga sepatutnya lebih prihatin serta mengambil langkah dan tindakan awal pencegahan dan pengawalan bukanlah pemulihan sesudah berlakunya sesuatu tragedi.

* P/S: Antara GAMBAR2 berkaitan kejadian ini..







20 Mei 2011

PENANGAN MAHARAJA LAWAK



Sekarang ni dah masuk 8 minggu MAHARAJA LAWAK bersiaran di kaca TV kita di saluran ASTRO WARNA (Channel 132). Tema yang diketengahkan pada minggu ni adalah STAND-UP COMEDY. Selama 8 Minggu bersiaran kita dapat saksikan pelbagai lawak jenaka yang dipertontonkan, ada yang berkualiti dan ada yang biasa2 dan sekadar tangkap muat sahaja. Tentu sahaja bila tibanya Hari Jumaat Jam 10 Malam pasti seisi rumah serta kaum keluarga dan sanak saudara berkumpul untuk diceriakan dengan pelbagai cerita2 komedi dan lawak2 menarik. Setakat ini penjurian daripada penonton adalah tepat dan betul. Pelawak2 yang dikeluarkan pada minggu2 sebelum ini sebenarnya langsung tidak menepati piawaian dan citarasa penonton Malaysia. Sebenarnya dari sudut positif Maharaja Lawak berjaya menyatukan kita semua dari pelbagai lapisan masyarakat tak kira yang tua mahupun yang muda. Dikesempatan inilah seharusnya kita gunakan untuk kita rapatkan perhubungan sesama kita diantara seisi keluarga, sanak saudara serta rakan taulan. Sekian.

* P/S: Antara GAMBAR2 Peserta Maharaja Lawak Dan Kalendar Maharaja Lawak 2011..




05 Mac 2011

BILA KITA DIPERLUKAN

Ntah ape-ape ntah sikap sesetengah daripada kita nie.. bukan ape, kadang-kala aku naik menyampah dan jelak dengan sikap sesetengah mereka yang hanya mengharapkan pihak lain menyelesaikan masalah yang sepatutnya milik mereka dan membiarkan pihak yang satu lagi terpaksa bersusah-payah berikhtiar cara bagaimana menyelesaikan hal2 tersebut. Mana fungsi dan peranan sebenar mereka ini? adakah mereka hanya makan gaji buta semata2 tanpa ada rasa sedikit perasaan bersalah? adakah sudah luput dan hilang perasaan ingin membantu insan2 yang dalam kesusahan?. Mereka yang sepatutnya diberi tanggungjawab membantu orang yang dalam kesusahan ini bolehlah dikategorikan sebagai terlalu mementingkan diri semata-mata tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Tidak sedarkah mereka akan tanggungjawab itu, apakah kepentingan peribadi mengatasi segalanya? Sepatutnya mereka sentiasa bersedia bila2 masa sahaja menghulurkan bantuan dalam membantu insan2 lain yang terlalu mengharapkan pertolongan itu datang kepada mereka. Walaupun kita mungkin tidak mampu membantu dari segi perbidanan bantulah dari segi kenderaan.. susahkah untuk kita berusaha sedikit membantu orang lain? Mana perginya rasa tanggungjawab terhadap orang lain yang bagi aku sebenarnya itu semua adalah kerja mereka2 ini. Mereka kadangkala rasa selesa dengan apa yang mereka ada dan kecapi, tetapi bagi aku mereka sebenarnya alpa dan lalai dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Cara layanan mereka terutamanya apabila menyambut panggilan yang diberikan menunjukkan betapa rendahnya tahap pemikiran mereka seterusnya menunjukkan cara mereka bekerja yang kononnya efisyen dan sistematik adalah hancusss!!. Minta maaflah yee..  bagi aku itu semua hanyalah retorik semata dan aku percaya corak dan cara kerja mereka seakan longgar dan serabut  Tertanya juga aku kemana hilangnya misi dan visi yang diperjuangkan mereka2 ini.. Mesti ada pembaca blog aku nie yang tertanya2 apa cerita yang aku nak sampaikan ini. Sebenarnya aku ingin berkongsi sedikit rasa bengang dan terkilan dengan sikap sesetengah daripada kita yang 'buat dek' BILA KITA DIPERLUKAN.. apa yang aku cerita ini adalah perkara sebenar dan realiti yang aku dan rakan2 aku alami semalam. Sakit hati, menyampah dan sebagainya bermain dihati dan fifkiran aku. Aku betul2 jadi muak dengan sikap mereka2 terutamyan individu ynag sepatutnya menjalankan amanah yang diberi oleh ALLAH S.W.T dengan ikhlas tetapi mementingkan rasa diri sendiri.. alasan mengantok, letih, tidak bekerja, tidak stand-by, tiada peruntukan dan sebagainya hanyalah satu alasan untuk tidak membantu orang lain. Apalah salah kiranya kalau kita tak mampu membantu dari sudut lain cubalah untuk membantu dengan cara yang lain pula? apakah bantuan hanya semata2 kudrat? Apalah salah kiranya mereka ini menghubungi rakan2 yang lain yang tugas sama seperti mereka membantu orang lain. Walaupun bukan aku yang berada disituasi genting dan bermasalah itu tetapi aku turut merasai kegelisahan waktu itu.Keadaan aku dan rakan2 yang lain ini adalah antara sebahagian lumrah yang aku rasa pasti pernah dirasai dan ditempuhi oleh anda semua kan?. Wahai orang2 yang diberi amanah dan tanggungjawab, sudah lupakah anda dengan semua itu? Kalau anda rasa waktu kerja anda sudah habis perlukah anda duduk diam semata2 dirumah dan hanya asyik dibuai oleh mimpi yang indah2 sehingga terlupa anda sepatutnya membantu orang yang dalam kesusahan? Anda mungkin  tidak merasa apa kerana mungkin sekarang anda senang tetapi ingatlah bila datang susah baru anda mengerti maksud aku ini. Kepada semua pembaca blog ini, sebenarnya bukan niat aku nak salahkan pihak2 lain cuma aku rasa sepatutnya kita ada tanggungjawab masing2 didunia ini. Aku cuma rasa terkilan yang teramat sangat. Mungkin bagi sesetengah orang perkara itu adalah remeh namun kita kena lihat dari sudut yang berbeza. Aku membebel ini bukanlah kerana perkara yang sia2 tetapi kerana hal yang sekecil ini mampu menjadi hal yang berakhir dengan tragedi. Bagi akulah apa yang dilakukan oleh mereka2 ini terutamanya individu tersebut secara tidak lansung telah merosakkan imej seluruh  organisasi berkenaan. Bak kata pepatah 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'. Apa yang aku ceritakan ini adalah berkenaan seorang Ibu yang ingin melahirkan anaknya namun tiada kenderaan untuk dinaiki, salah seorang jirannya telah menghubungi aku daan rakan2 aku meminta aku menghubungi ambulan secepat mungkin kerana jirannya sakit perut dipercayai akan melahirkan seorang anak. Jirannya itu tiada kenderaan dan tidak tahu nombor telefon ambulan. Kalau diikutkan hati mahu saja aku dan rakan2 ke tempat kejadian secepat mungkin tetapi kerana memikirkan keadaan aku dan rakan2 yang sedang bekerja tiada kepakaran dalam bidang tersebut maka aku dan rakan2 telah menghubungi pihak yang sepatutnya. Namun seperti yang aku katakan apabila sahaja menghubungi, mereka2 tersebut mengatakan sesuatu yang menyakitkan hati. Kerana terasa akan tanggungjawab maka rakan2ku mengatakan kesediaan membantu untuk menghantar si Ibu tersebut ke Hospital berdekatan. Namun kerana agak lambat bantuan diberikan dan memandangkan situasi si Ibu yang betul2 sarat mengandung akhirnya si Ibu tapi telah selamat melahirkan anak perempuan beliau di rumah. Kerana tiada pengalaman maka aku dan rakan2 menghubungi pihak yang sepatutnya dan akhirnya mereka datang menghulurkan bantuan. Itupun setelah Ibu tersebut selamat melahirkan anak beliau. Apapun ucapan TERIMA KASIH kepada pihak ambulan daripada Hospital kerana sanggup datang dari jauh untuk membantu sedangkan pihak yang dekat hanya membiarkan seituasi ini berlaku. Sebenarnya cubalah kita lihat dari sudut berbeza dan bayangkanlah situasi seandainya si Ibu itu tadi mati ketika ingin melahirkan anaknya dirumah siapakah yang harus dipersalahkan? jiran tetangga? suami beliau? atau pihak2 berkenaan?. Tepuklah dada tanyalah Iman.. semoga mereka yang celik mata tetapi buta hatinya ini mendapat taufiq dan hidayah daripada ALLAH S.W.T.. serta mereka yang asyik dengan dunia sehingga melupakan tanggungjawab kepada orang lain berubah. Sekian.

