28 Jun 2012

CUTI

Alhamdulillah..  Sampai juga aku ke kampung setelah mengharungi perjalanan sejauh lebih kurang 427km selama 6 jam bermula dari Port Dickson, Negeri Sembilan sehingga Bertam, Pulau Pinang. Itu termasuklah jarak ke tempat rehat dan masa yang digunakan untuk mengisi minyak dan mengisi perut di Petronas Damasara, R&R Tapah dan R&R Gunung Semanggol. Anak aku sampai beberapa kali terbangun dari tidur setelah sampai ke tempat rehat yang disediakan. Perjalanan waktu malam yang aku lalui sebenarnya adalah untuk memudahkan perjalanan kerana diwaktu malam kenderaan yang lalu lalang adalah kurang berbanding waktu2 yang lain. Disamping itu juga dapat mengelakkan mudah terlena sebab aku kalau kena panas tambahan pula ada aircond mula la rasa mengantuk semacam jer. Cuaca malam yang sejuk boleh mengelakkan pembaziran minyak dengan pengurangan aircond, serta tak terganggu sangat dengan sinaran mentari yang menyilaukan mata. Tetapi yang menjadi masalah perjalanan waktu malam adalah kehadiran lori2 tanker, treller dan lain2 kenderaan berat yang memecut laju sehingga bagi aku agak membahayakan pengguna jalanraya yang lain. 

SPAIN KE FINAL (LANGKAHAN JUARA)

PENENTUAN PENALTI?? Alamak, itulah yang paling ditakuti oleh semua pemain dan kerana penaltilah team The Three Lions (England) tersingkir ditangan Azzurri (Italy) beberapa hari lalu. Apapun sebenarnya dalam sepakan penalti ini kesilapan sendirilah yang menjadi penentuan kekalahan pasukan diwakili dan seterusnya mengesahkan kemenangan pasukan lawan. Ramai pemain hebat bila berhadapan dengan penentuan penalti untuk mengesahkan kemenangan tak dinafikan ada yang tewas (tendangan tersasar), ianya telah menunjukkan bahawa penalti bukan semudah memasukkan bola kedalam gawang gol tetapi bagaimana untuk memastikan sepakan tersebut bukan meliar tetapi terus menerjah gawang tersebut. Tambahan pula dengan jeritan penonton dari pasukan lawan dan harapan menggungung dari peminat sendiri membuatkan adrenalin bergerak pantas dan akhirnya mereka2 yang berjaya mengatasi kekalutan emosi sendiri maspu menjaringkan gol dengan mudah dan bergaya.


Jika diperhatikan dari awal lagi dapat dilihat persedian yang rapi telah diatur dengan baik dan corak taktikal permain team La Roja (Sepanyol) tampak lebih menyerlah berbanding team Seleccao (Sepanyol). Kekangan ke atas Ronaldo oleh Pique membuahkan hasil apabila kemaraan Ronaldo sering terbatas. Namun seperti biasa kehebatan kedua2 pasukan sukar menjari jaringan apabila sering mensia2kan peluang yang terhidang didepan mata. Sehingga minit ke 90' dan seterusnya masa tambahan menjadikan hingga ke babak penentuan sepakan penalti sungguh mendebarkan.

Aku seperti biasa berdebar2  menyaksikan team aku berjuang untuk mara ke Final UERO 2012. Dengan kehebatan Iker Casillas menjaga gawang, Cech Fabregas menggunakan peluang itu untuk memastikan pasukannya layak ke Final. Alhamdulillah, akhirnya perjuangan Portugal terhenti setakat ini sahaja dan paling sedih pastinya adalah Cristiano Ronaldo kerana tidak sempat menendang bola penalti dan yang pasti dia hampa kerana tidak berjaya membawa pasukan yang diketuainya melangkah bergaya ke Final.

*P/S: Bola Itu Bulat...  

KURSUS PALING BEST

Rasanya dah beberapa hari aku tak update Blog aku ni.. bukan apa sibuk dengan kerja dan yang terbaru ni aku berkursus di MTP, Bakri, Muar, Johor. Aku rasa ni la satu2nya kursus yang paling singkat pernah aku hadiri dan bagi aku paling hebat dan best. Kursus2 yang lain tu bukan tidak best tetapi kiranya lambat panas dan ambil masa untuk kenal antara satu sama lain namun kursus ini cukup berbeza apabila aku dengan mudah cepat mesra dan seolah2 kitorang ni sudah mengenali antara satu sama lain walhal tidak pernah ketemu sebelum ini. Kursus ini pun bagi aku walaupun singkat namun segala ilmu2 yang diajar cukup berguna bukan sahaja untuk aku semata2 namun untuk semua rakan2 yang lain juga.

Rasanya istilah bosan untuk kursus kali ini tak wujud bagi aku. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dari segi pembelajaran, bilik kuliah, penginapan dan sebagainya memang seperti sudah siap sedia menjemput kitorang datang berkursus. Kursus aku ni dihadiri 32 orang iaitu 26 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Keseronokan yang ikhlas jelas terpancar dari raut wajah semua peserta kursus ini termasuk aku. Pelbagai ilmu baru serta pengalaman menyaksikan sendiri perkara2 tidak diduga sungguh mempersonakan dan membuatkan aku begitu kagum. Mungkin lain kali kursus seumpama ni dapat dijalankan lagi dan aku kalau terpilih pasti takkan serik untuk hadir.

Ketika menjalani kursus ini, sempat juga aku dan peserta2 yang lain pusing2 satu bandar Muar ni, tempat2 menarik telah aku dan peserta2 lain kunjungi. Itupun nasib baik ada peserta yang berasal dari bandar Muar ini dan dia secara sukarela menawarkan diri menjadi pemandu pelancong kami semua. Pelbagai tempat2 menarik aku dan peserta lain lawati antaranya Tanjung Emas (sempat merasai Mee Bandung Muar), Jalan Junid (bersama2 merasai kelazatan Asam Pedas Muar), Bandar Muar (sempat juga membeli Kopi paling popular di Muar iaitu Kopi 434). Aku dengan bersahaja beli la 5 pek kopi 434 Muar tersebut, bukan apa boleh juga aku berikan pada Ibu dan mak mertua aku dikampung.

Apapun aku harapkan kalau korang kena kursus dimana sahaja pergilah mungkin ia akan menjadi satu benda yang paling bermakna dalam hidup korang dan percayalah ilmu itu perlu dicari dan kitalah sebagai insan biasa wajib menuntut ilmu demi kelangsungan hidup dan ilmu ini yang membezakan kita diantara satu sama lain.

18 Jun 2012

ISRAK DAN MIKRAJ















Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Israayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestinkini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Baratmasjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti diMadinahMadyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi IbrahimNabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.


Pelbagai peristiwa dilihat

Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
  1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
  2. Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
  3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
  4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
  5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

[sunting]Bantahan orang Quraisy

Sekembali dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhamad telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat Quraisy terutama pemimpinnyaAbu Jahal dan Abu Lahab .Bagi Abu Jahal , inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula . Abu Jahal mempersendakan Rasulullah diHijr Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay.
Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya dengan cerita itu kerana baginya Muhamad adalah seorang al Amin. Abu Bakar sentiasa membenarkan khbar langit yang Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang Islam yang murtad selepas peristikwa itu.
Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi menceritakan masjid itu. Salah seorang dari mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa.

[sunting]Khilaf(Perselisihan) tentang tarikh Israk Mikraj

Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.
  1. Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.
  2. Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.
  3. Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan
  4. Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir
  5. Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.
  6. Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.
  7. Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal
  8. Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan
  9. Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab
  10. Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.
  11. Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.



Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab


1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
SUMBER: WIKIPEDIA Dan ensiklopedia bebas.



17 Jun 2012

MY NAME IS KHAN.. (I'M NOT A TERRORIST)

Kejap tadi tengah aku asyik menonton siaran berita BULETIN UTAMA yang diputarkan di TV3 aku sempat beralih siaran ke saluran ASTRO channel 131 (saluran CITRA). Tak sangka channel tersebut sedang menayangkan sebuah cerita yang bagi aku cukup menarik dan jalan cerita yang agak hebat. Walaupun sudah hampir setengah cerita diputarkan namun aku seakan2 dapat melihat keseluruhan jalan cerita tersebut. Cerita yang menggunakan latar belakang masyarakat di sebuah bandar di San Fransisco, Amerika Syarikat (United States Of America).


Cerita yang menunjukkan bahawa peristiwa atau tragedi 11hb September 2001 memberi impak berar buat kehidupan orang Amerika. Peristiwa ini memberi persepsi buruk kepada agama ISLAM sehingga dikatakan sebagai agama yang mengajar kejahatan atas nama Jihad. Salah tanggapan ini bukan hanya disebabkan oleh Media Massa sendiri yang memutarbelitkan fakta sehingga wujudnya sebuah tanggapan yang di gelar ISLAMOPHOBIA atau ketakutan kepada perjuangan ISLAM. 


Aku minta maaf sekiranya aku tak dapat nak explain lebih jauh (permulaan cerita) tapi aku mulakan dengan pertengahan cerita di mana seorang pemuda India Muslim bernama RIZWAN KHAN (lakonan Shah Rukh Khan) yang menderita Asperger's Syndrome iaitu satu penyakit kelainan upaya yang membuatnya menggeletar dan menjadi sukar untuk berinteraksi dengan orang sekeliling. Ianya juga adalah penyakit yang takutkan warna kuning dan takutkan bunyi. Beliau berasal dari India dan telah berpindah ke San Fransisco, Amerika Syarikat untuk mengadu nasib. Setelah sampai disana beliau telah berjumpa dengan seorang wanita bernama Mandira (lakonan Kajol) janda wanita beranak 1 yang beragama Hindu berasal dari India. Walaupun terdapat tentangan dari kedua2 belah pihak mereka akhirnya memutuskan untuk berkahwin dan menukarkan nama anak tiri beliau sebagai Sameer Khan.


Tanpa diduga sebuah tragedi hitam yang melukakan hati rakyat Amerika seterusnya meletakan simpati masyarakat dunia kepada rakyat Amerika iaitu Peristiwa 11 September 2001 atau digelar 911 menghancurkan mimpi2 indah Rizwan Khan dan Mandira serta anak tiri beliau iaitu Sam. Mereka hidup tertekan dengan tanggapan dan kata2 sinis masyarakat sekeliling dan akhirnya tanpa diduga anak beliau dibunuh oleh sebahagian remaja berpendirian anti Islam dipadang bola sepak disebabkan pandangan masyarakat yang begitu prejudis terhadap agama ISLAM. Mandira menyalahkan suaminya, Rizwan Khan yang mempunyai nama Islam itu. Madira yang masih teguh dengan agama Hindu turut berprasangka terhadap buruk terhadap Islam (walaupun sepatutnya dalam Islam tidak dibenarkan mengahwini orang yang beragama lain selain Islam ataupun sudah memeluk Islam). Selepas serangan 911 tersebut kehidupan umat Islam Amerika Syarikat yang dulunya tenteram, kini berubah sama sekali dan kaum lain yang hampir menyerupai perwatakan masyarakat ISlam turut terkena tempiasnya terutamanya kaum Sikh.


Si Isteri yang tertekan kerana kematian anaknya menyuruh suaminya iaitu Rizwan bertemu Presiden Amerika untuk membersihkan namanya serta mengatakan bahawa mereka bukan penggganas dan tak mahu dituduh sebagai pengganas. Untuk merebut kembali hati wanita yang dicintainya Rizwan kemudiannya mengambil keputusan besar untuk melakukan perjalanan mengelilingi Amerika. Setibanya di sebuah Bandar Los Angeles, Amerika Syarikat Rizwan ditangkap petugas khas yang mengawal Presiden Amerika Ketika itu kerana tingkahlakunya yang sedikit aneh dan mencurigakan orang sekeliling. Laungan "Mr Presiden, my name is Khan and i am not a Terrorist" telah menyebabkan beliau dihumban ke penjara. Beliau telah ditahan dan disiasat sebagaimana tahanan Teluk Guantanamo (tempat tahanan disyakki pengganas dipenjarakan, kebanyakkannya pengikut Al-Qaeda).


Hasil kempen beberapa wartawan Islam, Rizwan berjaya dibebaskan. Rizwan Khan menjelajah dari San Francisco menuju ke Washington. Ketika berlaku banjir besar di Geogia, Rizwan Khan ingin berjumpa semula dengan Mama Jenni dan menjadi sukarelawan bajir ditempat tersebut. Usaha ini membuktikan bahawa umat ISLAM bukanlah pengganas (Terrorist). Pada satu majlis dihadapan ribuan media beliau akhirnya dijemput ke atas pentas dan bersalam dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama yang menjanjikan harapan damai. Presiden akur permintaan beliau dan mengatakan "Your name is Khan and you are not a terrorist".

SELAMAT HARI BAPA


Hari ini merupakan tanggal 17hb Jun 2012, agak2nya korang tau tak hari ini adalah hari apa? mungkin ada yang spontan menjawab hari ahad! hari untuk bersuka ria atau melepak dengan kengkawan dekat starbuck atau masa untuk tido sebab banyak tenaga dah digunakan untuk berkerja sebelum ini? hehe2.. memang kelakar kalau ada yang menjawab seperti itu. Tapi tak kisah la, sebab aku percaya mungkin tak ramai yang tak tahu bahawa hari ini merupakan HARI BAPA yang disambut diseluruh dunia (walaupun sepatutnya setiap hari kita patut menghargai bapa kita). Kenapa tak percaya?? hehe2.. Almaklumlah HARI BAPA kurang popular kalau dibandingkan dengan sambutan HARI IBU betol tak? bila sebut sahaja HARI BAPA ramai yang menggarukan kepala, bukan sebab ada kutu kat kepala tapi terfikir ada ke sambutan ini dilakukan? sebab seperti tahun2 sebelum ini sambutan ini kurang dirasai kesannya berbanding sambutan HARI IBU, HARI KEKASIH, HARI SETIAUSAHA dan sebagainya. Jika adapun dikaca2 televisyen sekadar endah tak endah mungkin hanya memenuhi permintaan sesetengah pihak kot?

Tak banyak stesen2 yang ada di MALAYSIA memainkan peranan dalam sambutan HARI BAPA seperti tahun2 sudah namun tahun ini ada sedikit kelainan apabila kelihatan TV3 sentiasa menayangkan reaksi spontan artis2 memberikan kata2 ucapan kepada bapa mereka masing2. Program menarik yang disajikan semalam juga memberikan kesan mendalam kepada aku terutamanya cerita BEGITULAH SAYANG. Dimana kisah ini menunjukkan bahawa betapa besarnya pengorbanan seorang Ayah dalam mendidik anak dan sentiasa bersabar dengan kerenah Isteri beliau dan sentiasa mendoakan yang terbaik (agar Isterinya mendapat Hidayah) dan memuliakan Isterinya yang curang dan zalim kepada anaknya (walaupun anak dia tahu mak dia seorang yang jahat).

HARI BAPA merupakan satu hari dalam setahun yang disambut bagi menunjukkan bahawa bapa juga adalah insan yang sepatutnya kita hargai, walaupun aku percaya ramai daripada kita lebih rapat dengan Ibu masing2 berbanding dengan Bapa kita kan? kita seharusnya menghargai bapa2 kita kerana telah menjaga kita selama ini dan bersusah payah mengerah keringat mencari rezeki siang dan malam dalam membesarkan anak2. Walaupun kita lihat mereka jarang berkomunikasi dengan kita itu bukanlah bermaksud mereka benci kepada kita namun mereka menunjukkan kasih sayang dengan cara yang berbeza. Tak kisahlah apa pun panggilan kita kepada bapa kita samada BAPA, AYAH, BAPAK, APPA, PAPA maksudnya tetap sama iaitu seorang lelaki yang diraut wajahnya penuh keseriusan namun dihatinya penuh kasih sayang.

