24 Mac 2012

SELAMAT HARI POLIS KE - 205 TAHUN!!


SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERINGATAN
HARI POLIS YANG KE - 205 TAHUN!!
( 1807 - 2012 )


Tinggal lebih kurang 1/2 jam lagi je sebelum pelancaran Maskot terbaru Pasukan Polis DiRaja Malaysia. Pelancaran maskot yang dinamakan " HARIMAU BIRU '' akan dilancarkan bersama Tema terbaru iaitu " KOMUNITI SEJAHTERA, KOMITMEN KAMI ". Apapun aku mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua warga Polis DiRaja Malaysia yang telah berkorban jiwa dan raga dalam berjuang menuntut kemerdekaan (Generasi Terdahulu) serta kepada warga Polis DiRaja Malaysia yang berusaha sedaya upaya mempertahankan keamanan negara (Generasi Sekarang).
Seperti yang semua sudah sedia maklum, MALAYSIA merupakan negara paling SELAMAT di Asia Tenggara dan Ke - 19 di Dunia seperti menerusi laporan INDEKS KEAMANAN GLOBAL (GPI).
Hal ini juga sekaligus telah membuktikan kesungguhan, komitmen dan kerja keras Pasukan Polis DiRaja Malaysia. Malah ucapan JUTAAN TERIMA KASIH ditujukan ikhlas kepada masyarakat serta agensi-agensi berkaitan kerana berganding bahu bersama-sama Pasukan Polis DiRaja Malaysia dalam menurunkan INDEKS JENAYAH.

" TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH "



09 Mac 2012

SBPA DIBATALKAN DAN SSM DITAMBAHBAIK


SBPA DIBATALKAN?? Perrghhh.. rasanya ramai yang agak terkejut dengan pengumuman yang tak disangka2 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Haji Mohammad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pada perhimpunan bersama hampir 10,000 penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada pagi 08hb Mac 2012. Perdana Menteri mengumumkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 01hb Januari 2012 yang lalu DIBATALKAN dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) sedia ada dan ditambahbaik untuk manfaat bersama. Pengumuman tersebut adalah berikutan bantahan yang diterima dan semakan semula skim tersebut dilakukan bermula 12hb Januari 2012 yang lalu. SBPA yang sepatutnya berkuatkuasa Januari yang lalu adalah bertujuan menyemak dan menyelaras semula gaji kakitangan awam yang kali terakhir dilakukan pada tahun 2007. Perdana Menteri memperincikan kadar pelarasan gaji kakitangan awam berkenaan mengikut kumpulan masing-masing serta mengumumkan beberapa lagi insentif baharu antaranya termasuk pelaksanaan beberapa bayaran perkhidmatan kritikal, insentif wilayah dan pedalaman. Juga dikekalkan khusus bagi golongan pendidik penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip " Time Based " pegawai perkhidmatan pendidikan sebagaimana diumumkan pada BAJET 2012..YAB Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah Suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat awam pada masa hadapan. Turut diumumkan pelarasan gaji sebanyak 13% bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Gred Utama C, B, A adalah sebanyak 9%, Gred Turus 3 dan 2 adalah 8% serta Gred Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) adalah 7%. Jadual gaji matriks yang telah dilaksanakan diubahsuai kepada gaji minimum - maksimum dengan kadar kenaikan RM80 hingga RM320 bagi Gred 1 hingga 54 manakala bagi JUSA kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

ANTARA PELARASAN GAJI YANG AKAN DILAKSANAKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

1. Kumpulan Pengurusan, Profesional dan Pelaksana Untuk Gred 1 Hingga Gred 54

  • Pelarasan Gaji sebanyak 13%
2. Gred Utama dan Gred Khas C, B dan A
  • Pelarasan Gaji sebanyak 9%
3. Turus III dan Turus II
  • Pelarasan Gaji sebanyak 8% 
4. Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan
  • Pelarasan Gaji sebanyak 7%

INSENTIF YANG DITAMBAHBAIK:-

1. Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada
    RM250 dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.
2. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada dibawah Skim Saraan Malaysia (SSM).

* P/S: Antara kata-kata yang menarik daripada YAB Perdana Menteri dan wajar kita beri perhatian
          antaranya adalah..

" Ingatlah bahawa apa yang kita lakukan hari ini tentu akan mempunyai kesan jangka panjangnya. Kerajaan tidak rela Malaysia menjadi sebuah tragedi  kewangan seperti Greece ".

" Kerajaan bertanggungjawab prihatin dan dengar keluh kesah, kenang jasa dan budi penjawat awam. Bukan macam pihak yang mahu buang kakitangan awam ".