24 Mac 2016

APA YANG TERBUKU (EMOSI KETERLALUAN)

Nampak lain macam posting aku kali ni kan? Huhu2.. 😧 tapi inilah kejadian yang menyentap dan boleh katakan jadi mainan propaganda secara tak langsung mengganggu jauh ke dalam lubuk hati aku yang paling dalam.. peerrgghh.. 😝

Wanita.. Oohh.. Wanita.. dengan wajah cantik, tulisan mengharapkan simpati dengan lakaran dan jalan cerita penuh melodrama dengan disajikan beserta ramuan tipu muslihat dan perasa kesedihan membuatkan sesiapa mudah menaruh simpati walhal realiti adalah sebaliknya.. puiihhh!! Benarlah kata2 orang bijak pandai, "..wanita dan airmata berpisah tiada.." dan "..airmata senjata ampuh seorang wanita.."

Maaf.. jangan ada plak wanita kat luar sana 'TERSENTAP' plak? Aku tak maksudkan korang2 kat luar sana cuma aku bercakap pasal seekor makhluk ni yang secara tak langsung dah jejaskan reputasi aku dengan cara paling biadap demi meraih sebuah simpati dan empati dalam cara yang cukup licik.. puiihhh!!

Mengapa disebalik kebaikan itu dibalas dengan kata2 penuh fitnah? Mengapa demi menutup kesalahan diri menjadikan orang lain dan membuatkan seolah2 wujud keadaan si mangsa dan pemangsa?

Mengapa apabila kita mengutuk orang lain kita tanpa perasaan bersalah mengharapkan orang lain terima kutukan itu sekadar gurauan kasar namun apabila kita dipulangkan 'paku buah keras' tetiba kita jadi SENTAP?? kena ingatlah.. kalau taknak orang kutuk kita jangan kita mulakan dulu, jangan tunjukkan kita jenis 'Open Minded' walhal sebenarnya kita sebaliknya? Baru digelar BENDUL sudah sentap teruk sedangkan gelaran pada orang lain seperti Monyet.. Badak.. Gajah.. dah jadi mainan bibir? Apa kau fikir itu tak boleh mensentapkan orang lain? Kena bezakan gurauan kasar dan hinaan? Kalau ko labelkan orang dengan gelaran haiwan tapi dalam masa sama bila digelar Bendul boleh jadi hal? APA KES?? Hahahaha2.. 😂

Pelik2.. tapi inilah realitinya..

Teguran demi kebaikan dengan membantu apa termampu tapi dalam masa sama menghebohkan pada dunia ko sedang ditindas dengan pelbagai kerja tak munasabah, apa kau mau??? Kau lupa kot? Kami2 ni lah yang terpaksa balik malam sebab bantu ko buat kerja.. sedangkan ko 'sila panggung' dengan alasan mudah.. "..saya orang baru pwrlu tunjuk ajar.."

Agak2 ko duduk kerja sini berapa lama? Sehari? Seminggu? Sebulan? Tak kan ni dah dekat berbulan2 takkan kerja mudah perlukan 'guide' untuk settlekan? Ada masa bila malas dan takde mood ko tak masuk kerja pun? Tapi ada ko cerita? Hal2 lain yang kami2 ni orang2 lama cover ada ko cakap terima kasih? NO! sekarang tanya balik diri sendiri siapa pentingkan diri? Siapa tak bertanggungjawab? Siapa yang tak bantu bila tak tau?

"..tepuk dada tanyalah Iman.."

Aku menulis ni sekadar meluahkan rasa geram teramat sangat. Mudah betul orang lain mendengar cerita satu pihak dan menyalahkan pihak satu lagi dengan alasan "..wanita kaum lemah, perku bantu.." dan "..jangalah ada diskriminasi gender?.."

Apa punya statement ni sis??

Satu je aku nak cakap kat orang2 macam ni.. "..ko pi tengok cermin, tanya diri sendiri aku ni BENDUL ke BANGANG??.."

Pastu kalau ko tanya aku balik..

Aku just nak jawab.. "..KAU RASE??.."

07 Februari 2016

RUMAH BARU

Alhamdulillah.. setelah melalui pelbagai dugaan dan bermacam ragam tak kiralah dari pihak atasan aku hinggalah kepada bahagian perbendaharaan serta bahagian perumahan, akhirnya tercapai juga hasrat dan impian aku nak memiliki sebuah rumah sendiri. Hampir setahun lebih aku terpaksa tunggu, borang2 serta duit ringgit terpaksa laburkan utk bayar peguam dan sebagainya.

