27 Mei 2011

MENGGUNAKAN CUTI SEKOLAH DENGAN BIJAK



Sepanjang minggu cuti persekolahan yang akan bermula esok, pasti ada sahaja perancangan dan aktiviti menarik yang hendak dilakukan bersama keluarga tersayang. Pelbagai destinasi mula bermain-main dikotak fikiran kita, bagi yang berkemampuan pasti destinasi luar negara dan dalam negara menjadi pilihan. Bagi orang-orang kebanyakan macam kita ini sekadar aktiviti riadah seperti memancing atau berjalan-jalan di Zoo negara sudah menjadi satu kelaziman. Tidak kiralah apapun juga yang pasti apa yang dilakukan bukan merenggangkan tetapi semakin merapatkan ukhwah dan ikatan kekeluargaan kita. Dikesempatan inilah untuk kita membawa anak-anak bercuti ditempat-tempat menarik dan melakukan riadah serta aktiviti bersama-sama. Bagaimana pula dengan anda, adakah masih sibuk dengan kerja sehingga lupa pada yang tersayang atau menggunakan cuti persekolahan ini sebaik mungkin. Kasih sayang akan mudah terbentuk dari perkongsian idea dalam menjalani cuti persekolah ini. Anak-anak akan terasa disayangi apabila kita dapat mengambil barang satu atau dua hari untuk melayani kerenah anak-anak kita yang semakin menginjak usia dewasa. Minggu-minggu cuti persekolahan juga pelbagai jemputan dan majlis perkahwinan bakal dilangsungkan dan aku dengan besar hati mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' kepada semua sahabat-sahabat aku dan kepada mereka-mereka yang menggunakan cuti ini untuk menyatukan hati dan kasih sayang masing-masing.




Tiada ulasan: