24 April 2012

KENANGAN

Kadang-kadang aku termangu sendiri
Mencari hakikat mengenali diri
Aku cari sesuatu yang ada dalam fikiran ini
Yang masih segar dalam memori
Masih terbayang oleh emosi
Memuntahkan kenangan yang tak luput dihati
Kekal tersemat dalam kotak mimpi
Yang terkunci utuh dalam rantaian sanubari
Aku masih menanti
Tapi adakah bakal terungkap kembali
Apakah ada sebuah ulangan cerita kita ini
Aku masih termimpi-mimpi sebuah harapan pasti
Aku masih disini
Tapi aku pasti takkan lama disini
Kerna kita semua mencari diri
Diluar kepompong sebuah tudung saji
Biarlah semuanya hanya menjadi khayalan mimpi
Untuk diulang tak mungkin terjadi
Apapun yang pasti
Biarlah ianya menjadi sebuah KENANGAN abadi..

20 April 2012

AKU INGIN CANTIK

AKU INGIN CANTIK?? Seronok juga aku tengok tajuk program AL-KULIYYAH kat TV3 ni. Perbincangan penuh berilmiah dan memberikan sesuatu maklumat yang berguna kat aku dan aku percaya ianya amat berguna untuk kita semua. Kalau kita mengubah kejadian ciptaan ALLAH SWT seperti pembedahan kosmetik, botoq dan paling berbahaya adalah susuk ianya adalah jelas HARAM!! Penggunaannya susuk bukan sahaja jelas mensyirikkan ALLAH SWT malahan bila kita dah mati nanti adalah kita nak bawa benda haram itu sekali ke dalam liang lahad?? Fikir2kanlah.. apakah untuk nampak cantik kamu kaun wanita ingin merosakkan iman dan takwamu. Cantik bagi seorang yang mengasihani kamu bukan hanya luaran semata2 tetapi apa yang ada dalam diri kamu itu sendiri. Kalau setiap wanita itu nak cantik biarlah ikut syariat dan kalau guna Jin dan Syaitan kita silap2 haribulan boleh terkeluar dari ISLAM dan tak cium bau syurga. Berkaitan rambut yang diumpamakan seperti mahkota bagi wanita apakah dengan meng'KARAT'kan rambut anda akan kelihatan lebih menawan dan nampak lebih elegan daripada yang lain?? 

MANDI PANTAI

Hari ini aku cuti, apa yang nak dilakukan? hmm.. tertiba aku teringat pasal pantai?? PANTAI?? pelik kan, tapi ntah la aku tak tahu kenapa aku teringat. Rasanya lama juga tak tengok pantai dan menghirup udara segar dipesisiran pantai yang mendamaikan itu. Aku pun dah lama tak mandi pantai, rasanya walaupun aku duduk kat Port Dickson ni dah hampir 6 tahun tapi rasanya aku mandi cuma 3 ke 4 kali sahaja. Mesti ramai gelak kat aku sebab anggap aku tak pandai guna tempat macam ni nak hiburkan hati.  

OMBAK

Berbicara aku pada pantai..
Ingin sekali aku mendengar bisikan ombakmu yang mendamaikan,
Melihat kau melakukan sesuatu yang sama berulang-kali,
Angin sepoi2 bahasa umpama pelukanmu,
Menghilangkan duka menyejukkan hatiku,
Membawaku menyelusuri Khayalan sendiri.
Wahai ombak jangan pernah sakitiku,
Kerna aku terasa ingin mendekatimu,
Apakah kau sudah terasa kuat ditengah lautan biru,
Marilah melihat salamku fitrahku,
Betapa aku merendah diri untuk bersamamu,
Jangan pernah membuatku membencimu lagi,
Aku tak mahu kau menjadi mimpi ngeri,
Wahai ombak ketika kecilmu akulah kawan sejati,
Apakah besarmu kelak akan meranapkan harapan pasti,
Wahai ombak jangan biar aku menyesali mengenalimu,
Wahai ombak jangan pernah sakitiku lagi..

