27 Mei 2011

MENGGUNAKAN CUTI SEKOLAH DENGAN BIJAK



Sepanjang minggu cuti persekolahan yang akan bermula esok, pasti ada sahaja perancangan dan aktiviti menarik yang hendak dilakukan bersama keluarga tersayang. Pelbagai destinasi mula bermain-main dikotak fikiran kita, bagi yang berkemampuan pasti destinasi luar negara dan dalam negara menjadi pilihan. Bagi orang-orang kebanyakan macam kita ini sekadar aktiviti riadah seperti memancing atau berjalan-jalan di Zoo negara sudah menjadi satu kelaziman. Tidak kiralah apapun juga yang pasti apa yang dilakukan bukan merenggangkan tetapi semakin merapatkan ukhwah dan ikatan kekeluargaan kita. Dikesempatan inilah untuk kita membawa anak-anak bercuti ditempat-tempat menarik dan melakukan riadah serta aktiviti bersama-sama. Bagaimana pula dengan anda, adakah masih sibuk dengan kerja sehingga lupa pada yang tersayang atau menggunakan cuti persekolahan ini sebaik mungkin. Kasih sayang akan mudah terbentuk dari perkongsian idea dalam menjalani cuti persekolah ini. Anak-anak akan terasa disayangi apabila kita dapat mengambil barang satu atau dua hari untuk melayani kerenah anak-anak kita yang semakin menginjak usia dewasa. Minggu-minggu cuti persekolahan juga pelbagai jemputan dan majlis perkahwinan bakal dilangsungkan dan aku dengan besar hati mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' kepada semua sahabat-sahabat aku dan kepada mereka-mereka yang menggunakan cuti ini untuk menyatukan hati dan kasih sayang masing-masing.




TRAGEDI MENYAYAT HATI



Sekali lagi MALAYSIA dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh. Kejadia terbaru adalah di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, SELANGOR. Kejadian yang berlaku pada sabtu lalu iaitu 21hb Mei 2011 telah mengakibatkan 16 nyawa tidak berdosa terkorban manakala 9 lagi mangsa sedang dirawat dibeberapa buah Hospital. Kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku dan adakah kita mahu ia terus berlaku. Masyarakat kita yang prihatin sentiasa mengharapkan biarlah ini semua menjadi yang terakhir namun apa jua yang kita rancangkan ALLAH SWT yang menentukan. Tetapi kita sebenarnya mampu mengelakkan tragedi seumpama ini berulang dan terus berulang, pihak2 yang berkepakaran rasanya telah banyak mengusulkan pelbagai bentuk cadangan, langkah, dan pemantauan namun hanya itukah yang mampu dilakukan. Manakah pelan dan tindakan wajar yang seharusnya kita aplikasikan dan jadikan semua yang dirancang sebagai satu bentuk realiti bukannya sekadar satu fantasi. Kejadian2 seumpama ini sentiasa dilihat sebagai isu2 semasa dan bersifat sementara dan setiap tindakan dilakukan hanyalah bak 'Hangat2 Tahi Ayam'. Semua yang dicanang hanya sekadar berlegar dibibir semasa kejadian masih lagi 'Panas' dan semakin dilupakan apabila ia berlalu dan reda. Pihak berwajib perlu peka dan tidak memandang enteng apabila sesuatu aduan dibuat oleh masyarakat atau penduduk setempat. Tindakan cepat dan pantas dalam mengkaji dan mencari penyelesaian akan masalah yang timbul akan dapat mengelakkan nyawa yang menjadi korban. Mereka2 yang ditugaskan mengawal dan menguruskan pembangunan dikawasan tanah tinggi ataupun lereng2 bukit juga sepatutnya lebih prihatin serta mengambil langkah dan tindakan awal pencegahan dan pengawalan bukanlah pemulihan sesudah berlakunya sesuatu tragedi.

* P/S: Antara GAMBAR2 berkaitan kejadian ini..







20 Mei 2011

PENANGAN MAHARAJA LAWAK



Sekarang ni dah masuk 8 minggu MAHARAJA LAWAK bersiaran di kaca TV kita di saluran ASTRO WARNA (Channel 132). Tema yang diketengahkan pada minggu ni adalah STAND-UP COMEDY. Selama 8 Minggu bersiaran kita dapat saksikan pelbagai lawak jenaka yang dipertontonkan, ada yang berkualiti dan ada yang biasa2 dan sekadar tangkap muat sahaja. Tentu sahaja bila tibanya Hari Jumaat Jam 10 Malam pasti seisi rumah serta kaum keluarga dan sanak saudara berkumpul untuk diceriakan dengan pelbagai cerita2 komedi dan lawak2 menarik. Setakat ini penjurian daripada penonton adalah tepat dan betul. Pelawak2 yang dikeluarkan pada minggu2 sebelum ini sebenarnya langsung tidak menepati piawaian dan citarasa penonton Malaysia. Sebenarnya dari sudut positif Maharaja Lawak berjaya menyatukan kita semua dari pelbagai lapisan masyarakat tak kira yang tua mahupun yang muda. Dikesempatan inilah seharusnya kita gunakan untuk kita rapatkan perhubungan sesama kita diantara seisi keluarga, sanak saudara serta rakan taulan. Sekian.

* P/S: Antara GAMBAR2 Peserta Maharaja Lawak Dan Kalendar Maharaja Lawak 2011..