Rasanya tak lengkap kalau aku tak memberikan serba lanjut mengenai SEJARAH sambutan HARI BAPA ini kan?


SEJARAH SAMBUTAN HARI BAPA

Menyingkap kembali sejarah, sambutan ini bermula di Fairmont, West Virginia, Amerika Syarikat pada Julai 1908. Sambutan mula2 ini diuruskan oleh Puan Grace Golden Clayton bagi mengingati kematian 210 orang bapa yang merupakan mangsa tragedi letusan lombong di Monongah, West Virginia pada 6 Disember 1907. Tetapi malangnya, sambutan itu kurang mendapat tempat ketika itu kerana terdapat sambutan yang lain di daerah sekitar. Menyebabkan sambutan itu tidak didaftarkan secara rasmi. Dikatakan Clayton mengatur sambutan ini kerana terdapatnya sambutan HARI IBU.

Sekitar tahun 1909, Cik Sonora Smart Dodd telah sekali lagi mengulangi idea ini, tetapi idea pada Dodd ini bukan timbul dari cedukan idea Clayton, sekadar cetusan pemikirannya melihatka betapa besarnya pengorbanan dan susah payah bapanya dalam membesarkan keluarganya selepas kematian ibunya. Pada mulanya sambutan ini kurang mendapat perhatian awam dan pihak berkenaan, namun usaha yang berterusan darinya menampakkan hasil apabila sambutan HARI BAPA mula disambut di Spokane, Washington pada 19 Jun 1910.

Pada 1916, semasa sambutan HARI BAPA diadakan di Spokane, Presiden Woodrow Wilson mencadangkan agar sambutan ini dijadikan sebagai salah satu sambutan rasmi tahunan, tetapi ditolak oleh Kongres ketika itu. Usaha ini dicuba kembali oleh Senator Margaret Smith dengan mengemukan usul menuduh Kongres "menganaktirikan" sambutan HARI BAPA selama 40 tahun dengan tidak meletakkannya sebagai sambutan rasmi tetapi meletakkan sambutan HARI IBU sebagai sambutan rasmi.

Pada 1966, Presiden Lyndon B. Johnson mengemukan tuntutan agar HARI BAPA disambut pada Ahad minggu ketiga Jun setiap tahun sebagai HARI BAPA. Akhir sekali pada 1972, Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa sambuta HARI BAPA secara rasminya seperti yang dicadangkan pada tahun 1966. Sambutan ini diteruskan sehingga kehari ini di seluruh dunia termasuk Malaysia dengan tarikh yang berbeza mengikut negara.

Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada ayahanda kesayanganku MOHD NOH @ MAHAT BIN OTHMAN yang telah membesarkan aku dengan kasih sayang dan menjadi IDOLA kepada aku semenjak kecil lagi. Kata2 peransang beliau sentiasa menjadikan aku tidak jauh dari landasan yang sepatutnya dan alhamdulillah hari ini aku sudah menjadi insan berguna bukan sahaja kepada Agama, Bangsa malahan kepada Negara. Siapa sangka aku juga akhirnya menjadi seorang bapa dan aku faham ertinya kasih sayang yang tidak diterjemah (silent Love) seorang ayah kepada anaknya. Aku juga mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada ayah mertua yang sentiasa mesra dengan aku iaitu CHE MAT BIN BAHAROM. Apapun aku mendoakan semoga kedua2 ayahanda kesayangan aku ini sentiasa sihat dan ceria selalu. Ketahuilah bahawa anakanda ini sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk kalian berdua. Tak dilupakan juga kepada semua rakan2 yang menjadi bapa dan kepada bapa2 diseluruh dunia dengan ucapan..
SELAMAT HARI BAPA!!

* P/S: SAYANGILAH BAPA ANDA!!

MELANGKAH KE SUKU AKHIR, TAHNIAH BUAT GREECE DAN REPUBLIC CZECH

Kadang2 kalau difikirkan memang kelakar, bukan apa bila pasukan kesayangan aku iaitu SPAIN ada perlawanan mesti aku tak sempat nak update dalam blog (walaupun dalam FB sempat la jugak) tapi bila melibatkan pasukan2 lain cepat plak aku update? hehe2.. Sungguh tak disangka2 apabila pasukan RUSIA yang pada awalnya menjadi antara pasukan pilihan tersingkir setelah ditewaskan dengan jaringan 1 - 0 oleh pasukan GREECE. Kehampaan juga jelas terpancar dari raut wajah pemain2 serta peminat2 POLAND apabila tanpa disangka tewas ditangan REPUBLIC CZECH juga dengan jaringan tipis 1 - 0. Walaupun selaku tuan rumah bersama UKRAINE itu nampaknya bukan tiket untuk POLAND melangkah mudah ke SUKU AKHIR.


Tak sangka juga semalam pasukan ENGLAND berjaya menjinakkan SWEDEN dengan 3 -2, pelbagai aksi dramatik dan suspen mewarnai perlawanan ini (almaklumlah ramai dah start sokong ENGLAND plak). Pasukan PERANCIS pula mencuri perhatian apabila berjaya membenam UKRAINE dengan 2 -0 . Dua pasukan telah tersingkir awal iaitu IRELAND dan SWEDEN itupun kerana sebelum itu pasukan aku iaitu SPAIN berjaya membuktikan bahawa mereka adalah pasukan pilihan apabila dengan mudah membelasah IRELAND dengan 4 -0. Itu memang sudah diduga (kalau diikutkan banyak lagi gol boleh diperolehi) sejak dari awal lagi, SPAIN mampu memberi kejutan diwaktu2 tidak diduga.