17 April 2012

FILEM DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH


Bila berbicara tentang filem Malaysia bercirikan Islamik pasti ramai akan mengingati Filem Syurga Cinta. Tapi aku tak dapat menafikan sebenarnya banyak lagi filem yang sungguh bermutu diluar sana belum kita lihat dari sudut yang lain. Entah laa susah hendak diperkatakan, aku tak mahu bila berkata tentang filem luar aku akan dilabelkan sebagai pengkhianat filem tempatan. Namun ingin aku bertanya kepada pengarah dan penerbit filem tempatan adakah kita sudah betul2 membuat sebuah filem bercirikan islamik atau sengaja mencari keuntungan daripadanya semata2?? Baru2 ni aku melihat sebuah filem yang sungguh bermutu, aku sebenarnya sungguh kagum dengan produksi dari seberang ini yang telah membuat aku melihat filem bukan sekadar hanya melihat namun berfikir tentang apa yang ingin disampaikan. Aku antara Jutaan penggemar filem tempatan namun filem2 bercirikan Islamik belum mampu dihasilkan oleh penulis skrip dengan baik dan pengarah2 kita belum mampu menterjemahkan olahan skrip Islamik dari sudut yang sebenarnya. Dan kalau adapun dalam filem tersebut ianya hanya sekadar sebuah pelengkap saja dan tidak diangkat dari pelbagai sudut yang menarik. Kalau tak percaya lihatlah filem2 kita sekarang hanya menggunakan Islamik namun tidak dalam erti kata yang sebenarnya.

Baru2 ini aku melihat sebuah Filem dari seberang berjudul DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH. Alhamdulillah, filem ini bagi aku adalah setanding dengan filem2 Islamik sebelum ini dari seberang seperti AYAT-AYAT CINTA dan KETIKA CINTA BERTASBIH. Olahan filem yang menarik dan ditambah dengan lagu2 yang berpuitis mudah diterima oleh halwa telinga pendengar. Malahan juga ianya memudahkan kita untuk menghayati filem ini dengan sepenuh hati seolah2 kita berada bersama dalam filem ini. Air mata kadang-kala boleh mengalir tanpa dipaksa2. Cerita seperti inilah yang seharusnya kita contohi dan aku mengharapkan penerbit filem tahu menilainya.

Filem yang benar2 mengubah pandangan aku dan seterusnya membuatkan aku melihat filem ini bukan dari sudut jasmani namun juga dari sudut rohani. Ianya berjaya menyuntik sesuatu yang baru dalam hidup aku dengan kata2 puitis yang diucapkan dalam filem ini antaranya.. "Ingatlah, ketika kau tidak punya siapa2 selain ALLAH, ALLAH itu lebih dari cukup!".

* P/S: Lagu2 dan Filem Dibawah Lindungan Kaabah.. Saksikanlah..






16 April 2012

PROTON PREVE'


TAHNIAH diucapkan kepada pengurusan PROTON yang baru sahaja melancarkan sebuah kereta terbaru penuh dengan ciri2 unik dan termoden. Alhamdulillah, aku lihat sejak penggabungan bersama DRB HICOM ini, pengurusan Proton telah di Re-branding dan berubah menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Usaha bersungguh2 dalam menjadikan Proton sebuah syarikat yang berdaya saing ini dilihat hampir berjaya sepenuhnya dengan terbentuknya sebuah kereta baru yang sungguh dinamik dan bertaraf global. Perancangan selama 3 tahun dari pihak pengurusan Proton aku lihat tidak sia-sia kerana berjaya mengagumkan aku dan aku percaya ramai lagi pihak diluar sana terpegun dan terpesona dengan rekabentuk yang sungguh luarbiasa dan persis buatan luar negara (Macam Honda Civic). Aku percaya dengan pengeluaran PROTON PREVE' ini ianya mampu membuka lembaran baru dan menjadikan jenama Proton terkenal dan secara tidak langsung mampu membawa Proton keluar dari kepompongnya yang terdahulu dan berubah menjadi pengeluar kereta yang sungguh disegani bukan sahaja di Malaysia malahan diseluruh dunia.


Pelancaran PROTON PREVE' dengan nama awalnya P3-21a oleh YAB Dato' Sri Hj.Mohd Najib B.Hj.Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan disiarkan secara langsung di TV1 telah mengubah persepsi aku tentang keampuhan dan keteguhan Proton dalam mengharungi persaingan sengit dari jenama lain. Semoga dengan pelancaran PREVE' ini mampu membuatkan Proton lebih kehadapan dalam menjadi syarikat pengeluar kereta nasional bertaraf antarabangsa. Apapun TAHNIAH diucapkan buat semua warga kerja Proton dan aku percaya Proton mampu menjadi lebih baik dari apa yang ada sekarang. Sokongan padu Rakyat Malaysia mampu merealisasikan hal ini. Apapun sebagai salah seorang pengguna kereta keluaran Proton dari Jutaan pengguna di Malaysia, aku mengharapkan pelbagai ciri2 lebih moden dan terkini dapat diberikan.

* P/S: Rasa2nya kalau aku tak beli PROTON EXORA beberapa bulan lepas pasti PROTON PREVE'
          ada dalam perancangan untuk dimiliki.. hehe2...
          Dibawah ini disertakan Video Promo serta gambar2 menarik berkaitan kereta PROTON PREVE'..