* Berkongsi Cerita Dan Berbicara Tentang Isu Semasa, Hal Seharian Dari Sudut Pandang Dan Kacamata Seorang INSAN BIASA Dalam Pencarian Sebuah Kehidupan Sempurna..
05 Mac 2011
BILA KITA DIPERLUKAN
Ntah ape-ape ntah sikap sesetengah daripada kita nie.. bukan ape, kadang-kala aku naik menyampah dan jelak dengan sikap sesetengah mereka yang hanya mengharapkan pihak lain menyelesaikan masalah yang sepatutnya milik mereka dan membiarkan pihak yang satu lagi terpaksa bersusah-payah berikhtiar cara bagaimana menyelesaikan hal2 tersebut. Mana fungsi dan peranan sebenar mereka ini? adakah mereka hanya makan gaji buta semata2 tanpa ada rasa sedikit perasaan bersalah? adakah sudah luput dan hilang perasaan ingin membantu insan2 yang dalam kesusahan?. Mereka yang sepatutnya diberi tanggungjawab membantu orang yang dalam kesusahan ini bolehlah dikategorikan sebagai terlalu mementingkan diri semata-mata tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Tidak sedarkah mereka akan tanggungjawab itu, apakah kepentingan peribadi mengatasi segalanya? Sepatutnya mereka sentiasa bersedia bila2 masa sahaja menghulurkan bantuan dalam membantu insan2 lain yang terlalu mengharapkan pertolongan itu datang kepada mereka. Walaupun kita mungkin tidak mampu membantu dari segi perbidanan bantulah dari segi kenderaan.. susahkah untuk kita berusaha sedikit membantu orang lain? Mana perginya rasa tanggungjawab terhadap orang lain yang bagi aku sebenarnya itu semua adalah kerja mereka2 ini. Mereka kadangkala rasa selesa dengan apa yang mereka ada dan kecapi, tetapi bagi aku mereka sebenarnya alpa dan lalai dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Cara layanan mereka terutamanya apabila menyambut panggilan yang diberikan menunjukkan betapa rendahnya tahap pemikiran mereka seterusnya menunjukkan cara mereka bekerja yang kononnya efisyen dan sistematik adalah hancusss!!. Minta maaflah yee.. bagi aku itu semua hanyalah retorik semata dan aku percaya corak dan cara kerja mereka seakan longgar dan serabut Tertanya juga aku kemana hilangnya misi dan visi yang diperjuangkan mereka2 ini.. Mesti ada pembaca blog aku nie yang tertanya2 apa cerita yang aku nak sampaikan ini. Sebenarnya aku ingin berkongsi sedikit rasa bengang dan terkilan dengan sikap sesetengah daripada kita yang 'buat dek' BILA KITA DIPERLUKAN.. apa yang aku cerita ini adalah perkara sebenar dan realiti yang aku dan rakan2 aku alami semalam. Sakit hati, menyampah dan sebagainya bermain dihati dan fifkiran aku. Aku betul2 jadi muak dengan sikap mereka2 terutamyan individu ynag sepatutnya menjalankan amanah yang diberi oleh ALLAH S.W.T dengan ikhlas tetapi mementingkan rasa diri sendiri.. alasan mengantok, letih, tidak bekerja, tidak stand-by, tiada peruntukan dan sebagainya hanyalah satu alasan untuk tidak membantu orang lain. Apalah salah kiranya kalau kita tak mampu membantu dari sudut lain cubalah untuk membantu dengan cara yang lain pula? apakah bantuan hanya semata2 kudrat? Apalah salah kiranya mereka ini menghubungi rakan2 yang lain yang tugas sama seperti mereka membantu orang lain. Walaupun bukan aku yang berada disituasi genting dan bermasalah itu tetapi aku turut merasai kegelisahan waktu itu.Keadaan aku dan rakan2 yang lain ini adalah antara sebahagian lumrah yang aku rasa pasti pernah dirasai dan ditempuhi oleh anda semua kan?. Wahai orang2 yang diberi amanah dan tanggungjawab, sudah lupakah anda dengan semua itu? Kalau anda rasa waktu kerja anda sudah habis perlukah anda duduk diam semata2 dirumah dan hanya asyik dibuai oleh mimpi yang indah2 sehingga terlupa anda sepatutnya membantu orang yang dalam kesusahan? Anda mungkin tidak merasa apa kerana mungkin sekarang anda senang tetapi ingatlah bila datang susah baru anda mengerti maksud aku ini. Kepada semua pembaca blog ini, sebenarnya bukan niat aku nak salahkan pihak2 lain cuma aku rasa sepatutnya kita ada tanggungjawab masing2 didunia ini. Aku cuma rasa terkilan yang teramat sangat. Mungkin bagi sesetengah orang perkara itu adalah remeh namun kita kena lihat dari sudut yang berbeza. Aku membebel ini bukanlah kerana perkara yang sia2 tetapi kerana hal yang sekecil ini mampu menjadi hal yang berakhir dengan tragedi. Bagi akulah apa yang dilakukan oleh mereka2 ini terutamanya individu tersebut secara tidak lansung telah merosakkan imej seluruh organisasi berkenaan. Bak kata pepatah 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'. Apa yang aku ceritakan ini adalah berkenaan seorang Ibu yang ingin melahirkan anaknya namun tiada kenderaan untuk dinaiki, salah seorang jirannya telah menghubungi aku daan rakan2 aku meminta aku menghubungi ambulan