Apapun aku mengucapkan TAHNIAH kepada pasukan GREECE dan REPUBLIC CZECH (terutama sekali kepada penyokong kedua2 pasukan) kerana berjaya melangkah ke SUKU AKHIR UEFA EURO 2012. Walaupun jangkaan awal sepatutnya RUSIA mampu ke peringkat seterusnya namun keajaiban berlaku apabila pasukan belasahannya mampu menjadi pasukan teratas kumpulan A. Kumpulan A telah meletakkan pasukan REPUBLIC CZECH ditangga teratas diikuti GREECE dan seterusnya menyingkirkan terus RUSIA dan POLAND daripada saingan EURO pada kali ini.

Esok adalah penentuan untuk pasukan dari kumpulan B. Walau kumpulan manapun yang layak ke peringkat seterusnya kita seharusnya menyokong tanpa kompromi kerana ianya jelas menunjukkan bahawa pasukan kita pilih adalah team pilihan bukan sekadar menyokong jikalau menang semata2. Aku bukan juga bermaksud kita harus ketepikan pasukan kebangsaan kita (HARIMAU MALAYA kebanggaan rakyat MALAYSIA) pasukan negara tetap didalam hati namun kita juga mempunyai pilihan untuk memilih pasukan negara luar, betol tak? Lagipun harapan untuk melihat pasukan negara kita beraksi dipentas dunia belum lagi tercapai (Insya'allah jika diizinkan-Nya) mungkin suatu hari nanti pasukan negara akan terkenal diseluruh dunia dan menjadi pilihan bagi rakyat negara lain, hehe2..



Malam tadi juga dalam kerancakan saingan EURO aku sempat juga menonton perlawanan negeri kelahiran aku iaitu PERAK. Alhamdulillah PERAK berjaya menundukkan JOHOR FC dengan kemenangan 2 - 1. Corak permainan dan cara pengendalian bola nampaknya semakin kemas dan menarik setakat ini. Aku percaya tidak mustahil PERAK adalah pasukan yang mampu memberikan kejutan disaat2 akhir dan ianya juga bukanlah pasukan yang boleh dipandang sepi oleh lain2 pasukan di dalam saingan LIGA SUPER. Sebagai rakyat negeri PERAK dan seterusnya sebagai rakyat MALAYSIA aku tidak mungkin melupakan pasukan2 ini cuma dalam kerancakkan dan demam EURO 2012 pandangan aku tersasar jauh meneropong corak dan stategi malahan taktikal yang sungguh menarik dari pasukan2 dunia yang bertanding pada kali ini (aku harap ada pemain negara yang melihatnya dan mempelajari skill2 menarik ini).

13 Jun 2012

TAHNIAH HARIMAU MALAYA

Isk2.. mata aku ni tak mahu pula ngatoknya?? malas pula rasanya nak tengok POLAND lawan RUSIA ni. Aku ingat nak tido je, almaklumlah esok dah start koje. Malam nanti ada Majlis Santai yang dianjurkan oleh pihak majikan aku. Semua aku dah prepare cuma baju kerja belom gosok lagi.. haha2.. takpe2.. pepagi nanti aku gosok la. Sekarang ni malas pula, pikir nak membuta tapi mata tak ngantok. Maybe sebab dua tiga hari asyik layan bola sampai time tido aku pun ikut bertukar juga. Nak buat macam mana kan?

Tengok bola ni boleh releasekan sket tension, bukan apa tengok player main dengan skill dan kebolehan yang sukar ditandingi oleh pemain kita. Tapi apapun aku percaya suatu hari nanti HARIMAU MALAYA akan sebaris dengan SPAIN, ENGLAND dan lain2 team terhebat dunia, mana tau kan? keajaiban mungkin berlaku.

Lupa plak aku nak sembang pasal perlawanan bolasepak MALAYSIA menentang SINGAPURA tadi. Korang ada tengok tak? Amacam? ok tak? bagi aku ok sebab kita tunjukkan permainan kita yang sebenarnya dan game tu pun tak di sabatoj seperti sebelum ini yang menunjukkan bahawa Pengadil bertindak seperti pemain sebab sengaja membantu team SINGAPURA memperolehi gol penyamaan. Menyampah juga aku dengan sikap Pengadil yang macam sudah disuap oleh Pihak lain untuk melihat team MALAYSIA kalah. Tapi bila aku tengok team kita bermain tadi memang aku puas hati. Terlalu puas hati sebab dapat belasah pasukan yang berbangga dengan padang tiruan dia (ntah apa2 punya padang) yang semua pasukan mempertikaikan penggunaan padang tersebut. Tapi takpe bila dah berjumpa padang betul baru tersentak dia? kita sebenarnya lagi kuat dari dia tapi sebab selalu main tipu dan sabatoj game dengan pelbagai ragam seperti yang diaorang selalu buat. Kita selalu kalah, namun kali ini kita sudah masak dengan ragam dan perangai dajjal mereka tu. Apapun TAHNIAH buat skuad HARIMAU MALAYA kerana berjaya menundukkan team angkuh tu!