Apapun aku bersyukur kepada ALLAH S.W.T. kerana dengam izinnya dapat aku sejambak kunci untuk aku melangkah masuk ke dalam rumah yang berkeluasan 20' x 82'. Berkat doa seorang ibu serta nasihat ayah supaya aku mengambil rumah ini untuk dijadikan aset, mana mungkin akan aku abaikan. Walaupun dengan gaji begini aku kena kuat dah kena bijak dan pandai dalam menguruskan perbelanjaan yang mendatang.

In shaa ALLAH.. kalau tiada aral melintang esok pagi2 aku akan memasang grill untuk pintu.. tingkap.. dll tempat yang sewajarnya diletakk progr

18 Mei 2015

LAMA TAK MENULIS

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.. maaf lama dah tak menulis. Kesibukan saban hari membataskan menulis di Blog ini. Almaklumlah sekarang pun semua sudah kurang untuk layan Blog, sebab yang mudah tentulah melalui aplikasi Whatapps.. Facebook.. yang lain-lain seperti Instagram.. Twitter.. Wechat.. hanya sebahagian sahaja yang menggunakannya. Aku seperti biasa lebih banyak melayan Whatapps dan Facebook kerana lebih mudah dan banyak group dalam kedua-dua aplikasi tersebut.

Hari ini juga kesibukan masih lagi melanda kehidupan seharian aku. Kerja.. kerja.. dan kerja.. sampai adalah yang menyampah tengok aku macam ni. Hehe2.. bukan niat nak menunjuk atau apa aku rasa tanggungjawab aku untuk mengaturkan program dan sebagainya. LETIH?? itu sudah semestinya.. masa bersama keluarga terutamanya anakanda kesayangan aku sudah kurang. Bulan ini sahaja aku sudah non stop kerja.. sabtu ahad pun balun kerja. Letih itu biasa.. dan memang terbiasa. Aku rasa tak lengkap tanpa kerja. Hidup rasa sunyi je.. aceh2.. sori2.. over plak.. 

Tapi sekejap tadi adalah kakak sekerja aku menegur.. "kerja sampai mati pun tak habis.. dah settle satu.. satu lagi muncul.. bulan depan.. tahun depan.. yang sama kita kena buat.. masa untuk keluarga itu paling penting". Tiba-tiba plak jantung aku terhenti. Tersentak sekejap aku. Betul juga, aku rasa macam dah mengabaikan si kecik tu. Setiap pagi hantar pi sekolah tadika.. petang atau malam baru ambil dari umah pengasuh. Ada masanya sampai budak tu tido laa umah pengasuh sebab kesibukan aku. Bila balik malam dia dah kurang mood nak cakap. Uhmmm.. sedih tu memang ada. Tapi banyak sebab aku buat macam tu. Aku pun sekarang ni tengah rikie tempat percutian dalam internet. Mana tau ada tempat menarik. Ikut bajet laa.. bawa cuti dalam negara sudah. In Shaa ALLAH.. doa2kan supaya aku dapat cari tempat menarik dan bercuti bersama anakanda tersayang k? Huhu2.. k ar sayang korang.. Assalammulaikum.. 

15 Disember 2013

REHATKAN MINDA

Assalammualaikum semua.. lama rasanya tak menulis disini, banyak benda nak difikirkan sampai blog ni tak termasuk dlm kepala utk difikirkan.. huhu2..

Aku sekarang ada dikampung. Beberapa hari sebelum ni aku ada fikirkan nak balik kesini.. tahun yang cukup mencabar utk aku dan buatkan aku rasa otak aku perlu rehat seketika sebelum tahun baru menjelma.

Bila minda dah penat fizikal pun turut sama rasa letih teramat sgt. Aku pun baru sampai petang tadi kesini, semoga seminggu percutian aku ni akan digunakan sebaik2nya utk menenangkan fikiran dan merehatkan badan yang letih.

Ok laa.. sampai sini saja catatan aku hari ni.. esok lusa aku sambung k?

Salam sayang utk semua..

18 April 2013

AKU DAN KERJA

Assalammualaikum semua..

Rasanya dah lama aku tak menyentuh keyboard ni untuk menaip perkara2 merapu kat dalam Blog ni dan dalam FB aku sendiri?? Haha2.. rasa macam klakar pun ada? almaklumlah.. sebelum ni kalau sehari aku tak buka FB atau BLOG mahu menggigil dibuatnya tapi mungkin kerana sibuk dengan tugasan harian yang lebih memerlukan aku untuk berada disitu maka sehari demi sehari aku dapat mengatasi masalah aku tu!