secepat mungkin kerana jirannya sakit perut dipercayai akan melahirkan seorang anak. Jirannya itu tiada kenderaan dan tidak tahu nombor telefon ambulan. Kalau diikutkan hati mahu saja aku dan rakan2 ke tempat kejadian secepat mungkin tetapi kerana memikirkan keadaan aku dan rakan2 yang sedang bekerja tiada kepakaran dalam bidang tersebut maka aku dan rakan2 telah menghubungi pihak yang sepatutnya. Namun seperti yang aku katakan apabila sahaja menghubungi, mereka2 tersebut mengatakan sesuatu yang menyakitkan hati. Kerana terasa akan tanggungjawab maka rakan2ku mengatakan kesediaan membantu untuk menghantar si Ibu tersebut ke Hospital berdekatan. Namun kerana agak lambat bantuan diberikan dan memandangkan situasi si Ibu yang betul2 sarat mengandung akhirnya si Ibu tapi telah selamat melahirkan anak perempuan beliau di rumah. Kerana tiada pengalaman maka aku dan rakan2 menghubungi pihak yang sepatutnya dan akhirnya mereka datang menghulurkan bantuan. Itupun setelah Ibu tersebut selamat melahirkan anak beliau. Apapun ucapan TERIMA KASIH kepada pihak ambulan daripada Hospital kerana sanggup datang dari jauh untuk membantu sedangkan pihak yang dekat hanya membiarkan seituasi ini berlaku. Sebenarnya cubalah kita lihat dari sudut berbeza dan bayangkanlah situasi seandainya si Ibu itu tadi mati ketika ingin melahirkan anaknya dirumah siapakah yang harus dipersalahkan? jiran tetangga? suami beliau? atau pihak2 berkenaan?. Tepuklah dada tanyalah Iman.. semoga mereka yang celik mata tetapi buta hatinya ini mendapat taufiq dan hidayah daripada ALLAH S.W.T.. serta mereka yang asyik dengan dunia sehingga melupakan tanggungjawab kepada orang lain berubah. Sekian.
Dicatat Oleh
Rizqi 'JEBAT' Mikail
03 Mac 2011
ULANG SIARAN CERITA YANG SAMA
Isk2.. kadang kala aku naik menyampah dan rasa meluat sesangat2.. bukan ape, hari2 aku dihadapkan dengan cerita yang sama je, kalau takpun dalam sebulan dua mesti ulang balik cerita tue.. macam dah takde modal nak beli cerita baru? aku bukannya ape ada masanya bile balik kerja nak juga tengok cerita yang belum aku pernah tengok. Sudah laa kena bayar seratus lebih setiap bulan tapi bile disajikan dengan cerita sama mesti timbul perasaan bosan kan? aku rasa semua penonton pun akan rasa ape yang aku rasa. Kadang kala aku rasa hangin je.. kecik je aku tengok!! (hehe2.. tanda mare le tue..) Kalau ada siaran lain yang lebih baik daripada siaran stesen TV nie mesti aku akan pilih punyelah.. aku bukan ape, boleh dikatakan hampir kesemua pakej ditawarkan oleh stesen TV ini aku dan isteri dah pun ambil. Saluran2 yang dulu free dan sekarang kena bayar pun aku ambil juga, ini tak termasuk dengan Beyond HD yang aku pasang beberapa bulan lepas. Tapi aku tengok prestasi macam dulu juga, asyik makan duit je tapi perkhidmatan yang ditawarkan tidak seberapa sangat, alaa kadar je.. time hujan pun sama je.. mesti out of services?? hmm.. apa laa nak jadi kan? kita sebagai pengguna kenalah terima sebab itu je pilihan yang ada saluran 24jam setiap hari, tujuh hari seminggu kan?. Sekarang nie sejak masuk tahun 2011 nie aku check bil bulanan macam makin tinggi sket, rupa2nya ada pertambahan duit kena bayar yang tak lain tak bukan bayaran perkhidmatan.Itulah yang buat aku pelik kenapa ada bayaran perkhidmatan plak? dan ini secara tak langsung membuatkan makin banyak saluran yang kita ambil makin tinggi laa pengguna kena tanggung.. aku rasa tak adil bagi pengguna sebab sepatutnya bayaran perkhidmatan tue pihak stesen TV tue laa yang kena bayar dan settlekan bukannya pengguna yang tanggung bebanan?
Dicatat Oleh
Rizqi 'JEBAT' Mikail
02 Mac 2011
SALAM PEMBUKA KATA..
ASSALAMMUALAIKUM W.B.T..
Alhamdulillah.. Akhirnya hampir siap juga blog yang aku cuba buat nie.. (sebenarnya baru 40% je.. hehe). walaupun aku entah satu haram pun tak tahu pasal nak berBLOGing nie, aku still kuatkan semangat untuk cuba buat apa yang termampu. Tapi kalau aku tak boleh buat langsung, dan dalam kebuntuan akal rasanya aku akan cuba mencari sesiapa yang mahir dalam perisian blog nie. Sebenarnya aku dah lama rasa macam nak melakukan sesuatu untuk dikongsikan bersama sahabat2 yang mengikuti blog aku nie tentang pelbagai isu. Insya'allah.. andainya blog aku nie siap 100% kelak aku akan cuba menjadi seorang BLOGERS yang beretika dalam penulisan dan mencuba untuk tidak menyentuh sebarang isu2 sensitif. Andai aku ada salah dan silap ketika melakukan sebarang bentuk penulisan yang mungkin korang rasa menyakitkan hati atau ape2 sajelah, aku minta korang tolong tegur aku tetapi mestilah dengan cara yang berhemah yeaa tak??.. hehe2.. =p
Dicatat Oleh
Rizqi 'JEBAT' Mikail
Langgan:
Catatan (Atom)