*P/S: Selamanya.. selamanya.. selamanya HARIMAU MALAYA.. =)

12 Jun 2012

JALAN2 BERSAMA KELUARGA TERSAYANG

Hari minggu yang lalu aku bawa keluarga berjalan2 di Jaya Jusco atau kini dikenali sebagai AEON di Seremban 2, Seremban. Aku kesana adalah untuk mencari pakaian Batik untuk majlis malam santai yang akan diadakan di Hotel Permysuri, Port Dickson. Setelah selesai mencari dan membeli apa yang difikirkan sesuai untuk aku, Isteri dan Anak maka kami pun berjalan2 sekitar shopping complex. Aku lihat ada Event berkaitan PESTA BUKU NEGERI SEMBILAN anjuran perpustakaan negeri. Anak aku bukan main gembira apabila dibelikan beg, buku2, serta permainan Edisi UPIN dan IPIN. Kegembiraan anak aku mencuit hati semua pihak yang melihat keletah beliau. Aku tersenyum dengan keletah itulah yang sentiasa mengembirakan hati aku setiap kali balik dari kerja.


"Untuk makluman sessi bergambar dan beramah mesra bersama UPIN IPIN akan dilakukan pada jam 6.15 petang, marilah bersama2 memeriahkan acara ini" terdengar pengumuman daripada juruacara majlis. Aku mula berkata pada isteri aku supaya lepak kejap sebab nak jumpa kembar kesayangan rakyat Malaysia ni. Jam ditangan menunjukkan pukul 6.35 petang, aku mula tertunggu2 dan memang dah tak sabar nak berjumpa mereka ni, kerana tak sabar jugalah aku asyik bertanya kepada jurugambar dan pengacara majlis tu. Boleh dikatakan diorang buat muka bosan gak dengan aku sebab asyik tanya jer kat diorang.. haha2.. peduli apa aku, takkan nak marah aku pula kan? lagipun aku dah tunggu lama. Tiba2 aku mula terperasan di eskalator si kembar UPIN IPIN mula turun dan melambai tangannya ke arah kanak2 serta ibubapa yang tunggu di pentas utama. Kemeriahan jelas kelihatan apabila semakin ramai menjerit nama UPIN IPIN dan berebut2 nak bersalaman dan bergambar dengan si kembar comel ini.

Seperti biasa sebelum memulakan apa2 acara mesti nak diadakan kuiz untuk melihat sejauh mana masyarakat mengenali si kembar comel ini. Acara kuiz ini mendapat perhatian kanak2 sampai berebut2 menjerit dan angkat tangan mahu diberi peluang menjawab soalan. Terdapat juga hadiah misteri akan diberikan kepada mereka2 yang beroleh kertas putih bertulis pemenang, untuk dapat bukan mudah kerana bergantung kepada nasib kerana dari 10 kertas putih yang diletakkan didalam balang lutsinar hanya 1 yang bertanda 'ANDA PEMENANG'. Yang kelakarnya, bukan kanak2 sahaja ambil bahagian ibu bapa pun turut serta berebut menyeluk balang dengan kanak2 yang terlibat dengan acara ni, sedangkan awal2 lagi pihak penganjur mengatakan hanya kanak2 dibenarkan terlibat. Acara seterusnya melibatkan penyertaan Ibu Bapa.

Aku yang duduk dihadapan sekali dengan pantas mengangkat tangan berusaha menjawab soalan yang dikemukakan dan sungguh tidak disangka aku berjaya menjawab soalan tersebut. "Siapakah penaja rasmi bagi UPIN dan IPIN?" kata juruacara tersebut kepada aku. Aku tersenyum gembira kerana bagi aku mudah sangat jawapan tu, lantas aku pun menjawab "TM dan Zoo Negara". Ketawa besar si pengacara majlis dengan jawapan aku. "Amboi bang satu jawapan sudah la, sebut je TM tak payah la sebut Zoo Negara plak?".

Aku apa lagi tersimpul malu la, tapi takpe janji aku beroleh hadiah walaupun tak seberapa namun bagi aku cukup bermakna iaitu Poster UPIN dan IPIN edisi terhad. Yang buat aku tak boleh blah apabila si pengacara tu perli aku dengan mengatakan, "sebenarnya Bapa dia lagi minat tengok UPIN dan IPIN daripada anak dia kan?". Disaat itu tertawa besar la orang yang melihat aku diatas pentas tu. Tapi aku dengan slumber je menjawab "Yup, btol memang minat giler". Dengan jawapan spontan aku tu membuatkan aku rasa acara menjadi gamat dengan ketawa dari audiens.

Aku melihat jam ditangan sudah menunjukkan pukul 7.15 petang, maka dengan kelam kabut aku pun berlari ke kereta untuk bergerak balik ke rumah aku. Biasalah kan, takkan nak biarkan Isteri aku terlewat pula masuk kerja. Walaupun bagi aku masa bersama keluarga terhad namun masa yang ada aku akan manfaatkan sebaik2nya. Aku harap korang yang sudah bekeluarga akan melakukan perkara yang sama seperti aku, bukanlah bermaksud kena cari UPIN dan IPIN namun lakukan sesuatu perkara itu bersama keluarga dan luangkan masa untuk beriadah bersama keluarga tersayang korang. Bawalah pergi berjalan2 ke pantai peranginan, ke shopping2 complex, ke zoo negara atau tempat2 yang boleh korang spend time yang cukup berkualiti untuk yang tersayang.