KERJA?? uhhmm.. ada masanya memang memenatkan namun aku rasa best sangat sebab dapat jumpa pelbagai orang dan pelbagai aneka ragam yang menggeletek hati aku. Malam ni tadi aku baru sahaja habis selesai ikut big boss aku buat majlis makan malam bersama agensi2 setempat. Ok laa, dapat juga aku kenal beberapa individu penting daerah aku dan ada yang aku kenal semakin rapat.. hehe2.. rapat ker?? wakakahh.. dalam sesibuk aku melaksanakan kerja ada yang membuat aku rasa best dan menyampah.. namun banyak perkara yang mematangkan aku untuk lebih maju ke hadapan.

TERIMA KASIH pada pakar2 kaunseling tak bertauliah yang sering meng 'lecture' aku setiap hari supaya sentiasa berfikiran positif?? huhu2.. boleh ker?? tapi nak buat macam mana? kena cakap ye.. yaa.. yaaaa.. haha2... angguk2.. geleng2.. akhirnya.. nasib2..

Pagi semalam aku sibuk dengan tugasan jadi juruletih untuk program sekolah.. pagi ni nanti bersambung untuk hari kedua.. dah namanya kerja.. maka setiap hari mengadap kerja laa kan?? kita ni kuli bukan boss jadi kena kerja selagi terdaya kan? petang esok dengan program untuk penugasan sempena Pilihan Raya Ke-13 yang semakin menghampiri.. tau2 sajelah.. PENAMAAN CALON adalah pada 20HB APRIL 2013 maka banyak perkara kena dibincangkan untuk mengelakkan perkara2 tidak diingini berlaku.. aku just sekadar orang bawahan menurut arahan memastikan keamanan negara namun bagi aku tanpa semangat cintakan negara daripada semua pihak dari pelbagai lapisan masyarakat tentu susah untuk mengekalkan keamanan yang sedia ada.

Kita kena beringat takkan kita mahu membiarkan Tragedi LAHAD DATU kembali menghantui kita? tanpa semangat cintakan negara sukar untuk kita mengekalkan kesejahteraan yang sekian lama kita nikmati ni. Hope 20HB ni berlangsung dalam keadaan aman tenteram..

Ok laa.. nampaknya macam aku dah melalut ke perkara lain plak? ingat nak citer pasal lama tak buka FB tapi dah jadi perkara lain plak.. k ar.. semoga anda semua sejahtera hendaknya!! salam sayang!!

23 November 2012

ALHAMDULILLAH..

Alhamdulillah, petang tadi aku dapat perkhabaran baik daripada seorang rakan yang menguruskan hal berkaitan tindakan tatatertib yang akan dikenakan kepadaku. Segalanya berjalan lancar dan aku dibebaskan daripada kesalahan yang memang bukan kesalahanku namun ada pihak cuba menangguk di air yang keruh dengan cuba merosakkan reputasiku dan sengaja cuba menjahanamkan karier aku. Takpe, akhirnya semuanya dah terbukti bahawa aku tidak bersalah. Apapun aku ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang menyelamatkan aku dari terkena tuduhan liar tersebut. Biarpun aku berhadapan dengan dugaan ini namun aku bersyukur kerana ada pihak sedaya upaya membantu aku. Disinilah aku dapat menilai mana sabahat sejati mana sahabat dikala gembira. Segalanya sudah selesai namun aku masih ada tugas untuk dilaksanakan, aku perlukan kepercayaan dalam melaksanakan tugas-tugas harianku. Kawan-kawanku yang bersamaku hilang dan langsung tak tanya khabar berita padaku hanya memerhati dan membiarkan aku terkapai-kapai menepis segala tohmahan tanpa ada yang mengakui kesilapan itu berpunca dari diri mereka yang lalai dan menyebabkan aku secara tidak langsung menjadi kambing hitam untuk disalahkan. Yang membuatkan aku rasa terkilan dan kesal kenapa mereka yang benar-benar bersalah tidak diambil tindakan? sedangkan aku secara tanpa usul periksa terus dijatuhkan hukuman bersalah? takpe, mungkin ada hikmahnya.. aku hanya perlu bersabar, Insya'allah.. kesabaranku nanti akan terbalas.