03 Mac 2011

ULANG SIARAN CERITA YANG SAMA

Isk2.. kadang kala aku naik menyampah dan rasa meluat sesangat2.. bukan ape, hari2 aku dihadapkan dengan cerita yang sama je, kalau takpun dalam sebulan dua mesti ulang balik cerita tue.. macam dah takde modal nak beli cerita baru? aku bukannya ape ada masanya bile balik kerja nak juga tengok cerita yang belum aku pernah tengok. Sudah laa kena bayar seratus lebih setiap bulan tapi bile disajikan dengan cerita sama mesti timbul perasaan bosan kan? aku rasa semua penonton pun akan rasa ape yang aku rasa. Kadang kala aku rasa hangin je.. kecik je aku tengok!! (hehe2.. tanda mare le tue..) Kalau ada siaran lain yang lebih baik daripada siaran stesen TV nie mesti aku akan pilih punyelah.. aku bukan ape, boleh dikatakan hampir kesemua pakej ditawarkan oleh stesen TV ini aku dan isteri dah pun ambil. Saluran2 yang dulu free dan sekarang kena bayar pun aku ambil juga, ini tak termasuk dengan Beyond HD yang aku pasang beberapa bulan lepas. Tapi aku tengok prestasi macam dulu juga, asyik makan duit je tapi perkhidmatan yang ditawarkan tidak seberapa sangat, alaa kadar je.. time hujan pun sama je.. mesti out of services?? hmm.. apa laa nak jadi kan? kita sebagai pengguna kenalah terima sebab itu je pilihan yang ada saluran 24jam setiap hari, tujuh hari seminggu kan?. Sekarang nie sejak masuk tahun 2011 nie aku check bil bulanan macam makin tinggi sket, rupa2nya ada pertambahan duit kena bayar yang tak lain tak bukan bayaran perkhidmatan.Itulah yang buat aku pelik kenapa ada bayaran perkhidmatan plak? dan ini secara tak langsung membuatkan makin banyak saluran yang kita ambil makin tinggi laa pengguna kena tanggung.. aku rasa tak adil bagi pengguna sebab sepatutnya bayaran perkhidmatan tue pihak stesen TV tue laa yang kena bayar dan settlekan bukannya pengguna yang tanggung bebanan?

02 Mac 2011

SALAM PEMBUKA KATA..





ASSALAMMUALAIKUM W.B.T..

Alhamdulillah.. Akhirnya hampir siap juga blog yang aku cuba buat nie.. (sebenarnya baru 40% je.. hehe). walaupun aku entah satu haram pun tak tahu pasal nak berBLOGing nie, aku still kuatkan semangat untuk cuba buat apa yang termampu. Tapi kalau aku tak boleh buat langsung, dan dalam kebuntuan akal rasanya aku akan cuba mencari sesiapa yang mahir dalam perisian blog nie. Sebenarnya aku dah lama rasa macam nak melakukan sesuatu untuk dikongsikan bersama sahabat2 yang mengikuti blog aku nie tentang pelbagai isu. Insya'allah.. andainya blog aku nie siap 100% kelak aku akan cuba menjadi seorang BLOGERS yang beretika dalam penulisan dan mencuba untuk tidak menyentuh sebarang isu2 sensitif. Andai aku ada salah dan silap ketika melakukan sebarang bentuk penulisan yang mungkin korang rasa menyakitkan hati atau ape2 sajelah, aku minta korang tolong tegur aku tetapi mestilah dengan cara yang berhemah yeaa tak??.. hehe2.. =p