BOLA (EURO 2012) PUNYA PASAL

Hari ni aku tido lewat lagi.. pagi2 lagi dah update status mengalahkan pemberita segmen sukan jer? haha2.. kadang2 terpikir juga aku.. aku update blog pun dua tiga hari ni asyik berkaitan EURO je kan? almaklum la kengkawan nie la perkara yang sering dibualkan oleh member2 aku dan masyarakat kat sini. Asyik bola.. bola.. dan bola.. macam2 team menjadi pilihan. Kadang2 boleh bergaduh nak menangkan team masing2 konon2 team dia lah yang paling hebat? haha2.. macam2 laa korang ni.. nak tau menang ke tak tengok TV pastu baru cakap team mana kuat kan? apa barang gebang kencang tapi main macam hampeh?? huhu2..

Aku rasa mata aku pun rabak asyik membuto pagi2.. orang rumah aku awal2 dah masuk tido, dia seperti aku minat bola cuma mata aku lebih tahan sebab nak tau semua keputusan disamping nak tengok performance dan skill permainan yang bagi aku cukup hebat dan mantop. Aku upadate ni pun bukan apa, cuma semalam aku terlena pula pastu terlupa nak update tentang keputusan seri team pilihan aku SPAIN. Member2 aku ada yang anggap aku sokong team aku sebab pernah jadi juara EURO 2008 dan PIALA DUNIA 2010. Haha2.. korang ni klakar laa.. aku dah minat SPAIN sebelum jadi juara lagi, sewaktu ramai meragui kemampuan team pilihan aku ni. Kalau tak caya boleh check profile aku, SPAIN memang adalah team kebanggaan aku (HARIMAU MALAYA lebih laa lagi.. hehe2..). Perlawanan itupun sekadar seri 1-1 dengan team ITALY yang merupakan bekas Juara PIALA DUNIA pada 2006.

Keputusan perlawanan malam tadi melibatkan Three Lions dan Les Blues bagi aku agak hambar sket, dengan keputusan seri 1-1. Kedua2 team main seperti mahu menamatkan perlawanan dengan seri dan sudah dijangka tiada serangan hebat yang mampu mengagumkan aku. Team ENGLAND ni memang pilihan isteri aku tapi aku mengharapakan team ini bermain lebih baik dari yang ditunjukkan tadi. PERANCIS terlalu berhati2 dalam memcorak stategi perlawanan.  Aku mengharapkan Frankie (Frank Lampard) dapat bermain dalam kesebelasan utama ENGLAND namun tak kesampaian. Biasalah kan mesti nak tengok player CHELSEA main kan?? haha2..

Pagi ini pula perlawanan agak menarik sebab kedua2 Kapten berusaha menjaringkan GOL dan kedua2nya berjaya. SHEVCHENCO berjaya menjaringkan gol untuk team UKRAINE di minit ke 55' dan 62' dan IBRAHIMOVIC pada minit ke 52'. Bagi aku SWEDEN menunjukkan permainan yang menarik dan banyak peluang disia2kan sehingga tewas dengan jaringan 2-1.

Apapun TAHNIAH untuk semua team yang telah selesai bermain. Semoga perlawanan yang menarik ini akan dijadikan sebagai sumber rujukan dan ilmu berguna untuk pasukan HARIMAU MALAYA dalam berusaha menjadi team yang hebat. Mana tau kan suatu hari nanti kita pula akan ke PIALA DUNIA?? 







10 Jun 2012

TAHNIAH GERMANY DAN DENMARK


Bahang EURO 2012 jelas terasa kehangatannya. Pelbagai saluran dilihat galak menayangkan perlawanan ini secara langsung mahupun secara ulangan. Stesen TV swasta terutamanya ASTRO cukup sinonim dengan pelbagai program yang berbentuk kesukanan di ikuti juga TV3. Baru sebentar tadi selesai perlawanan diantara pasukan JERMAN VS PORTUGAL dan malam tadi telah berlangsung juga perlawanan diantara BELANDA VS DENMARK. Kesudahan kedua2 perlawanan ini pun sudah diketahui umum iaitu JERMAN berjaya menewaskan PORTUGAL dengan 1-0. BELANDA pula rebah tersungkur dibelasah DENMARK dengan jaringan sama 1-0 juga. Perlawan pada kali ini sungguh mendebarkan terutamanya perlawanan JERMAN VS PORTUGAL tadi. Aku walaupun Die Hard Fan SPAIN namun tentunya aku juga meminati corak permainan JERMAN yang sungguh mengagumkan. Walupun hampir dikalahkan oleh jaringan PEPE namun bola tersebut sekadar hanya menyentuh tiang gol dan garisan gol. Ianya ternyata tidak masuk kerana disaksikan sendiri oleh pengadil di tempat penjaga gol (Buat pertama kalinya ada lebih kurang 6 pengadil terlibat dalam setiap perlawanan dimana 2 pengadil menjaga garisan gol untuk menentukan setiap jaringan).