SAJAK DOAKU UNTUK PALESTIN

Sudah Pekakkah Kita Mendengar Cerita Disana?
Sudah Butakah Kita Melihat Kekejaman Yang Ada?
Atau Adakah Kita Anggap Itu Kisah Biasa-Biasa,
Yang Setiap Hari Tiada Apa Yang Berbeda,
Kemana Hilang Pancaindera Kurnian Tuhan,
Kita Sekadar Memerhati, Mengutuk Jauh Dari Tepian,
Itu Lagi Elok Sekadar Membutakan Hati,
Mana Doa Pada Saudara Kita Disana,

Mana Hilangnya Rasa Simpati Pada Mereka,
Apakah Kita Sekadar Rela Bertelangah Sesama Kita,
Sehingga Lupa Ada Yang Perlukan Perhatian Kita,
Doalah Untuk Kesejahteraan Pada Sesama Muslim,
Itu Lagi Bernilai Dari Menjahanamkan Sesama Sendiri,
Apakah Tiada Nilai Jiwa Di GAZA,
Adakah Mereka Bagai Patung Tak Bernyawa,
Diperlaku Seumpama Tiada Harga,
Kemana Hilangnya Mereka Yang Lagak Berkuasa,
Senyap Membisu, Buta Mata Hati, Tiada Simpati Rasa,
Yang Mengaku Berkuasa Bersuka Ria, Sedang Ada Yang Menderita,
Diam Seribu Kata Kerana Sudah Dipulas Telinga,
Mengikut Tunduk, Bagai Lembu Tercucuk Hidungnya,
Bangkitlah Wahai Seluruh Bangsa Manusia,
Sekadar Aku Berkata, Kau Mengia Dan Dia Mendengar,
Tiada Guna Apa-Apa Wahai Insan,
Laknatlah Rejim Terkutuk Berdoalah Semua,
Celaan Dari Hati Setiap Yang Tertindas Jiwa,
Dipaksa Menerima Hujanan Bom Mortar,
Peluru Tiada Bermata, Kerakusan Merajai Jiwa,
Kalau Tiada Daya Untuk Menderma,
Sekadar Berdoa Itu Paling Bermakna..

"YA ALLAH!! Sebagaimana Engkau Pernah Menghantar Burung-Burung Ababil Menghancurkan Tentera Bergajah Musyrikin, Maka Kami Memohon Kepada-MU YA ALLAH!! Turunkanlah Bantuan-MU Kali Ini Kepada Umat Islam Di Palestin, Hancurkanlah Rejim Zionis Yang Kejam YA ALLAH!! Aminn..."

- SAVE PALESTINE 'Pray For Gaza' -

17 November 2012

SAJAK DIARI HATIKU

Begitu Kuat Ombak Dugaan Yang Menghempas Diriku,
Membuatkan Aku Terdampar Dimedan Pantai Derita,
Aku Merenung Kembali Sejarah Silam Kelam,
Sampai Bila Harus Aku Sekadar Tunduk Merela,
Dikiri Kanan Aku Dirempuh Dengan Ujian Kepasrahan,
Terpaksa Mengharung Walau Duri Mencalar Kesabaran,
Kerana Terhiris Oleh Rentapan Emosi Kesakitan,
Tanpa Diduga Minda Bawah Sedar Mengambil Kesempatan,
Aku Robekkan Hati Insan-Insan Kesayangan,
Kelelahan Aku Tersakitkan Mereka Ya Tuhan,
MAAF Aku Tidak Sengaja Kau Lebih Ketahuan,
Aku Tersepit Dicelah Dua Penganiayaan,
Ketidaksedaran, Jiwa Aku Berantakan,
Aku Pergi Menjauh Untuk Mencari Ketenangan,
Di Lembah Asal Tempat Aku Diajar Erti Kehidupan,
Kuharap Kembali Ku Ke Daerah Penuh Pengharapan,
Imam Yang Empat, Kesabarannya Menjadi Ikutan,
YA TUHAN, Kau Tempat Aku Mengadu Kasihan,
Semoga Aku Tidak Terus Kelemasan,
Dibawa Arus Ketidakmatangan Fikiran,
Jauhkan Dari Fitnah Dan Kesumat Kejahatan,
Yang Melingkari Jari-Jari Kekuasaan,
Demi Kasih Kalimah 786 KAU Hamparkan,
Dapatku Bernaung Memohon Pertolongan,
Moga Kebencian Menjadi Kebahagiaan,
Moga Kesedihan Menjadi Kegembiraan,
DEMI ZAT MU YA TUHAN,
KAU Mampu Mencipta Sebuah Ceritera Pelbagai Pengakhiran,
KAU Pemilik Insan Juga Alam Kehidupan,
Bantulah Aku Dengan Petunjuk Hidayahmu,
Semoga Aku Menjadi Insan Yang Lebih Sempurna.. Insya'allah..
Ammiiinnn.. Ammiiinnn.. Yaa Robbal Alamiinnn...