Sebenarnya awal2 lagi JERMAN sudah diramal mampu menewaskan PORTUGAL. Kedudukan ini berjaya mengukuhkan kedudukan JERMAN dengan 3 mata penuh. Jaringan minit ke-72 menerusi MARIO GOMEZ meletakkan JERMAN dihadapan. Namun PORTUGAL jelas tidak mahu mengalah apabila menyerang dengan bertubi2 ke kubu pihak lawan namun benteng pertahanan yang kukuh menyukarkan JERMAN untuk dibolosi walaupun pada minit ke-84 NANI hampir menyamakan jaringan. Secara jujur aku mengakui aku lebih tertarik dengan cara permainan MEZUT OZIL yang lebih dinamik dan berstrategi. Walaupun dikeluarkan pada minit2 akhir kehadiran beliau mengubah corak serangan dari pelbagai arah dan jelas ianya membantu LUKAS PODOLSKI, MULLER dan GOMEZ dalam mencari gol yang diidam2kan. Walaupun permainan dari ketiga2 pemain agak hambar dengan melepaskan banyak peluang namun sekurang2nya mampu diredakan dengan kemenangan ini. Apapun TAHNIAH buat pertahanan JERMAN yang bermati2an menghalang dan menyekat kemaraan RONALDO dan NANI yang begitu ghairah mahu mencuri peluang menjaringkan gol. Yang pasti kehebatan sesuatu pasukan bukan terletak pada individu semata2 tetapi pada keserasian pemain diantara sama lain.

Seperti yang semua sudah sedia maklum, sepatutnya pada perlawanan kali ini akan diwujudkan perlawanan yang menggunakan Bola Pintar (Intelligent Ball) dimana ianya digunakan untuk membantu pengadil menentukan samada sudah berlaku jaringan atau tidak, yang jelas ianya dapat mengelakkan kontroversi yang sering mewarnai sukan bolasepak apabila melibatkan jaringan yang 50-50. Apapun aku pun tak pasti dimana silapnya apabila penggunaan bola dan sistem canggih ini belum digunakan lagi. Mungkin ianya dilihat terlalu tegesa-gesa penggunaannya jika digunakan pada perlawanan EURO 2012 ini namun aku percaya PIALA DUNIA 2014 aplikasi Intelligent Ball ini akan digunakan sepenuhnya.



* P/S: Pada mereka2 yang meminati sukan nombor satu dunia ini, anda jangan terlalu
            terleka sangat pastikan juga pintu rumah serta keselamatan anda dan keluarga
            terjamin. Penyamun sekarang ni suka mengambil kesempatan pada waktu kita
            mudah alpa dan asyik dengan perkara yang melalaikan.





08 Jun 2012

UEFA EURO 2012


Kehangatan UEFA European Football Championship atau lebih dikenali sebagai EURO kembali mewarnai dan menceriakan peminat bolasepak seluruh Dunia. Pelbagai suka duka, pahit manis pasti akan menjadi rencah menarik dalam sukan penuh berprestij ini. Kejuaraan antara pasukan kebangsaan Eropah ini diselengarakan oleh pihak UEFA untuk kali ke-14.  Pertandingan ini akan bermula mulai hari ini iaitu 08hb Jun sehingga 01hb Julai nanti. Ini juga merupakan pertama kalinya bagi dua buah negara menganjurkan pertandingan ini bersama-sama iaitu POLAND dan UKRANE. Stesen2 TV swasta negara tidak ketinggalan berusaha menjadi penyiar rasmi bagi penganjuran seumpama ini. ASTRO biasanya akan menjadi stesen pilihan kebanyakan penonton kerana mempunyai sistem High Defination (HD) dan kawalan audio dan video yang cantik dan lebih tersusun.

Pada kaki bola inilah peluang untuk korang bersama rakan2 serta ahli keluarga untuk duduk sekali berbincang dan menyaksikan perlawanan penuh dramatik dan mendebarkan. Apapun pilihan korang, ia adalah hak korang.. tapi pada aku, apa barang kalau sekadar korang sekadar baca paper pagi2 esok nak tahu keputusan tapi tak menyaksikan sendiri perlawanan tersebut?? Aku rasa adalah lebih baik kita menyaksikan sendiri secara langsung di kaca TV untuk membuktikan kita adalah peminat fanatik team tertentu kan? hehe2.. Aku rasa pada yang tak tengok maybe ada kekangan kerja dan mungkin terikat dengan komitmen yang mana tempat kerja tiada menyediakan TV untuk saksikan perlawanan. Apapun hope korang happy dengan team pilihan masing2 janji SPAIN POWER!! haha2..

Disini juga aku sertakan sekali nama2 pasukan yang layak bertanding dalam EURO 2012 beserta gelaran pasukan masing2 oleh peminat2 diseluruh dunia..



PASUKAN                         GELARAN
Greece                      -      Galanolefki (Blue  And White)
Poland                      -     Bialo-Czerwoni (The White An Reds)
Russia                      -     Sbornaya (Team Or Selection)
Republic Czech       -     Navodak
Belanda                   -     Oranje
Denmark                -     The Red And White
Jerman                   -     Die Mannschaft (The Team)
Portugal                  -      Seleccao
Sepanyol                 -      La Roja (The Reds)
Republic Ireland    -    The Boys In Green

Italy                         -    Azzurri (Blues)
Crotia                       -    Kockasti (Checks)

England                   - The Three Lions
Perancis                   -  Les Bleus
Ukranine                 -  Zhovto-Blakytni (The Yellow-Blues)
Sweeden                  -   Blagult (The Blues-Yellow)

*P/S: Gambar2 Menarik...